Apa punya abang la Hwall bukan pernah faham orang...
Arggghhh pape je la serabut kepala aku fikir semua ni hmm....
Aku duduk di bangku yang disediakan di taman permainan tu...
Nyamannyaa... aku selalu datang sini kalau aku stress....
Hwall abang yang baik tapi....
Dia tak pernah nak faham aku...
"Hyun Yoon." Aku menoleh ke arah orang yang memanggil nama aku..
"Apa kau buat kat sini?" Kata aku dingin. Siapa lagi kat Sunwoo la. Pandai pulak cari aku..
"Hyun Yoon....a..aku.."
"Dah la Sunwoo aku malas la nak dengar pergi la practice kau punya piano ke apa ke kau kan busy je memanjang." Potong aku sebelum dia sambung aku malas nak dengar penjelasan dia...
Aku bangun dan berlalu pergi.. tapi tangan Sunwoo cepat merangkul pergelangan tangan aku dengan kuat.
"Please dengar dulu apa aku nak cakap.." kata Sunwoo buat puppy eye.. ok ni aku tak boleh..
"Ye la kita duduk sini! Cakap la!" Kata aku dingin.
Sunwoo mengeluh..
"Kau nak tahu tak kenapa aku main piano?" Tanya dia sambil menoleh ke arah aku.
"Tak nak." Kata aku sambil tak toleh ke arahnya aku tahu aku kejam tapi biarlah! Asalkan mummy happy 😘
"Dulu setiap tahun akan ada pertandingan piano...jadi setiap tahun jugak aku pergi tengok....dan setiap tahun tu jugak ada budak perempuan ni selalu menang boleh dikatakan juara bertahan..tapi aku pelik dia tak pernah seronok kalau ambil hadiah or dikatakan dia juara...Aku pelik, siapa tak happy kalau kita menang right?
Then tahun berikutnya aku start main piano lepas tu...dah tiba hari untuk perlawanan tu....matlamat aku just satu aku tak nak budak perempuan tu menang lagi....kat belakang stage aku nampak budak perempuan tu kena marah dengan omma dia...omma dia cakap kalau dia tak menang untuk tahun ni tahula apa dia nak buat kat budak tu...budak perempuan tu just ignore.... lepas tu tiba untuk keputusan pemenang budak perempuan tu menang lagi dan aku dapat no 2. Budak peŕempuan tu datang kat aku...kau tahu dia cakap apa? Dia cakap yang dia tak akan main dah and dia mintak aku tolong mainkan untuk dia.....tahun yang berikutnya aku tak nampak dia..... aku pegang janji tu sampai ke hari ni..."Tak mungkin...Sunwoo budak tu...
"K...kau budak no 2 tu?" Tanya aku menggeletar air mataku mengalir ke pipi.
"Ya...aku cari kau....selama ni..." kata Sunwoo membuat eye contact.
"Macam mana kau tahu aku ni budak perempuan yang kau cakap?"
"Aku datang sekolah ni sebab aku dapat tahu yang kau sekolah sini...and kau ingat tak yang kau main piano depan aku tu? Aku cam bunyi kau macam mana....aku mintak maaf kalau aku tak dapat cam kau dari belakang..."
Aku mengalirkan air mata...aku pianist terkenal dulu...aku selalu disanjungi disanyangi tapi semua tu aku tak kisah....
♡Flashback♡
Dulu masa aku 7 tahun Omma aku selalu bermain piano depan aku dan Hwall....
Lepas tu ada satu hari omma ajak aku dan Hwall main dengannya... tapi Hwall tak pandai main, tapi omma kata dia nampak bakat aku dalam bidang piano...
Setiap hari aku main dengan omma... omma selalu bagi kata kata semangat...
Tapi lepas aku naik middle school.....omma jadi lain sejak aku masuk pertandingan dan dapat tempat ke 2.
Omma akan tunggu aku balik sekolah dan terus practice piano... kalau aku main tapi tak memuaskan hati omma, aku tak boleh makan....
