Chapter 1

302 33 14
                                    

Walaupun kita duduk bersebelahan....

Tapi aku selalu nampak....

Tepi muka kau je...

Haih!

Aku dah Bosan!!

"Sunwoo.." aku memanggil nama dia. Tapi dia hanya endahkan aku. Alah tak pe aku dah biasa.

"Sunwoo..." panggil aku lagi hehe aku ni memang suka kacau orang.

"Apalah yang best sangat benda yang kau tengok tu?"

"Farewell Waltz."

"Apa tu??"

"Muzik Chopin"

"Arghh pape je la aku tak nak ambil tahu!!" Jawab aku lalu menyerabutkan rambut aku sendiri. Aku faham apa tu 'Farewell Waltz' sebab aku pernah main jugak.....pernah....

Tapi aku tak nak dia tahu benda tu. So aku acting macam aku tak tahu.

"Kalau macam tu aku nak tanya kau, antara benda tu dengan aku siapa comel lagi??" Tanya aku sambil buat muka comel.

Tapi jujur aku cakap. Aku memang comel huhuhu.

"Chopin." Jahanam punya Sunwoo dia pilih muzik bangang tu dari aku!

Siap kau Chopin aku bakar kau nanti! Kau tunggu! Kau tunggu!

"HEO HYUN YOON!"

Mati aku!

"Ye cikgu?" Tanya aku dengan riak bersahaja. Alah cikgu ni bukannya nak marah dia baik.

"Jangan bercakap masa tengah belajar." Jawab dia dengan lembut selembut muka dia la!

"Tapi Cikgu, Sunwoo dia baca muzik note dalam kelas! Haa marah dia!" Hahah aku kena kau pun kena baru la adil!

"Sunwoo tak pe dia ada pertandingan tak lama lagi." What the hell cikgu ni pilih kasih nampak?

"Huh ye la..." jawab aku mengeluh. Aku faham hidup sebagai pianist ni susah...

KRINGGGGH!!

"Ok semua, saya harap korang faham apa yang saya ajar tadi, dan Hyun Yoon lain kali saya nak awak beri tumpuan sepenuhnya."

"Maaf cikgu, lain kali saya tak buat lagi!"

"Bagus." Jawab cikgu dengan senyuman di bibirnya.

"Aduh!!!" Jerit aku selepas je cikgu keluar ada setan tolak aku jatuh kerusi...siapa lagi kalau bukan...

"Padan muka kau! Orang dalam kelas belajar dia dok bersembang! Huuuu padan muka!!!"

"HOI DIAM LA SETAN KAU PESAL HAA!?!?!?"

"HOIIIII HORMAT SIKIT AKU ABANG KAU LA GILA!"

"ELEH SETAKAT AWAL 1 MINIT BUAT APA BOLEH BUANG DALAM LONGKANG LA KAU PUNYA ABANG!!"

"EHH POMPUAN NI!! TUNGGU KAU KAT RUMAH NANTI!"

Ok dia blah bagus! Siapa lagi?? Dia la Heo Hyun Joon atau korang lebih kenal dia sebagai Hwall. Ok dia abang kembar aku. Alah awal berapa minit je. Kecoh la pondan tu!

"Kau tak nak keluar rehat ke?" Tanya aku kepada Sunwoo.

"Tak." Jawab dia ringkas tanpa beralih pada aku.

"Bila kau nak berhenti main piano?" Tanya aku tiba tiba.

"Pergi rehat." Lagi sekali tanpa menoleh ke arah aku.

Aku tak nak....sebab kau... tak nak pandang sini... WALAUPUN KAU BOYFRIEND AKU....》

◇Seminggu sebelum◇

"Ok semua hari ni cikgu nak kenalkan korang dengan pelajar baru! Teruja kan!!!"

"......"

"SEMUA TERUJA KAN!!!?!?!"

" TERUJA SANGAT CIKGU!!"

"BAGUS!! Ok pelajar baru boleh masuk!"

"....."

" Annyeong. Sunwoo. Imnida."

"Ok semua nama dia Sunwoo. Dia dipindahkan dekat sekolah ni sebab cikgu sekolah ni akan mengajarnya piano.

"Wahh comenya diaa!!"

"Ha ah la comelnya!"

Aku dengar bisikan budak budak perempuan dalam kelas aku. Aku terus panggungkan kepala aku yang dari tertunduk sebab buat kerja lain time tak ada cikgu.

Ok contohi la saya.

Dan aku nampak dia. Sunwoo ke nama dia?

Nampak macam susah untuk didekati je. Nama je sunwoo tapi muka tak senyum langsung!

"Errm Sunwoo duduk kat mana eh?"

"Tempat duduk sebelah saya kosong!!!" Kataku sambil mengangkat tangan dan tengah berdiri.

"Hoi kosong apa nya aku ni apa?? Habuk??" Kata Eric. Dia ni sama je perangai macam Hwall.

" HEHE APA KAU KATA?"

"Eh tak pa duduk la sini! Saya kosongkan sekarang!"

"thanks Eric!"

"....."

"Haiii Sunwoo! Jom main teka teki! Aku teka betul kau jawab soalan aku eh?"

"Tak nak." Jawab Sunwoo tanpa tengok muka aku.

"Kenapa muka kau comel sangat??"

"Tak tau."

"Aku nak dengar kau main piano?"

"Tak boleh."

"Aku nak kau jadi boyfriend aku?"

"Boleh."

"......"

Aku tak tau apa yang sedang berlaku sekarang....

Sebab aku....

"Wahh bertuahnyaa."

" Yoon!! Cepat sangatlah kau nih!"

"Tu lah!"

"Sekurang kurangnya bagilah kitaorang peluang!!"

Aku...

Sebab aku nak dia pandang aku....

◇end flashback◇

To be countinued ^_^

Melody LoveWhere stories live. Discover now