MP♡ 29

765 38 0
                                    

2 minggu telah berlalu masing masing busy melakukan persiapan kahwin untuk Lissa dan Fariq. Mereka dalam 2 minggu itu juga masing masing tidak bertemu kerana tuntutan kerja yang tidak menentu.

Dan dalam  2 minggu itu juga hanya mesej sahaja yang menghubungkan mereka berdua. Itupun hanya sepatah ditanya sepatah dijawab oleh Fariq.

Mereka mengehadkan hubungan kerana tidak mahu menarik perhatian musuh yang sedia memerhati. Lissa yang leka menyiapkan kertas kerjanya tidak langsung perasan tentang kewujudan tetamu di luar pintu yang daripada tadi berdiri di luar.

Salah seorang pekerja cafe itu menyuruhnya masuk ke dalam. Tetamu itu serba salah untuk masuk tetapi diikutkan juga tangannya. Tangannya menolak pintu bilik Lissa. Lissa memandang sekilas.

Matanya terkebil kebil memandang tetamu yang sudah berada dihadapannya. Sungguh dia tidak sangka kawan baiknya dulu ada didepannya. Sudah 5 tahun mereka tidak berjumpa kerana dia sibuk futher study.

"Aira?"
Lissa menutup kertas kerjanya dan terus bangun untuk memeluk rakan karibnya yang dirindui itu.

" Lissaaa!!"
Mereka berdua berpelukan erat. Masing masing menitiskan air mata kerana terlalu gembira berjumpa satu sama lain.

Aira menjarakkan badan mereka matanya memandang muka Lissa yang sedikit pon tak berubah. Tetapi perubahan Lissa membuatkan dia terharu kerana sudah lama dia mendoakan Lissa supaya Lissa menjadi muslimah yang betul.

" kau kenapa pandang aku macam tu? Seram aku. Lambatnya kau balik penat aku tunggu tau bukan nak tanya kabar berita langsung! Menyepi sampai aku call tak pernah nak angkat. Hish aku sedih lah kenapa orang yang aku sayang suka sangat menyepikan diri"
Lissa meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kawan baiknya. Sambil tu dia menarik tangan Aira untuk duduk di sofa yang disediakan dalam bilik itu.

" aku bukan sengaja tapi mahal lah weh nak call kau dekat Malaysia ni. Aku bukan macam kau"

Lissa mencebik tanda tidak puas hati.

"Kenapa tak cakap? Kalau tak ada duit cakaplah dekat aku. Nanti aku bankin bagi dekat kau"
Aira memandang mata hazel Lissa. Kebaikan Lissa tak mampu untuk dia membalasnya.

Bukan dia tak nak tapi sudah cukup selama ni dia menyusahkan Lissa. Cukuplah perbelanjaan di University pon Lissa yang beri kerana kos sara hidup di negara orang sangat tinggi. Apalah sangat gaji untuk kerja sementara.

"Mama dengan Papa macama mana? Sihat?"
Sedaya upaya dia tukar topik bila bicara pasal duit.

" kau jangan tukar topik boleh? Kurus gila dah aku tengok kau. Kau ikat perut ke? Kan aku dah cakap apa apa tak cukup inform aku.."
Aira memejamkan matanya mendengar bebelan nenek Lissa. Sudah diduga soalan itu akan ditanya.

" lissa.. kalau boleh aku tak nak langsung susahkan kau lagi. Cukuplah selama ni.. tak terbalas budi jasa kau dekat aku. Aku tak ada mak bapak nak bantu aku tapi aku tak nak menyusahkan kau"
Bergenang air matanya mendengar sikap Lissa yang dari dulu tidak elkang membantunya.

Kepalanya menunduk memandang lantai. Hakikatnya dia tak mampu memandang Lissa kerana dia tak mahu Lissa bimbangkan dirinya.

Lissa mengeluh. Tahulah dia bahawa Aira sangat tidak suka dia menyentuh hal duit.

" memandangkan kau dah balik aku nak kau makan apa yang chef aku sediakan untuk kau"
Cepat cepat Lissa ubah suasana yang muram.

MY PROF ♡ 《Slow Update》Where stories live. Discover now