cunning love - 12

575 13 0
                                    

Hampir sebulan Aliyah menjadi orang gaji tak bertauliah kepada Henry. Jadi PA dialah. Kena mengikut kemana shooting dia pergi.  Ikut sahaja arahan dia. Sampai nak menaip mesej di telefon pun suruh dia buat. Memang dia suka mencari pasal. Bergaduh bagai nak rak pun akhirnya dia menang juga. Hari ini kena ikut dia pergi shooting pula. Minggu lepas dia outstation jadi Aliyah takpayah datang. Memang holiday sakanlah dia.

“ wei. Aku haus.” Cakap Henry setelah duduk dikerusi sebelah Aliyah. Aliyah menggapai mineral yang belum dibuka dan menghulurkan kepada Henry. Henry menggeleng. Aliyah angkat kening. Ah sudah datang perangai ngada-ngadanya.

“ aku nak air coke. Nak yang sejuk. Kau pergi beli untuk aku.” Buntang mata Aliyah.

“ jangan nak gedik dekat sini.” Perlahan suara Aliyah memarahi Henry. Dia tak mahu orang salah faham dengan situasi disitu. Karang ada cerita keluar dekat majalah masak dia.

“ like I care. Now get me the damn water.” Arah Henry.

“ jaga cakap encik karang saya lesing kang.” Marah Aliyah. Suka sangat dia cakap kasar. Henry memandang atas membuat muka tidak kisahnya.

“ like i care. Now shuh shuh.” Halau Henry. Memang mencabar kesabaran betul. Aliyah menghentakkan kakinya geram sambil keluar membeli air untuk BOS KESAYANGAN dia itu. Henry hanya tergelak sahaja melihat perangai Aliyah. Memang lucu. Tak sia-sia dijadikan Aliyah sebagai alat permainannya.

beberapa minit kemudian Aliyah kembali membawa pesanan Henry. Henry mengambil air dari Aliyah. Kemudian dia menarik Aliyah ketempat persalinan. Aliyah cuba menarik tangannya tapi apakan daya kudratnya. Henry menunjukkan Aliyah pakaian dan menyuruhnya dia bertukar pakaian.

“ apasal pula? “ marah Aliyah. Dahlah kena tarik lepas itu suka hati suruh tukar baju.

“ model perempuan ada emergency and kau yang akan ganti model itu.” Bulat mata Aliyah. Gila! Ini memang gila. Apa kebenda dia jadi model hari ini.

“ what!! No no. Apa saya penduli kalau dia takda.” Protes Aliyah.

“ jangan nak membantah. Kalau siap shooting hari ini. Cepat kau boleh balik.” Ugut Henry.

“ tak mahu.” Marah Aliyah.

“ kalau kau tak nak tukar aku akan tukarkan baju kau.” Aliyah memeluk dirinya dan mengundur setapak. Henry mengenggam tangan Aliyah sebelum mengundur lagi.

“ aku jerit nanti. Kau yang malu.” Aliyah pula mengugut.

“ cubalah jerit. Sebelum kau jerit aku cium kau dulu.” Jarak dia dan Aliyah dirapatkan. Aliyah menekup mulutnya. Dia memandang Henry mana tahu dia mainkan dia seperti biasa. Matanya yang coklat kemerahan kelihatan dia serius dan akan mengotakan apa yang dikatanya. Aliyah merampas baju dari tangan Henry dan berjalan ke bilik persalinan.

“ no peeking.” Arah Aliyah. Henry hanya tergelak kemenangan. Urgghhh memang dia juara bab menyakitkan hati ini.

“ fiya.” Panggil Henry lagi.

“ apa?” tanya Aliyah. Dia membetulkan pakaian diberikan oleh Henry.

“ ini kau pakai selendang ini. Nanti aku betulkan. “ Aliyah membuka sedikit pintu dan mengambil selendang diberi Henry. Setelah selesai menukar. Henry menyuruh Aliyah duduk dikerusi dan Henry mula memekap muka Aliyah. Pada mulanya Aliyah menolak, setelah bertekak bagai nak rak. Akhirnya dia mengalah. Lepas itu dia membetulkan selendang yang dipakai Henry. Dia membelek dirinya dihadapannya cermin. Wow,cantik gila aku.

“ cantik kan aku buat.” Puji Henry. Aliyah hanya mendiamkan. Tidak mengiakan atau menggeleng. Henry membawa Aliyah ke set. Setelah diberi beberapa taklimat mereka memulakan shooting. Nasib baik mereka tidak mengambil gambar mukanya. Hanya muka Henry sahaja digunakan. 

Selepas beberapa jam jadi model tak bertauliah akhirnya habis jua. Aliyah merenggangkan ototnya. Dia berasa gembira sebab kerjanya sudah habis pada hari ini.Henry sudahberjanji dengan dia yang dia boleh balik awal selepas habis shooting. Teringat dia ketika dia sedang shooting dengan Henry. Ya Allah malunya, nasib baik tak payah tunjuk muka dia dan dia hanya berdiri statik disitu biarkan Henry melakukan pose. Memang merah menyalalah muka masa itu. Gila malu! Tiba-tiba bahu Aliyah dicuit, dia berpusing dan melihat Henry tersenyum memandang dia. I smell something bad gonna happen.

