Aku sudah pun memberitahu mawar dan aisyah yang hujung minggu ni aku pulang ke rumah Mummy , respon mereka hanya biasa dan aku menundukkan wajah , haih lamanya pakcik Hamid ni
Aku lihat jam di pergelangan tanganku tepat pukul 12 tengahari , haih panasnya
Sekarang aku menunggu driver mummy untuk mengambilku di apartment yang berdekatan dengan kampus belajarku , selang 3 minit macamtu , aku terdengar bunyi hon kereta , cepat aku menogakkan kepala
Aku ternampak pakcik Hamid melambaikan tangannya ke arah aku , haih pakcik ni , ye tahu , sabarla , eil tengah angkat beg ni kan , membebel aku sendiri
Aku membuka pintu kereta hadapan vellfire itu dan memberi salam kepada pakcik Hamid dan terus duduk , lalu aku mencapai pintu kereta dan tutupnya kembali
"Assalamuailaikum pakcik " dan meletakkan beg tote dan beg sandang dibelakang seatku
"Waalaikummusalam , eil lama ke tunggu "
"Takdala pakcik kurang dalam 10-15 min mcmtu "
"Maafla pakcik lambat , pakcik hantar Tan Sri tadi "
"Ohh , eh hari ahad pun daddy busy ke ? Mummy ada dekat rumah tak pakcik ? "
"Tak tahula pakcik kerja Tan Sri , busy gamaknya tu , ada projek baru katanya , puan Sri ada je dekat rumah tunggu eil "
"Oh begitu " aku hanya menganggukkan kepala dan memandang jalan raya di hadapan .
××××××
Mengambil masa tidak sampai setengah jam , sudah sampai Villa milik Tan Sri Carl Dan datin Sri sherry , pakcik Hamid terus masuk ke garage kereta , selesai parking aku terus keluar dari pintu kereta kerana ingin cepat berjumpa dengan Mummy , aku rindu akannya
Bila ingin berjalan ke arah kawasan rumah , aku tengok dikawasan garage kereta terdapat satu Audi hitam , terang lagi berkilat hitamnya , eh nampak macam kereta baru
Ah biarla , daddy memang suka kumpul kereta , tengok sahajala , dua vellfire hitam , 3 Ferrari yang berlainan warna , 4 Lamborghini yang berlainan warna dan satu BMW series ×6 yang bewarna maroon yang terletak cantik di garage kereta bawah tanah
Jadi tak mustahilla daddy boleh beli Audi
Aku masuk kedalam rumah dan memberi salam
"Assalamuailaikum Mummy , oh Mummy , assalamuailaikum " aku menjerit kecil bila tiada sesiapa di ruang tamu , pintu terbuka tapi orangnya tiada dihadapan
"Ye , ye waalaikummusalam , siapa tu " kata Mummy sambil memandang tepat ke arah aku , mukanya jelas terkejut lalu dia terus memeluk badanku dan mencium pipiku dan menarik tanganku ke arah sofa yang berdekatan dengan kami
Aku duduk bersebelahan dengan mummy
"Rindunya anak girl Mummy ni , eh kenapa Mummy peluk rasa lain je ni , sweetheart nampak kurus , anak Mummy tak makan ke dekat sana" dan memandang ke arah aku
"Em mmy lately eil tak makan sangat sebab eil busy assignment dengan em dengan dengan.." Aku memandangnya dengan rasa serba salah
"Dengan apa eil , ada problem ke dekat U " kata Mummy lagi
"Em takda apa apala mmy , eil okay je , eil saja ja tadi" lalu aku gelak
Mummy menepuk bahuku "ish eil ni , buat suspen Mummy je , ingatkan apela tadi "
"Daddy belum balik dari ofis ke mmy , tadi pakcik Hamid cakap daddy pergi office dari pagi tadi , sekarang dah pukul 1:30 dah , bukan sepatutnya daddy cuti ke hari ahad ? "
"Daddy ada kerja sayang , pukul 4 macamtu dia balik , daddy cuti kelmarin then PA dia call kata ada banyak document kena sign so tu yang daddy pagi pagi dah gerak "
"Ohh , em mmy eil nak tanya something , siapa punya kereta Audi hitam mmy ? , daddy baru beli ke ? Untuk Mummy ? Ohh I know , daddy hadiahkan dekat mummy for your anniversary kan ? " kataku dengan senyuman lebar di bibir
"Ish eil ni , bukan lah , anniversary mummy another 3 months sayang , kereta tu Carl eshril yang punya "
