dua puluh sembilan

5.1K 148 1
                                    

Sesi persekolahan bermula.Sebaik sahaja waktu rehat telah tamat dan semua pelajar dibenarkan naik ke kelas, Airina berdiri di tembok koridor kelasnya yang berada di tingkat 1.

Dia memandang ke arah bawah.Dari jauh dia memandang Izwan Farhan yang segak berjalan bersama Asyraf Khairil dan Akmal menuju ke arah kelas mereka setelah selesai bertugas.Dia tersenyum sendirian.

Aiman dan geng TBBnya baru tiba di kelas setelah selesai membuang hajat di tandas.Geng TBBnya yang lain sudahpun masuk ke dalam kelas terlebih dahulu.Dia mula mendekati Airina.Dia melihat apa yang gadis itu lihat.

"Kau pandang Iz tu kenapa?Suka dia ke?" soalnya.

Airina menoleh ke arah Aiman yang berdiri di sebelahnya.Muka menyampah ditayangkan.Sibuk je!

"Kalau aku minat kat dia pun, apa masalahnya?Kau sakit hati ke?" katanya.

Aiman tersengih nakal.

"Aku tanya je.Tak payah lah marah.."

"Aiman!Airina!Buat apa kat koridor ni?Masuk kelas!" kata Puan Hamidah dari lorong makmal yang menembusi ke kelas mereka.

Kelam kabut mereka berdua masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang kelas.Masing-masing duduk di tempat masing-masing.Buku teks Sejarah diambil dari dalam meja.

♡♡♡♡

Izwan Farhan mula beraksi bermain hoki pada waktu Pendidikan Jasmani.Walaupun dia tidak begitu handal, namun dia masih ada skill dalam permainan itu.

Tanpa disedari, Ain Farhana sempat memerhati dalam diam.Dia tersenyum.Argh, hensemnya!

"Ain, hati-hati!" ujar Aisya Syarina yang tangkas menangkap bola dari terkena kepala sahabatnya.

Ain Farhana bagaikan tersedar.Mujur sahabatnya itu laju bertindak.Jika tidak, mahu kepalanya terkena bola yang keras itu.

Sewaktu itu, para pelajar perempuan bermain bola jaring.

"Ain, fokuslah.Kau pandang apa?" ujar Aisya Syarina sedikit meninggi.

"Err..sorry.."

Ain Farhana tersengih.

Aduh!

Malu dia.

Tidak lama kemudian, loceng kedengaran menandakan waktu Pendidikan Jasmani tamat.

Mereka diarahkan masuk ke dalam kelas.

"Aku memang tak puas hati dengan kau,Ain!Eeee..geram aku!" kata Aisya Syarina sambil melabuhkan punggungnya.

Ain Farhana hanya tersenyum.Dia pun melabuhkan punggungnya.Botol kesayangan dicapai.Diteguk air masak itu.Haus!

"Korang ni dah kenapa?" kata Emir Hafizi menyampuk.

"Ain ni haa, dia berangan apa tah sampai bola nak kena dia pun tak perasan.." balas Aisya Syarina memusingkan badannya ke belakang di meja Emir Hafizi.

Ain Farhana turut begitu setelah selesai membasahkan tekaknya.

Izwan Farhan yang mendengar mula memandang Ain Farhana.Risau gadis itu tercedera.

"Ain memang, dia dengan berangan tak boleh dipisahkan.." kata Akmal pula.

Sesekali mata Ain Farhana bertembung dengan Izwan Farhan.Seram pula dengan pandangan yang diberikan oleh lelaki itu.Serius je.Dah kenapa?

Tidak lama kemudian pembelajaran dan pembelajaran diteruskan dan selepas itu bersambung pula dengan kelas tambahan.

Jam hampir menunjukkan 2.30 petang.Semua murid dibenarkan pulang.

Apabila tiba di rumah, Ain Farhana terlebih dahulu sampai.Dia merehatkan dirinya di sofa yang berada di ruang tamu.

Penat.

Tidak larat.

Rasa mahu tidur terus.

Namun, dia belum mandi dan menunaikan solat zohor.

Izwan Farhan tiba tidak lama kemudian.Dia menuju masuk ke dalam rumah.Dapat dia melihat Ain Farhana sedang berehat.Dia pantas mendekati.

"Assalamualaikum.." ujarnya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

Terkejut Ain Farhana dibuatnya.Dia menoleh ke sebelah.

"Waalaikumussalam.Iz!Terkejut aku.."

Bahu lelaki itu dipukul dengan bantal.

"Kau kenapa ni?Aku dah bagi salam kan?Apa yang nak terkejutnya?" kata Izwan Farhan pelik.

"Ish!"

Geram Ain Farhana dengan lelaki itu.

"Haa, berangan lagi lah tu.Haih, Ain..Ain.Best sangat ke berangan ni?Hurm?"

"Best lah.Kau apa tahu?" balas Ain Farhana tidak mahu mengalah.

"Ni aku nak cakap sikit.Kau berangan apa sampai tak sedar bola tu nak kena kau?Kau ni,boleh tak lepas ni hati-hati?"

Ain Farhana memandang wajah Izwan Farhan.

Aduh,soalan apa ni?

Takkan dia mahu jujur pula?

Dia mula mencari idea.

"Err..mana ada aku berangan.Aku cuma tak perasan je bola tu nak kena aku.Kau ni prihatin semacam je.Kau risaukan aku eh?" sempat dia mengusik lelaki itu.

Sengaja.

"Risau lah kalau apa-apa jadi kat kau.Nanti ibu, ayah, walid dengan umi tanya macam mana?Dorang tu kan sayang kau lebih.Tak boleh luka sikit.."

Ain Farhana hanya mendengar.Asyik guna alasan orang tua mereka sahaja.Dia memang tak pernah risaukan aku ke?




My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now