12

125 15 0
                                    

*April 2018*

Aku baru sahaja pulang ke rumah dari tempat kerja praktikal. Perkara pertama yang aku cari sesudah balik dari tempat kerja ialah isteriku, Sana. Sungguh, aku sentiasa merindui Sana ketika aku duduk berjauhan dengannya.

Aku naik ke bilik tingkat atas. Kelihatan Sana sedang duduk termenung di balkoni.

Baru sahaja aku ingin menapak ke arahnya, tiba-ii dia berlari meninggalkan balkoni lalu turun ke tingkat bawah. Aku berasa hairan dengan tindakannya. Lalu aku melihat ke luar balkoni. Oh tidak! Ia datang lagi!

"Sana!" Aku mengejar Sana sebelum Sana sampai ke arah ia.

Aku menahan Sana lalu memeluknya untuk menenangkannya.

"Kai. Dia datang lagi. Sana nak jumpa dia. Sana rindukan dia, Sehun oppa!" Sana menjerit sambil menangis teresak-esak. Dia meragam minta dilepaskan dari pelukkan aku.

"Sana, dengar sini. Itu bukan Kai yang kita kenal. Tapi seekor serigala liar yang akan mencederakan Sana kalau Sana duduk dekat dengannya!" Aku berusaha menenangkannya. Ternyata, walaupun sudah 4 tahun berlalu, Sana masih tidak dapat melupakan Kai. Dan, 'Kai' jugak tidak dapat melupakan Sana dan masih ingat Sana. Dikatakan setiap tahun, ia akan datang ke rumah aku dan Sana untuk melihat Sana. Aku memeluk erat Sana. Seerat cintaku kepadanya. Walaupun cintaku tak berbalas.

[Complete✔] Wolf's Love Never Die [Short Ver.]Where stories live. Discover now