"Carl eshril ? Siapatu ? Mummy ni berani tumpangkan keret... " Mummy lantas memotong percakapanku
"Bukan sayang , tu kereta anak Mummy Carl eshril , takda istilah tumpang atau apa "
Aku tersengih malu , dalam tak sedar aku menepuk dahiku , hadoi macam mana boleh lupa yang Mummy ada dua orang anak teruna , aku menggelengkan kepala , eilrose eilrose
Tiba tiba suara mama menjamah lagi ditelingaku "apa yang anak Mummy sekejap dok menepuk dahi , sekejap menggeleng ""Takda apa mmy , em tu..tu...tu kereta anak mummy ke " tergagap aku
"Iyela , kenapa eil ni , tergagap gagap ni , eh why you face look nervous semacam je ni "Ish Mummy ni pun agak agak la , eil mana pernah nampak anak Mummy , ni first time kott !! Terjerit kecilku didalam hati
Dari aku umur 17 tahun sampaila sekarang mana pernah tengok anak Mummy , dah 5 tahun kot , habis sekarang , Mummy help me
Mummy menepuk bahuku dan menhayunkan tangannya ke arah mukaku " eil , eilrose mengelamun apa ni "
Aku tersedar dari lamunan
"Em mmy , eil seganla , eil..eil takut yang dia tak dapat terima eil kalau dia tahu yang...yang eil ni anak angkat Mummy "
Aku lihat mummy cuma berlagak biasa "no need to worries sayang , they will be fine , after all diorang pun teringin nak adik perempuan "
Aku memandang Mummy lama , Mummy cakap they tadikan ? Maknanya mereka kan ? Apa ni aku tak faham ? Jangan jangan ? Noooooo
"Mmy , jangan cakap yang dua dua anak Mummy balik sini ? " kataku dengan mata membulat
"Yes , Carl eshril baru balik minggu lepas and Carl eshrick balik bulan lepas , ni mama call eil sebab nak kita berkumpul ramai ramai "
Aku memandang Mummy , betulla sangkaanku , mummy eil tak nak jumpa dorang , eil malu segan takut semua laaa , tapi aku hanya mampu bersuara di dalam hati
"Mmy , eil tak bersedia nak jumpa dorang , eil takut yang yang dorang tak dapat terima eil , eil..eil "
Mummy terus memegang tanganku dan
"Hey hey jangan la gelabah semacam , they will be fine for see you here , both of them tahu yang eil anak angkat Mummy , masa dorang belajar dekat sana lagi , Mummy dah beritahu , trust me eil , jangan takut macamni"
Mummy masih memegang tanganku , serious aku nervous , sejuk tanganku
"Mmy , eil okay , eil cuma nervous je "
"Okay eil , Jom mummy tunjukkan bilik eil " Mummy menarik tanganku agar berdiri dan aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu naik ke atas , yela mesti dorang ada dekat atas
Mummy seperti mengagak fikiranku terus berkata
"Don't worry , eshril ikut daddy pagi tadi and eshrick balik petang nanti dalam pukul 3 macamtu "
Aku menarik nafas lega tetapi tidakla seleganya , hanya mengurangkan nervous , lalu Mummy menarik tanganku agar menuju ke tangga
Nasib baik dorang dah takda tapi tapi macam mana nak berhadapan dengan dorang nanti
Mummy eil tak nak la !!! Aku rasa nak nangis je , mana tahu dorang tu pembuli ke ha takpun saja ambik kesempatan , bisik aku di dalam hati
Sedar tak sedar aku dah sampai depan bilik tetamu iaitu a.k.a memang bilik aku
Aku membuka pintu bilik dan terus masuk , mummy di belakangku terus membuka bicara
"Eil mandila dulu ye then rehat , mummy letak beg tote eil dekat atas meja ni okay , pukul 3 lebih macamtu turun " aku lihat mummy di tepi pintu yang baru ingin keluar dari bilik
"Okay mmy " aku hanya memandang sepi kepergian Mummy
YOU ARE READING
ESHRICK EILROSE
RomanceMengisahkan tentang Carl Eshrick bin Tan Sri Elexander seorang yang dingin dan tidak berperasaan tapi bila dia ditakdirkan berjumpa dengan anak angkat mummynya jadi lain pula "Jangan pandang aku macamtu kalau kau nak selamat pendek , dahlah pendek...