Dan omma akan masukkan aku dalam pertandingan setiap tahun tu... walaupun setiap tahun aku menang... aku tak pernah gembira...sebab apa?
Sebab biar la aku menang berapa ratus piala ke apa ke omma still akan layan aku macam tu...dia tak kan manjakan aku dan bila makan pun dia biarkan aku makan sorang... pernah sekali aku balik lambat dan tak pratice piano.
Bila aku balik omma marah gila dengan aku dia pukul aku guna rotan then dia kurung aku tanpa makan dan minum korang ingat sehari ke? Seminggu oi! Aku langsung tak dibenarkan pergi sekolah.
Nasib dalam bilik aku aku simpan makanan...sebab aku tau akan jadi macam tu..
Hwall? Dia tak boleh masuk bilik jadi dia kena tidur kat bilik lain...baju dia? Ada dalam almari dalam bilik tu.
Bila omma tak kurung aku dah.. omma ignore aku tapi practice aku lebih teruk... setiap kali aku main tak sedap didengari oleh omma dia akan rotan tangan aku..
Korang ingat main main ke? Aku pernah patah tangah dan kena balut tapi omma kisah apa? Walau dengan tangan berbalut aku tetap kena practice...
Hwall dengan appa? Diaorang just bagi kata kata semangat...appa pun sama dia tak boleh buat apa apa. Sebab appa dengan omma pernah gaduh sebab aku so aku tak benarkan appa pertahankan aku...
Sampailah satu hari...
Aku penah sangat dengan semua tu...lepas pertandingan yang aku menang tu, aku jumpa budak lelaki yang dapat no 2, aku nak dia tahu dia boleh dapat no 1 lepas ni.
"Janganlah sedih nanti awak akan dapat no 1 lepas ni saya harap awak janji dengan saya lepas ni awak akan jadi penganti saya." Kata aku sambil memegang bahunya.
Budak lelaki tu tersenyum..
"Saya janji. Saya harap dapat jumpa awak lagi...🙂" katanya memberi senyuman manis.
Aku hanya tersenyum sebelum mendapat isyarat dari omma.. aku mengeluh dan meninggalkan budak lelaki yang sebaya aku tu..
Selepas balik ke rumah omma menghempas beg tangan nya di sofa dan memandang aku yang sedang berjalan ke bilik..
"Kamu nak ke mana tu?" Tanya omma dengan nada memerli.
"Ke bilik Yoon nak rehat Yoon penat la omma." Kata aku berhenti lalu merenung lantai.
"Siapa benarkan? Kamu ingat kamu bagus sangat ke? Berani kamu nak rehat! Macam la malam kamu tak boleh rehat! Kamu jangan macam macam ya Yoon omma dah bagi macam macam kat kamu!" Jerkah omma..
Aku hanya diamkan diri lalu ke bilik piano untuk berlatih...manakala omma hanya mengikut langkah ku dari belakang..
Aku main dengan tiada perasaan dan tak rela...
"Yoon kamu nak main ni betul betul or nak kena rotan?" Kata omma yang berdiri di depan piano..
"DAH LA OMMA YOON PENAT LA DENGAN OMMA NI! OMMA TAK FAHAM KE YOON PENAT OMMA PLEASE FAHAM YOON! YOON DAH BUAT APA YANG OMMA SURUH TAPI OMMA TAK PERNAH BANGGA DENGAN YOON!! YOON JUST NAK OMMA FAHAM YOON! YOON NAK OMMA CAKAP TAHNIAH KE APA KEE TU JEE!! SUSAH KE??" Jerkah aku tak dapat dibendung.. aku menghentak piano tu sambil menangis.
To be countinued....
Please voment yerrr nanti author sambung flashback dia 😋
YOU ARE READING
Melody Love
Fanfiction♡Kim Sunwoo The Boyz♡ Walaupun kita duduk bersebelahan... tapi aku selalu nampak tepi muka kau je.... - Heo Hyun Yoon- #4 in The Boyz ^_^ Complete story😘