dua puluh enam

4.8K 156 0
                                    

Perhimpunan pada pagi Isnin itu berjalan seperti biasa.Pengawas yang bertugas di tapak perhimpunan sudah bersiap sedia.

Ain Farhana masuk ke perkarangan sekolah untuk bersama-sama menyertai perhimpunan.Buku rekod kedatangan lewat dipegangnya.

Sebaik sahaja tiba di tapak perhimpunan, lagu Negaraku dimainkan.Dia berhenti seketika bagi menghormati lagu itu.

Selesai sahaja perhimpunan, Aliya Dalisya mengambil microfon bagi membuat pengumuman bahawa mereka akan membuat spot check secara besar-besaran memandangkan semua guru ada mesyuarat.

Semua pengawas mengambil tempat masing-masing.

Ain Farhana beratur di hadapan barisan pelajar perempuan kelas Airina.Dia mula menjalankan tugasnya.Habis semua diselongkarnya.

Tiba giliran Airina, dia menjumpai gelang berwarna silver.Pantas tangannya menghulurkan slip salah laku kepada gadis itu.

"Alaa, Ain.Please, lepaskan aku.Kali ni je.Aku janji!" ujar Airina yang tidak mahu gelangnya dirampas.

"Kau nak cakap apa, kau cakap kat bilik disiplin.Aku tak de masa nak dengar pujuk rayu kau.." tegas Ain Farhana berkata.

Selesai membuat spot check barisan kelas itu, dia membantu Aisya Syarina yang masih belum siap.

♡♡♡♡

Ain Farhana hanya lesu sahaja sepanjang di kelas.Langsung tidak semangat.Period painnya masih belum menghilang.

Kalau di rumah, dia boleh berehat-berehat di atas katil.Golek-golek pun boleh.Tetapi sekarang dia di sekolah dan di dalam kelas.

Haih.

Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran, dia hanya buat-buat menulis.Sungguh dia berasa tidak larat.Nak pegang pen pun malas.

Mujur lah hari itu tiada subjek yang memerlukan mereka bentang di hadapan kelas ke apa ke.Dia memang bersyukur sangat dah.

Mujur juga sewaktu dia menjaga pagar tadi dia okay sahaja.Jika tidak mahu juga dia tumbang di situ.

Setibanya waktu rehat tadi pun, dia langsung tidak membeli makanan.Aisya Syarina ada mempelawanya kuih namun dia menolak.

Dia tiada selera.Itu yang dia tidak makan.Dia hanya meneguk beberapa kali air masak yang terdapat di dalam botol kesayangannya sahaja.

Tibalah di waktu yang terakhir pengajaran dan pembelajaran.Mujurlah cikgu mereka tidak masuk kerana ada urusan.

Pantas dia meletakkan kepala ke atas meja.Mata dipejamkan.Dia mahu tidur dan berehat seketika.

"Ain tu kenapa?" soal Emir Hafizi pelik melihat gadis itu.

Hampir seharian mereka tidak mendengar celoteh Ain Farhana gara-gara gadis itu sebegitu.Jika tidak, hari-hari ada sahaja telatah Ain Farhana dan Aisya Syarina.

Semua mata tertumpu ke arah Ain Farhana yang sudah lena.

"Tah lah.Dia penat kot.." balas Aisya Syarina.

Izwan Farhan dalam diam memerhati Ain Farhana.Mungkin sakit gadis itu masih belum hilang.Wajah gadis itu pun kelihatan agak pucat dan tidak bermaya.

"Ke korang ni gaduh sebenarnya?" teka Akmal pula.

"Eh, sorry sikit.Tak de, betul.Mana ada kitaorang gaduh.." kata Aisya Syarina menyangkal tuduhan Akmal.

"Haa, Iz?Kau ada sakitkan Ain ke?"

Giliran Izwan Farhan pula yang kena.

Dahi Izwan Farhan berkerut.Apa ni?Dia pula dituduh.

"Apa korang merepek ni?"

"Ye lah, kau kan cousin Ain.Mana tahu Ain merajuk dengan kau.." ujar Asyraf Khairil pula.

"Suka hati je main tuduh-tuduh.."

"Kitaorang teka je tapi kalau betul, siap kau Iz.."

Akmal,Emir Hafizi dan Asyraf Khairil berhigh five.Kemudian mereka ketawa.Suka mengusik Izwan Farhan.

Setelah agak lama kelas itu riuh-rendah dengan suara-suara, Puan Hamidah yang berada di kelas sebelah masuk melalui pintu belakang kelas mereka kerana suara mereka menganggu pembelajarannya.

"Amboi-amboi.Suka ria, bergelak ketawa semua ye?Ni masa siapa ni?" tegurnya.

Terkejut mereka dengan kehadiran Puan Hamidah.

Emir Hafizi sudah mula cuak.Dia dahlah ketua kelas tetapi dia pula yang paling rancak.

"Cikgu Hasnah tapi cikgu ada hal kat bilik guru.." balasnya.

"Jadi kalau Puan Hasnah tak de, awak semua boleh bersuka ria lah?Dah tak de kerja ke semua ni?Awak sedar tak nak SPM ni?Ke masih berangan?Haa, tengok Ain tu.Syok dia tidur.."

"Kami minta maaf, cikgu.."

"Saya tak marah cuma suara-suara awak semua ni ganggu saya nak mengajar.Tak pe lah, saya gerak dulu.Apa-apa saya ada kat sebelah.." ujar Puan Hamidah kemudian segera meninggalkan kelas itu.

Aisya Syarina mula mengejut Ain Farhana kerana waktu untuk bertugas semasa pelajar pulang hampir tiba.Dia menepuk lembut bahu sahabatnya.

"Ain, bangun.."

Tiada balasan dari gadis itu.

"Ain?Bangunlah, orang dah nak balik ni.." kejutnya lagi sambil menepuk lagi bahu Ain Farhana.

Ain Farhana mula tersedar.Dia mengangkat kepalanya.Dapat dia melihat semua pengawas di kelasnya beransur keluar dari kelas untuk bertugas.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now