MP♡ 1

5.8K 58 1
                                    


Bangun je pagi Lissa dah perlu bersiap siap pergi ke kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya ke atas pelajar disayangi. Memang Lissa tak reti nak beli kereta murah ke apa? 1 porsche 2 TT 3 mini cooper 4 gtr 5 sport audi. Lissa tak ada lah nak semua kereta tu Cuma dia ada terfikir nak hadiahkan dekat adiknya dua orang tu kalau berjaya kalahkan kakaknya dengan mencapai pujian tertinggi di universiti. Aqief otw jadi doktor Ariel pulak otw jadi lawyer. Susah aku kena hadap sorang kuat cakap sorang skema. Tapi aku sayang dua dua. Rindu pulak dengan dua orang ni. Masing masing sibuk dengan study. Ye lah dah last last year mesti ada exam. Dengan rutin biasa Lissa bersiap siap untuk kerja. Dengan memilih pakaian dari fashion valet Lissa kenakan coat warna biru muda dan dipadankan dengan baju kemeja putih dengan seluar slek biru muda. Senang cerita Lissa pergi kelas dia akan pakai set formal macam ke pejabat.

Lissa memilih porsche sebagai pilihannya. Semua keretanya bewarna hitam. Entah obeses betul dengan warna hitam. Dengan membiarkan rambutnya terurai lurus tanpa diikat membuatkan kecantikan Lissa mengalahkan miss world. Hiperbola . Muka Alissa ni typycal melayu je cuma tu lah baka dia memang cantik hensem putih tinggi bukan nak riak memang fakta. Nak dikatakan cerita muka Lissa ada iras penyanyi korea. Korang kenal tak krystal? Hahahah lebih kurang macam tu lah. Bukan nak riak semua yang minat kpop semua cakap aku iras gila dengan jutawan muda itu. Kagum aku bila aku tahu siapa krystal tu. Brand kakak dia jessica menjadi pilihannya untuk travel or nak hadirkan diri kemana mana event.

Pelajar dia penat memikat Prof muda tu. Semua ditolak mentah mentah. Dia sedikit fobia nak berkenalan dengan lelaki. Memang tak masuk list langsung budak yang lebih muda daripadanya nak dijadikan teman lelaki. Almaklumlah aku tau aku ni tua. Sedar diri. Semua dekat Langkawi ni agaknya kenal aku kot. Sebab salah sikit cerita aku masuk dalam majalah lah viral dekat facebook lah apa lah. Zaman sekarang mana boleh silap sikit .aku bukan femes mana nak dikenali satu Malaysia cukuplah warga tempatan Langkawi je kenal aku. Aku dikenali sebab aku warga muda pertama yang mencipta sejarah diLangkawi dapat buka bisnes di Langkawi dengan jayanya. Then terpaksa pergi ke sekolah sekolah bagi ceramah lah motivasi lah apa lah. Tapi aku suka sebab aku boleh bagi tips mmacam mana nak berjaya tanpa mengeluh.

Sampai je di pejabatnya dia di ULM semua menegurnya. Lissa membalas dengan muka ceria. Dengan pelajar dia sedikit garang. Mana boleh bagi muka dekat budak budak tu. Lagi pula purata umur mereka dalam lingkungan 20 ke 24 semua mula nak tunjuk kepala sendiri. Nasib baiklah pelajar aku semua budaknya kaki study. Semua pointer on point. Bangga gila aku jadi Prof dia orang. Lissa banyak kali jugak dapat anugerah Prof paling dedikasi. Bukan nak riak Cuma itulah pencapaian Lissa setakat jadi Profesor. Lissa masuk ke dalam kelas kegemarannya kelas sains tulen. Semua tersenyum nampak prof muda mereka. Dengan ceria mereka semua mengucapkan salam kepada prof muda itu.

“ Assalamulaikum Prof Lissa”
Lissa tersenyum sambil membalas senyuman mereka satu persatu. Dalam kelasnya hanya empat orang je murid lelaki itu pon 2 cina 2 melayu yang lain semua perempuan.

“waalaikumsalam semua.. haihhh senyum memanjang je semua ada apa apa ke ?”
Sambil bertanya Lissa melabuhkan duduknya di kerusi yang disediakan khas untuk para pensyarah duduk.

“Prof kami ingat nak tempah meja dekat cafe prof lah nak buat last event untuk kelas kami boleh?”
Terangkat kening Lissa . Hamboiii kemain. Time aku masuk universiti tak merasa semua tu. Zaman sekarang sudah berubah. Semua dia orang nak semua dihujung jari.

