BAB 3

22 3 0
                                    

Eilrose termenung di tepi balkoni di bilik apartmentnya itu , dia merindui keluarganya namun itu semua hanya sia sia , keluarganya terlibat dalam kemalangan sewaktu dia berumur 17 tahun .

Kini dia hanya mempunyai keluarga angkatnya iaitu Tan sri Carl elexander dan puan Sri kamelia , cerita tentang keluarga angkatnya ini , mereka merupakan jiran Sebelah rumah , dimasa itu keluarga angkatnya ini pindah disini ketika umurku 17 tahun , mereka pindah kerana ingin mencari suasana baharu , aku kurang jelas tentang mereka ketika itu , mereka dan walid begitu juga dengan arwah mamaku sungguh baik sekali , sampaikan ingin ajak bersiar siar puan Sri kamelia akan mengajak arwah mamaku untuk ajak berteman , puan Sri kamelia seorang yang tidak sombong mahupan berpangkat dia seorang yang peramah Dan dia mempunyai dua orang anak lelaki itupun arwah mama yang cerita kepadaku akan tetapi aku tidak pernah melihat anak lelakinya itu , katanya mereka belajar diluar negara sementara kediaman mereka belum siap sepenuhnya lalu mencari kediaman sementara untuk berteduh jadi mereka menjadi jiran sementaraku pada ketika itu .

Bila teringat peristiwa lima tahun lepas , aku berasa teramat sedih , walaupun arwah walid dan mamaku tidak dapat diselamatkan , yang tinggal hanya aku dan abangku sahaja ezril amsyar .

Ezril merupakan lawyer yang terkenal juga , dia teramat la sibuk tapi tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai abang , aku tahu dia banyak melayan karenah aku semenjak arwah walid dan mama tiada

Dia la satu satunya abang yang aku sayang , dia amat memahamiku

Dalam aku menatap kasih tiba tiba phone ku berbunyi ringtone lagu Havana , bila lihat nama siapa yang tertera , senyuman lebar aku pamerkan

"Hello abanggggggggg , abang pergi mana , eil call bukan nak angkat , sampai hati , abang tahu tak ada orang buli eil dekat kampus , abang ni bukan ..." Laju aku berkata dan dia memotong percakapanku

"Eeiiiii bingit telinga abang la eil , yeye abang tahu abang salah , sorry okay , janganlah merajuk babygirl abang sorang ni , ala eil ni , orang buli sikit , tak macho la adik abang " kutuk dia di dalam telefon

"Adik abang kena buli pun , abang still cakap tak macho ? Are you insane abang ? Abang dah tak sayang eil , jangan panggil eil babygirl lagi " kataku dengan suara ingin menangis yang saja dibuat buat

"Ala abang gurau jela , hm ni bila cuti sem ? "

"Cuti sem apa , got another two months baru cuti sem abang , eil kan tahun ni last so assignment bergunung la "

"Kesiannya adik abang assignment bergunung ye , kalau macamtu ..." Tidak sempat dia menghabiskan kata , aku memotong percakapannya

"Abang jangan nak buat eil sakit hati eh dengan ayat abang "

"Orang tak habis cakap dah potong , cuba dengar dulu eilrose ku sayang "

"Hm apa dia " saja aku buat suara merajuk dengannya

"Janganlah merajuk sweetheart abang ni , abang nak datang tempat eil hujung minggu ni nak tolong buat assignment , kalau awak merajuk , takpela , takyahla datang kan kan , hm " perkataan kan dan hm itu dia kuatkan , saja je nak sakitkan hati aku

"Ish abang ni , menyesal eil angkat phone tadi , buat sakit hati tite je , em datanglah tolong eil cari maklumat "

"Oh takpela eil , abang tak jadi nak datang , hm orang kat sini pulak yang nak merajuk , orang kat sana pandai pandai la siapkan assignment yang bergunung tu ye " suaranya yang menyakitkan hatiku itu jelas kedengaran