“ada satu lagi scene. Last scene.” Arah Henry. Aliyah tergamam. Setahu dia tadi photographer cakap ok and it a wrap. A WRAP!!!

“ kan dah habis apa lagi?”

“ tadi tak berapa jadi. Kena buat balik.”

“ saya malas. Guna gambar yang elok sajalah. Yang tak jadi tu buang aje.” Aliyah beralih. Huh tak mahu dia berdekatan dengan mamat yang suka memporak perandakan hidup dia.

“ aku tak kisah. Kalau aku kata kita kena buat balik. Buat ajelah. Jangan nak membantah cakap aku boleh tak?”

“ saya tak naklah. Takkan nak paksa orang kot.”

“ kau lupa aku siapa ke? Kau nak aku tinggalkan kau dekat sini?” aliyah mencebik. Alah ingat dia takut dengan ugutan Henry. Kalau kena tinggal pergilah cari bus ke atau teksi. Apa susah.

“ oh sebelum aku terlupa. Handphone and beg kau dekat dalam kereta aku. Kalau kau taknak ikut cakap aku, so aku terpaksalah tinggalkan kau disini sorang-sorang. Becareful ye. Di sini aku dengar macam macam ada.” Henry mengugut lagi. Meremang Aliyah disitu. Dahlah diugut nak tinggalkan dia, lepas itu boleh pula dia pergi cakap bukan-bukan dekat aku. Urgh frust seh.

“ ye lah.” Aliyah mengalah dan berjalan sambil menghentak kakinya geram. henry hanya tertawa disitu. Henry menyuruh Aliyah duduk bersimpuh di lantai. Dia mengarahkan Aliyah jangan bergerak dan pandang mata dia. Duduk sahaja diam-diam.

Henry menundukkan badannya dan melutut kearahAliyah, mukanya dirapatkan ke muka Aliyah. Dia dapat merasakan ketidakselesaan Aliyah. Tapi dia tidak ambil peduli. Jemari Aliyah digenggam dan dirapatkan ke bibirnya. Muka Aliyah berubah dia cuba menarik tangannya, tetapi Henry memegang erat. Dia mencium jari Aliyah dan dia kembali memakukan pandangannya kepada Aliyah. Aliyah seperti terkedu dan mereka berdua seperti dalam dunia mereka sendiri. Tetiba mereka dikacau oleh photograher mengatakan dia sudah selesai. Henry melepaskan jari Aliyah dan mula menjarakkan dirinya dari Aliyah. Dia hanya tersenyum dan berjalan kearah krew produksi. Aliyah masih duduk kaku. Henry berpusing dan melihat keadaan Aliyah yang masih kaku tidak bergerak. Dia tersenyum.

“ fiya. Dah habis dah. Pergi tukar baju kalau nak balik awal.” Aliyah seperti tersedar dengan kata Henry. Dia bingkas bangun tetapi tidak berapa stabil kerana bangun secara mengejut. Terus dia bergerak ke bilik persalinan.

Henry yang melihat keadaan itu ketawa. Photographer hanya tersenyum sahaja.

“ kau nak semua gambar ini ke? Tak nak bagi aku edit dulu?” tanya dia kepada Henry. Photoshoot yang terakhir tadi adalah permintaan Henry.

“ yup.” Henry tersenyum. Dia memasukkan gambar tadi kedalam pendrive dan pendrive tersebut diberi kepada Henry. Aliyah baru sahaja keluar dari bilik persalinan berjalan kearah Henry.

“ thanks. Oklah balik dulu ya. Ada kerja lain kena buat.” Henry meminta diri dan pergi dari situ bersama Aliyah.

Hasyim menunggu dengan setia ketibaan tuan mudanya. Setelah dia nampak Henry dan Aliyah , dia membuka pintu untuk mereka. Aliyah masuk kedalam dan diikuti oleh Henry. Pintu ditutup dan Hasyim masuk ketempatnya dan memulakan pemanduan.

“ nak pergi mana?” tanya Hasyim memandu jalan keluar. Henry kelihatan penat.

“ hantar budak ini balik.” Hasyim hanya mengangguk dan dia menjeling melihat kebelakang. Henry merapatkan dirinya dengan Aliyah. Aliyah cuba menjarakkan dirinya sampai dia sudah berhimpit dengan pintu. Ada rupa burger pula rasanya.

“ jangan bergerak.stay.” henry berbisik. Selepas itu, dengan selamba dia melabuhkan kepalanya di bahu Aliyah sambil memejamkan matanya. Aliyah menjongketkan bahunya tanda protes.

“ duduk diam-diam kalau tak aku peluk kau. Kau nak?” Henry memberi amaran. Aliyah menelan air liurnya. Dia duduk statik membiarkan Henry tidur dibahunya. Tidak lama kemudian dia pun ikut terlelap sama.

cunning loveWhere stories live. Discover now