SEMUA BAB YANG DIUPLOAD DI SINI ADALAH UNEDITED VERSION
H A P P Y R E A D I N G
**************************
"KAU tahu tak aku tengah sibuk pujuk makwe aku? Macam ribut aku bawa motor bila kau telefon suruh datang ke sini. Sekarang beritahu, siapa yang sakit sebenarnya ni?"Menyesal. Yalah, habis semua lampu merah dilanggar tadi. Risau punya pasal. Tup-tup sampai ke hospital, dia tengok perempuan ni sihat wal afiat saja.
"Ikut aku." Arah si gadis beserta jelingan maut sebaik mereka tiba di aras tiga. Soalan si lelaki dibiarkan sepi. Ada sesuatu yang tidak puas hati pada raut wajah bujur sirihnya.
"Who is he?" Separa berbisik. Hairan bila dia dibawa masuk ke dalam wad perseorangan yang didiami oleh seorang lelaki yang langsung dia tidak kenali.
"Mangsa perbuatan tidak berperikemanusiaan kau." Nombor plat AMR 001. Dia cukup kenal siapa si penunggang motor tersebut.
"Mangsa?" Otaknya ligat memutar kembali apa yang sudah terjadi.
Damn it! Dia dah ingat.
"Okay, listen. Tadi aku nak cepat jumpa girlfriend la." Dia kalih pula pada wajah lelaki itu.
"Dan kau... Tak hero la bro. Terkena sikit aje, takkan sampai boleh patah tangan kut?"
"Ammar Shah! Dia sampai kena simen macam tu kau cakap sikit?" Wahh, dia rasa mahu karate saja orang spesis ini. Biadab!
"Salah aku ke kalau dia tiba-tiba berdiri di tengah jalan? Kau nak aku cakap apa? Maaf sebab dia sendiri yang cari pasal?" Ammar lempar pandang kembali pada muka lelaki itu. "Aku rasa kau pun tahu aku tak sengaja nak langgar, kan?"
"Saya tahu." Betul. Memang salah dia juga. Keluar dari bank, cakap telefon dengan kakaknya, tak sedar dia berhenti di tengah jalan.
"Good!" Tersungging senyum kemenangan pada wajah Ammar. Kali kedua terima jeling tajam daripada gadis itu, dia balas dengan menayang muka toya.
"Cik..."
"Nama saya Zeeya. Panggil Eya aje." Baru teringat dia masih belum memperkenalkan dirinya.
"Maaf," ucap lelaki itu.
Huluran tangan tidak disambut. Zeeya malu sendiri. Tapi, dia mengerti. Ammar yang menonton sudah bikin mimik muka mengejek. Fikir lelaki itu sengaja berlagak alim.
"Saya nak balik." Suara lelaki itu sesaat kemudian.
"Tapi doktor cakap awak kena duduk sini dua atau tiga hari lagi."
"Saya tak boleh."
"Kenapa?" Zeeya lihat lelaki itu menelah liur. Seperti berat untuk meluahkan alasan.
"Saya... saya sebenarnya tak mampu nak bayar bil hospital ni." Tadi dia keluarkan duit pun RM50 aje. Baki dalam akaun bank pula hanya tinggal RM100. Mana dia nak cekau duit bayar bil hospital swasta ni? Minta tolong pada kakak? Ah, cukup-cukuplah dia menyusahkan wanita itu.
Zeeya senyum. Dia ingatkan lelaki ini takut dengan doktor, jarum atau apa. Maklum sajalah, tadi nak ajak ke hospital pun puas dipaksa.
"Awak jangan risau. Dia yang akan bayarkan nanti." Lurus jarinya menunjuk pada Ammar.
"Aku? Eh, apasal pula?"
"Bertanggungjawab la! Apa pun, kau yang buat dia jadi macam ni. Atau... kau nak dia humban kau dalam lokap sebab dah langgar lari? Dan aku sebagai saksi kejadian. Nak?"
"Okey, okey! Aku bayar."
"Bak sini duit?" Zeeya tadah tapak tangan. Ammar megerutkan dahi.
"For what?"
"Jangan banyak tanya boleh tak?"
Mengeluarkan dompet, Ammar tergamam. Habis semua duitnya diragut kasar. Zeeya buat derk. Selepas mengeluarkan pula duitnya yang baru diambil di mesin ATM tadi, dia letak di sebelah si pesakit dan ditindih dengan sebuah telefon bimbit.
"Ini telefon awak. Tapi, skrinnya dah pecah. Ambil la duit tu. Awak boleh guna untuk baiki atau beli yang baru. Ada seribu setengah. Kalau tak cukup beritahu aje. Nanti saya akan tambah."
Mata lelaki itu terbelalak memandang duit kertas bernot RM100 dan RM50. Banyaknya duit yang mereka bagi. Lebih daripada cukup. Dia mahu tolak. Tapi, belum sempat buka mulut telefon gadis itu berbunyi.
Zeeya berlalu keluar. Kesempatan yang ada, Ammar guna untuk menyiasat lelaki itu.
"Muhammad Qayyim bin Ibrahim. Berumur dua puluh empat tahun." Dia menyelak fail maklumat pesakit atas meja bergerak yang ada di hujung katil.
"Kau masih belajar ke?"
Qayyim sekadar mengangguk.
"Mak bapa kau kerja apa?"
"Arwah ayah saya dulu kerja kampung aje. Mak pula tak sihat. Dia tak kerja."
"Ayah kerja kampung dan mak tak kerja. Jadi kau ni bukan sesiapa la, kan? I mean... Never mind." Ammar melepaskan fail di tangannya. Punggung didaratkan atas birai katil di hujung kaki Qayyim.
"Kau kenal Zeeya?"
Qayyim gelengkan kepala.
"Aku... Kau tahu siapa?" Serentak itu Ammar membaiki letak jaket kulit berjenama di badannya. Dilibas-libas kiri kanan bahu seperti ada habuk.
"Tak."
Ammar berdecit. Susah nak percaya! Tangan dibawa silang ke dada. Mata memandang jengkel pada Qayyim.
"Mesti kau sejenis manusia yang buta tentang hal-hal ekonomi dan perniagaan semasa dalam negara."
Erk? Terangkat kening Qayyim. Apa kaitan?
"Tapi, tak apalah. Kau ni dikira sangat bertuah sebab perempuan tu yang tolong. Dapatlah kau rawatan doktor pakar secara percuma di sini. Dapat duit lagi. Jadi lepas ni jangan datang nak ugut-ugut aku pula. Zaman sekarang macam-macam helah scammer guna demi nak dapatkan duit."
Qayyim tahan sabar. Mesti lelaki ni fikir kemalangan itu sengaja dia cipta untuk dapatkan wang secara mudah.
"Am! We have to go."
Serentak Ammar dan Qayyim menoleh pada Zeeya di muka pintu. Wajah gadis itu pucat. Tidak seperti sebelum keluar dari wad ini tadi.
"Where?"
"Ammar, now!"
Qayyim bangkit dari sandar. Mulut dia ternganga dan bergerak-gerak ingin ucap sesuatu. Namun, langkah Zeeya lebih laju meninggalkannya tanpa sebarang kata pamitan.
YOU ARE READING
BERTAHAN PADA PILIHAN
RomanceYang tersulit dalam hidup bukanlah memilih, tapi bertahan pada pilihan.