dua puluh tiga

4.7K 147 3
                                    

Izwan Farhan merapikan rambutnya supaya kelihatan kemas.Syukurlah demamnya sudah kebah.Itupun atas jagaan Ain Farhana yang sentiasa merawatnya.Kalah doktor yang jaga pesakit.

Dia kemudian menuruni anak tangga.Kelihatan Ain Farhana sedang menyapu roti bakar dengan nutella.

"Morning.." ucapnya sambil mempamerkan senyuman.

"Morning.Ishh, hensemnyaa.." sempat Ain Farhana memuji.

"Baru tahu ke?"

"Lama dah tahu.."

Mereka mula bersarapan.Sungguh berselera Izwan Farhan.Yelah, baru dapat deria rasa setelah beberapa hari deria rasanya hilang.Semua benda yang dirasanya kelat.

Ain Farhana memerhati Izwan Farhan.Tersenyum dia melihat lelaki itu sudah kembali berselera.Syukurlah.Jika tidak, susah hatinya.

"Senyum je kau ni?Kenapa?" tegur lelaki itu.

Ain Farhana tersengih.

"Aku suka tengok kau dah sihat.Jangan sakit lagi sah tau lepas ni.."

"Ain, sakit ni mana boleh kita minta-minta.."

"Aku tahu tapi kitalah kena jaga kesihatan.Kau sakit sebab apa?Sebab kau main hujan kan?Tulah, dah tahu hujan sibuk main bola.."

Ain Farhana mula membebel macam mak cik-mak cik.

Izwan Farhan hanya mendengar.

"Ain, mari kita gerak sekarang.Takut lewat pula.Tak pasal-pasal nama kita yang ada dalam rekod datang lewat.." sengaja dia menukar topik perbualan.

"Haa, nak mengelat lah tu.Jap lah, bagi aku kemas meja ni.."

♡♡♡♡

Aisya Syarina mengeluarkan buku-buku kimianya memandangkan selepas rehat waktu kimia dan harus ke makmal.

"Sya, kau gerak dulu.Aku nak pergi toilet jap.." ujar Ain Farhana.

"Lah, sekali je.Aku nak betulkan tudung.."

"Tudung kau elok je aku tengok.Tak de yang senget pun.."

"Biarlah.Ish, cepatlah.Nanti tak sempat kita makan.."

"Ye-ye.."

Ain Farhana mengambil buku kimianya lalu menuju ke arah tandas.Aisya Syarina mengikuti langkah sahabatnya.

Setelah selesai di tandas, mereka berdua turun menggunakan tangga yang melalui makmal sains kerana tangga itu dekat untuk pergi ke kantin.

Sedang mahu menuruni anak tangga terakhir, dapat mereka melihat Airina yang baru mahu naik tangga itu.

"Sorry, pelajar tak boleh lalu sini.." ujar Ain Farhana.

Airina menayangkan muka menyampah.Sudah lali dia dengar arahan itu.

"Aku cakap baik-baik, Airina.." kata Ain Farhana lagi.

"Kecoh lah, kau.Macam lah tangga ni kau punya.Huh!"

"Kami hanya menjalankan tugas, Cik Airina.." sampuk Aisya Syarina pula.

"Whatever!"

Airina langsung tidak peduli.Dia melangkah juga untuk naik tangga makmal itu.Sempat dia melanggar bahu Ain Farhana tanda tidak berpuas hati.

Aisya Syarina menegur.

"Woi!Adab kau mana?!"

Ain Farhana pula hanya membiarkan.

"Dah lah, Sya.Dia ingat kat atas tu tak de orang jaga agaknya.."

"Biadap sangat.Langgar-langgar orang pula.Eeee.."

"Tak pe.Dah, jom makan.." ajak Ain Farhana sambil menarik lengan sahabatnya itu.

"Kau belanja?"

"Boleh, untuk kau semua boleh.."

Mereka berdua ketawa keriangan.

♡♡♡♡

Masa rehat pun tamat.Kedengaran suara beberapa orang pengawas menyuruh pelajar beratur.Setelah selesai beratur, mereka melepaskan pelajar untuk naik kelas.

Izwan Farhan mengutip pinggan yang sengaja ditinggalkan dimeja makan bahagian lelaki.Setelah itu, dia membasuh tangan di cermin.Sempat rambutnya dirapikan.

Kemudian, dia mula mengatur langkah ke kelas bagi mengambil buku kimia.Asyraf Khairil terlebih dahulu tiba di kelas.

Kelihatan beberapa orang budak kelasnya masih berada di dalam kelas.Biasalah, selalunya budak perempuan sahaja yang rajin membawa buku sewaktu rehat jika selepas rehat subjek yang memerlukan mereka menuju ke sesuatu tempat.

Apabila tiba di makmal kimia, kelihatan pintu makmal masih belum dibuka dan cikgu mereka juga belum sampai.Barangkali masih di kantin atau di bilik guru.

Tidak lama kemudian, pembantu makmal mengizinkan mereka sekelas masuk.Masing-masing duduk di meja dalam kumpulan masing-masing.

Agak lama juga mereka menunggu ketibaan Puan Hazidah.Pembantu makmal ada memaklumkan bahawa cikgu mereka itu ada kerja sedikit di pejabat jadi disebabkan itu dia lambat.

Selang beberapa minit, Puan Hazidah tiba.Salam dan doa belajar dibaca beramai-ramai.

"Sorry semua.Saya ada hal tadi.." ujarnya serba salah.

Hampir setengah jam juga dia membiarkan anak muridnya itu.Dia meneliti jam di pergelangan tangan kirinya.

"Okay, harini kita masuk bab baru iaitu pengoksidaan dan penurunan.Awak semua boleh rujuk buku teks mukasurat 172.."

Puan Hazidah memulakan pengajaran dan pembelajarannya.Dia mula menerangkan topik itu di papan putih.

Kedengaran loceng berbunyi menandakan waktu sudah tamat.Dia membenarkan kelas 5 Ametis itu keluar dari makmal.

Pelajar perempuan menyalam tangannya sambil mengucapkan terima kasih.


Hi, Im back again and bakal hilang again hehe❤️Moga lepas rindu kat Ain and Iz okay.Tgk lah klau mood nak edit tu ada, ada lah updatenya.Btw, sorry sesangat pd yg tunggu2.Srs busy😌Btl lah org kata klau lama sgt tinggal menulis ni, moodnya mmg x sampai2.Last but not least, sayang korang🥰

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now