3

4 1 0
                                    

Sorry !Saya terus skip ke waktu rehat sebab idea takde . Sorry sangat sangat 😿

------

Kringg²

“Wehh ,jom rehat ! ”ajak Hyerin .

  Aku ternampak Yoongi yang masih tidur di dalam kelas .Niat nak makan rasa terbantut .

“Jangan cakap kau -”

“Aku nak diet lah harini. Kau rehatlah dengan boyfriend kau tu sana !” aku memberi isyarat supaya
Hyerin cepat cepat keluar .

Hyerin menggulingkan mata dan berlalu pergi .Aku menghela nafas lega .

Slow slow aku pergi ke meja Yoongi .Dia masih tak bangun lagi .

'Hensem gila awak bila tidur macamni .Macam tengah pandang bidadara syurga 😍'

Sedang aku asyik memandang Yoongi yang sedang tidur ,tiba tiba dia terjaga dan menyedari aku sedang pandang dia .

“ Kau buat apa ni ? ” dia memandang aku dengan muka terkejut .

Aku terdiam . Yoongi segera bangun dan keluar dari kelas . Tak cakap apa apa langsung .

Hati aku jadi terkilan . Wajah dia yang terkejut dan nada suaranya yang macam tak suka tu  tadi bermain di fikiranku .

“mungkin dia malu ” aku berhusnuzon .

Pintu kelas diketuk . Aku berpaling dan melihat ...

KANG DANIEL .

Dia memandangku sambil tersenyum manis .

***************************

Waktu balik ,aku singgah di loker untuk memasukkan buku teks .

Aku seorang diri saja kerana Hyerin pulang dengan boyfriendnya , Lai Guanlin .

Buka saja pintu loker , aku terpandang sekotak coklat entah pemberian siapa .

Terdapat note dekat kotak tu yang bertulis “saya sentiasa memerhatikan awak ")”

Creepy babi .

Siapa yang bagi ni??

Entah entah budak junior yang baru nak up nak ajak aku couple .Oh no man ! Taste aku tinggi !

Jap ,kenapa aku perasan sangat ?

Aku menilik bungkusan coklat itu .Hasil tilikannya ialah , INI COKLAT MAHAL!

Rugi tak makan ni ! Kalau dapat kat Taemin ,mahu habis dimakannya !

“ Sorang sorang je ? ”

Terkejut aku dibuatnya .Aku menoleh dan melihat Kang Daniel tersenyum manis kat aku .

"You again .Hahaha ”

Kang Daniel tertawa . “ yes . I'm again . Always beside you , Lee Taena .” aku tersenyum mendengarnya .

Sebenarnya , tadi waktu rehat kitorang ada berborak sikit . Dia sama juga dengan aku , acah diet . Padahal nak skodeng crush . Tak cakap pulak siapa dia punya crush .Takkan aku nak tanya siapa kan ?

“aku nampak kau tersengih pandang kotak coklat tu . Kau tau ke dari siapa ?”

Oh dia nampak aku tersengih pandang coklat ni . Sebenarnya aku tak sabar nak makan !

“emm tak tahu . Mungkin dari orang yang selalu bagi aku bunga .....maybe ?” Daniel tersenyum . Dia mengusap keningnya dan sebelah tangannya lagi dimasukkan ke dalam poket .

“boleh jadi juga kan ?”

Aku hanya mengangguk . Tiba tiba aku tersedar yang aku kena balik sekarang .

“Daniel , saya rasa sampai sini jelah kita berborak ye . Saya balik dulu .”aku berpusing ke belakang .

Tanpa aku sedari  ,Daniel memandangku yang sedang berjalan pergi dengan senyuman manis .

“Aku harap kau suka dengan coklat tu .” kata Daniel sebelum berjalan pergi dari situ .

------

Tbc ❤




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arrogant Crush ●MYG ●Where stories live. Discover now