“ boleh tapi dengar syarat korang kena kemas semula cafe saya boleh?”
Tersenyum manis Lissa melihat muka pelajarnya yang terlopong. Almaklumlah kebanyakan semua anak orang berada mana pernah masuk dapur. Acah je semua tu.

“ alah Prof... prof ada pekerja kan suruh lah dia orang kemas. Nanti tak ada kerja pulak pekerja cafe tu nanti. Makan gaji buta je dia orang tu. Kesian Prof.. kan semua”
Semua dalam kelas itu mengangguk mengiyakan kata ketua mereka. Lissa hanya menggeleng kepala. Budak budak ni ada je menjawab.

“ Saya yang suruh so tak ada siapa makan gaji buta. Bile lagi kan kau orang nak berbakti dekat prof kau orang yang cantik ni kan? “

Lissa buat muka selamba. Semua pelajar didalam kelas pakat pakat mengeluh. Macam lah teruk sangat benda yang aku suruh buat.

“dah dah tak payah pakat pakat nak mengeluh. Cafe saya free hari sabtu. So hari lain dah ada orang booking dulu. Kalau nak sabtu ni. Better jangan pakai baju menjolok mata ye? Im sick to see you guys wear mini skirt. My cafe is not hotel. So better watch out. Kalau saya nampak saya suruh tanggal kat situ jugak. Alang alang kan baik buka je terus biar nampak apa yang dipakai didalam suka sangat nak tunjuk kan?”

Selesai je bercakap pelajar lelaki semua bersiul memandang ke arah pelajar perempuan mengusik. Cukuplah 4 orang je lelaki boleh buat kelas mengalahkan pasar ikan.

“ wuuuuuu prof terbaiklah. Wei kau orang pakai lah mini skirt boleh aku cuci mata warna apa kau orang pakai. Lagi bagus kalau pakai warna putih. Whoopp whoopp”

Kalau mulut cina memang tak berlapik sungguh. Kang ada yang kena makan heels aku ni karang.

“kepala bana kau Alex. Kalau kau nak cuci mata pergilah dekat club dekat situ kau semua dapat virgin yang tua muda seksi hitam putih semua ada”

Sekali lagi kening Lissa terangkat. Apa kes sampai virgin virgin ni. Aku yang dengar pun malu. Tahulah subjek mereka agak mendalam sikit belajar. Tapi tak payah lah tunjuk sangat.

“ Alamak yang dekat club tu tak best semua dah ke tabuh dengan batang besar tak best nak dibawa ke bilik. Semua dah koyak. Tak feel langsung”

Membulat mata Lissa mendengar perbualan pelajar dihadapannya.

“ Stop please. Hamboi hamboi Azril sembang lebat macam pernah je? Guys kan saya dah ulang banyak kali sebelum nak tabuh anak dara orang kena nilai diri reti ke nak bertanggungjawab? Lagi lagi kau orang ni still student. Awak semua ni masih belajar kang dia mintak tanggungjawab kau orang yang baran. Kau orang ingat pakai kondom tu tak boleh mengandung ke? Lagi kau orang buat benda haram senang je benda tu jadi. So selagi kau orang tak kerja jangan harap sentuh anak dara orang. And yang muslim saya nasihatkan bila dah halal barulah best kalau nak sedap pun. Nanti sebelum kahwin dah sedap tak akan rasa nikmat tu. So belajar belajar lah jaga nafsu tu. Jangan selalu sangat onani nanti kau orang yang tak mampu buat anak nanti. So sebagai prof kau orang saya nak cakap tak payah lah nak sedap kalau duit tak ada. Tak berbaloi. Faham semua?”

Semua pelajarnya yang kusyuk terangguk angguk. Semua buat gatal bila aku keluarkan topik ni.

“ okaylah semua cukup semua tu. Saya dah forwardkan final work untuk kau orang dekat emel so jangan lupa hantar 2weeks dari sekarang. And saya tak nak ada apa apa alasan. Sekian. Saya keluar dulu”

Lissa mengemaskan begnya dan berlalu keluar. Terdengar keluhan dari mereka.tersenyum Lissa. Memang kalau dinamakan student memang tak gemar dengar paper work. Dia terus balik pulang ke rumah kerana badannya hari ni tidak berapa sihat. Dalam pukul 2 sampai sudah di rumah. Sangatlah sunyi. Aku nak cari PA lah. Kalau macam ni.

MY PROF ♡ 《Slow Update》Where stories live. Discover now