"Ish abang ni , eil gurau jela , yela yela orang kat sini cakap sorry okay dengan orang yang jauh nun sana ,  abang kena tolong eil jugak , janji tau datang"

"Em tanak la rasa malas pulak , hahahahaa "

"Abangggggggg janganlaaaaaa memainnnnnn "

"Janganlah jerit eil , boleh pekak telinga abang , ye hujung minggu ni abang datang okay , dah , abang nak tidur , bye adikku si pendek " tidak sempat aku berkata apa apa , dia terus meletakkan telefon

Eiiii geramnya aku , takpe abang , tunggu la nanti , eil kenakan abang pulak , senyuman sinis aku pamerkan , tunggu lah galah .

Selepas meletakkan telefon di sudut meja berhampiran dengan katilku , baru tiga langkah ingin keluar dari bilik , phone ku berbunyi kembali

Sapa pulak yang call lagi ni , aku kembali ke meja tadi dan melihat siapa yang call aku

Aku melebarkan senyuman bila melihat nama siapa yang tertera rupanya "mummy"

Aku terus mengangkat panggilan "hello , assalamuailaikum mmy " kataku dengan senang hati

"Hello waalaikummusalam anak girl Mummy , asal eil lama tak call Mummy , mummy risau tahu tak .. " terus percakapannya aku potong

"Sorry mmy , eil bukan apa , eil lately ni busy assignment , tu yang dua tiga minggu ni eil tak call , jangan marah ya "

"Eil jangan buat Mummy risau lagi okay , daddy pun tanya eil , eil sihat tak dekat sana , bila nak balik rumah Mummy , last awak balik bulan lepas kan "

"Em sihat , mmy minggu ni rasanya boleh kot pasal eil takda kelas , oh cakap dengan daddy eil kirim salam , eil rindu sangat dengan dia "

"Dah , okay nanti mummy cakap , jadi minggu ni balik ? Okay , nanti nak balik sini call Mummy dulu okay , driver daddy boleh tolong ambikkan "

"Em tapayahla mmy , eil rasa eil Naik teksi jela tau.... "

"What , no sayang Mummy tak izinkan eil naik teksi , hujung minggu ni biar driver daddy je ambik , okay sayang ?"

Aku dah agak , mesti Mummy tak kasik , aku bukan apa , aku malas nak susahkan pakcik hamid , haih

"Okay mmy , nanti Mummy call jela eil okay kalau pakcik hamid dah gerak"

"Okay bye mmy " bila mendengar dia kata okay terus aku meletakkan kembali telefon di atas meja dan keluar dari bilik untuk mencari mawar dan aisyah , ye mereka housemate aku .


                             ××××××

Selepas melepaskan rindu dengan eil di telefon bimbit , terus dia mencari nombor anak sulungnya pula iaitu Carl ayden dan tekan punat hijau

Tuttt tuttttt

Aku yang tengah mamai terus bangun dari perbaringan ,siapala kacau tidur aku ni , dan mencapai phoneku yang terletak di sebelah katil lalu melihat nama siapa yang tertera , terus aku menjawabnya "Hello mmy "

"Hello esh , balik ye hujung minggu ni , eshril pun ada , dia tak jadi balik sebab ticket flight takda , adik angkat kamu pun balik nanti " kata puan Sri sherry separuh berharap

"Em okay mmy , esh balik minggu ni " anak angkat Mummy ? Aku terdiam seketika

Ye aku tahu mama ada ambil anak angkat perempuan sewaktu aku belajar di London dulu , tapi bila aku pulang ke Malaysia sampaila sekarang , aku tak pernah melihat wajahnya , dalam tak sedar aku mengelamun Mummy menyedarkanku

"Esh , esh sayang , are you there "

"Em sorry mmy , esh mengelamun tadi "

"Okay esh , jangan lupa hujung minggu ni "

"Ye mmy ingat , okay bye " terus aku meletakkan phoneku kembali di atas meja dan aku kembali baring di atas katil dan melelapkan mata untuk seketika yang tergendala tadi .

ESHRICK EILROSEWhere stories live. Discover now