BAB 5

312 9 1
                                    

Asal aku tarik tangan dia eh , hati cakap lain badan tunjuk lain , tapi apa aku tahu sekarang , aku sakit hati bila tengok dia senyum dekat lelaki lain , aku benci , arghhhh kenapa aku ni

Edkal melihat kawan baiknya yang duduk di luar balkoni di atas kerusi panjang , raut wajahnya seakan akan tengah kusut , edkal terus menuju kepada ayden dan menepuk bahunya

"Weyh ay , kau apahal , dari tadi mengelamun makan pun tadi kau macamni , hah tadi Mummy kau call aku sebab dia call kau asal kau tak angkat , Mummy kau rindu kau la ay " kata edkal dan terus memandang wajah sahabatnya itu

"Takde apala Ed , aku rindu family aku , hah mummy aku call , la asal kau tak cakap " dan menepuk bahu ed yang tersengih macam kerang busuk tu lalu terus menuju ke bilik untuk menelefon mummynya

"Dah kau mengelamun bangang , oii kau nak pergi mana ay " separuh jerit Ed bila melihat ayden sudah mula langkah ingin pergi

"Aku nak ambik phone la celaka " terus masuk ke biliknya

Edkal memandang sepi sahabat nya itu dengan sebaris senyuman , ay ay walaupun kau dajal macam setan perangai , tapi tetap anak mak .

                           ××××××

Keesokan harinya , nadrah ingin ke shopping complex kononnya ingin menghilangkan stress , iyelah takda apa nak buat , lily balik rumah family dia , lagi satu harini kelas memang takda , hujung minggu la katakan

Sedang dia mengelamun ketika berjalan terdengar bunyi suara meminta tolong dilorong kecil berhampiran dengan tempat dia memarking motor vespanya tadi

Terus nadrah menuju kearah tempat memarking motor itu lalu dia ternampak ada sorang peragut ? Perompak ? Ah sama la tu memang penyamun orang macamni dengan sorang makcik yang sedang bergelut dengan perompak itu , saling menarik beg tangan itu dan terus aku menjerit

"Oiii lepasla beg makcik tu , tolong tolong " kataku sambil menjerit dengan kuat sekali maklumla lorong kecil ini tidak berapa sunyi , terdengar akan jeritanku dan beberapa orang lelaki menuju ke arah tempat dimana peragut itu berada , terus peragut tu melarikan diri dengan menolak makcik itu , mujur dia tidak sempat menarik beg itu sekali dan makcik itu terjatuh

Aku terus meluru ke arah makcik tersebut dan menolongnya untuk bangun . setelah makcik itu bangun , orang orang pun mula pergi dengan berkatakan supaya hati hati , lorong ini memang pernah terjadi kes ragut

"Makcik , makcik okay , meh saya tolong acik bangun " melihat gayanya macam menahan sakit di tangan

"Terima kasih nak , aunty okay , jangan la makcik , tua sangat ke muka aunty ni " kata wanita yang kelihatan seusia 40 an yang lebih kurang macam mama aku dengan gelak yang saja dibuatnya

"Hehe sorry aunty , aunty okay tak ? Ada sakit apa apa , dia tak sempatkan ambik barang aunty ? " kataku sambil melihat badannya takut takut ada luka

"Takdalah , dia tak sempat , tangan aunty la sakit , lenguh , main macam tarik tali dengan dia tadi , aunty okay " kata dia dan membuka begnya mungkin ingin melihat barangnya kot

Tekaan aku salah , dia menghulurkan 3 note 50 ringgit kepadaku lalu aku menolaknya

"Eh aunty takpa , saya taknak , saya ikhlas tolong aunty tadi " kataku dengan ikhlas yang datang dari hati

"Kalau bukan sebab awak jerit tadi , aunty rasa memang dia dah betul betul ragut aunty tadi " kata aunty itu dengan memandang wajahku

"Takpela aunty , saya ikhlas "setelah mendengar kataku , aunty itu terus memasukkan duitnya kembali di dalam handbagnya , Prada woi , patutla nampak macam gaya orang kaya

" okay kalau macamtu , teman aunty minum dekat cafe dalam shopping complex tu , ha jangan tolak pulak okay " kata aunty tu dengan sebaris senyuman di bibir

Aku memikir sekejap , dan , ala ikut jela nadrah , kau pun sorang kan , atleast ada aunty ni boleh ajak teman Borak "okay aunty , jom "

Setelah selesai minum berborak semua , barulah aku tahu aunty yang aku tolong ni , puan Sri , itupun aku yang bertanya kerana aku macam pernah melihat wajahnya di surat khabar , suaminya usahawan yang berjaya dan terkenal Datuk sri Carl aysraf , patutla macam pernah nampak , tiba tiba iPhone 6s hitamku berbunyi message masuk

"Em aunty dah petang ni , saya nak balik dulu mama saya dah message suruh balik rumah dia , aunty balik naik apa ? Kalau tak saya boleh tolong hantarkan " ucapku dengan mesra

"Aunty dah call driver aunty , tapi itulah tak angkat , kejap eh aunty cuba try call suami aunty " lalu dia bangun dan menuju ke depan cafe

Selang 5 minit kemudian , aunty sherry pun kembali ke tempat duduk yang berhadapan denganku dan dia berkata

"Takpa nadrah , suami aunty ambik aunty sebab driver aunty dia tiba tiba ada emergency , itupun suami aunty bagitahu " dengan tenang aunty sherry berkata

"Oh okay aunty hati hati tau , nadrah balik dulu , terima kasih aunty sebab belanja nadrah minum " aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membelanja aku minum

"Okay , takpela nadrah aunty ikhlas , oh boleh bagi nombor nadrah tak ? Nanti kalau aunty nak keluar , aunty boleh call nadrah , takdela aunty bosan , alang alang boleh ajak nadrah shopping " ucapnya dengan gembira

"Hehe , oh kejap aunty , em 017-******* , nanti kalau aunty nak ajak nadrah teman , insyallah nadrah boleh temankan kalau tak busy sebab sekarang nadrah sibuk dengan assignment " kataku dengan jujur

"Oh yeke , nanti apa apa hal aunty call la nadrah dulu " kata aunty sherry dengan sebaris senyuman

"Okay aunty , em aunty nadrah pergi dulu ye " aku menyalam tangannya dan tiba tiba dia memelukku dan berkata "aunty teringin nak ada anak perempuan lagi lagi cantik manis dan ayu macam nadrah " lalu dia melepaskan pelukan dan aku hanya memberikan sebaris senyuman sahaja kepadanya

"Pergi dulu aunty " aku berkata lagi dan

"Okay , byebye nadrah hati hati bawak motor tu" ucap aunty sherry sambil melambai tangannya ke arah aku , dia tahu aku membawa motor pun kerana aku cerita kepadanya yang tempat dia diragut tadi ialah tempat kawasan aku memarking motorku tadi

SHERRY PROV

Aku memandang kepergian nadrah , aku gembira dan senang melihatnya , tidak pernah aku jumpa perempuan seusia dia yang masih lagi menghormati orang tua , sejuk perut ibunya mengandungkan dia , mungkin tua anak sulungku Carl ayden dua tahun dari nadrah ataupun sama baya dengan Carl ayqil , mungkin , selang satu minit suamiku call menandakan dia dah sampai di depan cafe tersebut untuk menjemputku pulang .

TERIKAT NAMUN TAK BERTALIWhere stories live. Discover now