dua puluh lima

4.8K 154 3
                                    

Tidur Ain Farhana jadi serba tidak kena.Sekejap dia mengiring ke kanan dan sekejap dia mengiring ke kiri.Itu semua gara-gara dia sedang bendera merah.

Akhirnya dia mengalah.Dia mula bangun sambil membetulkan bantal untuk bersandar.Dia memandang Izwan Farhan yang sedang lena tidur diulit mimpi.

Rocky yang berada ditengah-tengah mereka juga terbongkang tidur.Dah macam ada anak kecil pula!Geram dia melihat mereka berdua yang lena tetapi dia sengsara mahu tidur.

Dia mengambil fonnya.Dipandang skrin telefon pintarnya yang tertera pukul 2.24 pagi.Awal lagi!Dia sudah seperti mahu menangis.Tidak tahan akan sakit itu!

Setelah lama dalam keadaan itu, dia akhirnya mengambil keputusan itu turun ke bawah memandangkan dia sudah tidak boleh tidur.

Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa.Dia menghidupkan televisyen.Lama juga dia mencari channel yang menarik perhatiannya namun tiada.Bosan betul!

♡♡♡♡

Panik Izwan Farhan apabila tersedar dari tidurnya apabila melihat Ain Farhana tiada di sebelah.Banyak kali dia menyeru nama Ain Farhana namun tiada sahutan.

Apabila turun ke bawah, kedengaran suara televisyen.Dia menarik nafas lega.Tahu lah dia yang gadis itu ada di ruang tamu.

Dia mula mendekati.

"Kau ni, tak dengar ke aku panggil nama kau banyak kali?!" katanya dengan nada sedikit meninggi dan cemas.

Terkejut Ain Farhana.Kena marah lagi.Haih, apalah nasibnya hujung minggu itu?Asyik kena marah je.

"Kenapa?" balasnya bersahaja.

"Kau boleh tanya kenapa?Aku bangun tengok kau tak de.Risau lah aku.."

Ain Farhana hanya mendengar.Sebab tu je?

"Kenapa duduk sini sorang-sorang?" soal Izwan Farhan prihatin.

"Kau dah marah aku.Boleh pula tanya kenapa.Huh!"

Izwan Farhan tersengih.

"Kau duduk sini sebab merajuk dengan aku pasal malam tadi ke,Ain?Serius lah?"

"Ish!Bukan sebab tu lah!" kata Ain Farhana geram melihat sengihan lelaki itu.

Rasa mahu cincang-cincang sahaja bibir lelaki itu!

"Habis tu?"

"Masalah perempuan lah!Kau apa tahu?!Dah, kau baring sini.Biar aku tidur atas katil.Aku tak lena tidur tau!Semua sebab kau!"

Sejurus berkata begitu, Ain Farhana terus melangkah memanjat anak tangga.

"Eh,Ain!"

"Apa lagi?"

Ain Farhana mengeluh.

"Kau tak takut ke dengan Rocky?" sengaja Izwan Farhan mengusik.

Ain Farhana menelan air liur.Lupa pula pasal kucing kesayangan lelaki itu.

"Huh!Aku tidur bilik lain.Dah, jangan kacau aku!"

Laju dia mengatur langkah.

♡♡♡♡

Tengahari itu, Ain Farhana tersedar dari lenanya.Dia tersenyum puas kerana dapat tidur dengan lena.Dia pantas bangun dan menuju ke bilik mereka.

Kosong.

Pelik dia melihat ruangan bilik itu kosong.Mana pula lelaki itu pergi?

Dia mula mengambil tuala dan barang keperluan untuk mandi.Langkah diatur ke arah bilik air.

Selesai sahaja mandi dan bersiap, dia menuju ke tingkat bawah pula.Dapat dia melihat Izwan Farhan sedang menyediakan makan tengahari untuk mereka berdua.

"Good morning, tuan puteri.Jom, kita makan.." ujar lelaki itu bersama senyuman.

"Kau perli aku ke apa?" balas Ain Farhana sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

Dia hanya memandang apa yang ada di atas meja makan.

"Baguslah kalau terasa.Lena tidur?Aku dah belikan nasi kukus ayam berempah.Aku tahu kau mesti tak larat nak masak kan?So, jom.Enjoy your meal!"

Izwan Farhan meletakkan satu bungkus untuknya dan satu bungkus lagi untuk Ain Farhana.Masing-masing mula menjamu selera.

Selesai sahaja makan dan mengemas meja, masing-masing menuju ke arah ruang tamu.

Sesekali Ain Farhana berkerut menahan sakit.Izwan Farhan yang melihat menegur.

"Kau okay tak ni?"

Ain Farhana memberikan pandangan tajam.

"Soalan apa kau tanya ni hah?"

"Okay-okay.Sorry.Dah tu aku nak kena buat apa ni untuk bagi hilang rasa sakit tu?"

"Ish!Tak yah buat apa-apa lah,Iz!Kau duduk diam je!Jangan kacau aku.."

"Baik.."

Izwan Farhan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.Nak tolong pun kena marah!

Dia kembali fokus pada cerita yang ditayangkan di skrin televisyen.Sesekali dia menoleh juga pada Ain Farhana namun dia tak mampu bersuara.Takut kena marah.





My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now