cunning love-3

715 14 0
                                    

Suria KLCC tidak pernah sunyi tanpa orang, tengok sahajalah luar, dalm setiap aras penuh dengan orang. Aku berjalan sendirian, setiap kedai baju aku serang.Alfred Dunhill, Armani Exchange,Hugo Boss, CK Calvin Klein,Quicksilver,Topman, Timberland sampai Gucci dengan Chanel pun aku nak serang. Macam ada perempuan dekat rumah. Aku straight ok. Gaya macam dah lama tak shopping pula. Dahlah baru habis meeting. Boleh pula Tok Abah sesuka hati dia sahaja nak letak jawatan, cakap nak pergi bercuti. Kerja semua campak dekat aku. Director yang lain pun setuju dengan tindakan gila Tok Abah.  Dah meeting mendrift aku pergi buat shooting pula, itulah orang dah ada kerja tetap sahaja pergi cari second job, memang cari nahaslah. Nak kata miskin memang taklah jawatan dia CHIEF EXECUTIVE OFFICER, memang taklah jawatan cikai saja. Ini semua idea kawan dia si Andrew, boleh pula ambil sahaja job ini buat hilang stress, sekarang nama dah naik bertambah stress adalah. Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Aku melihat sekeliling rasa diri macam diusha pula, well akukan lelaki terhangat sekarang. Angkat bakul sendiri kejap. Ada seorang perempuan mendekatiku. Aku berhenti dan melihat dia.

“ erm, awak ini Azlisyam,kan. Model tu kan?” dia bertanya ragu-ragu. Aku mengangkat kening. Wow peminat aku ke ini.

“ haah” aku menjawab dan tersenyum. Mata perempuan itu bersinar macam baru dapat habuan. Senyuman dia jangan cakaplah, dah sampai ke telinga dia tarik.

“ nak ambil gambar dengan abang boleh?” penuh pengharapan. Aku mengangguk setuju. Apalagi sukalah perempuan itu. Dia memanggil kawan dia dan aku pun mengambil gambar dengan mereka. Terasa macam artis pula. Setelah mereka mengucapkan terima kasih aku menyambung shoppingku.

Aku berjalan sambil menaip ditelefon. Jadi memang tak pandang depanlah. Tiba-tiba ada pula beg terbang kearah aku. Terduduk aku memegang perut.Terlepas handphone aku. ‘habis phone aku!’ marah aku. Ok gajet nombor satu. Kalau beg dia penuh dengan baju boleh dimaafkan tapi kalau penuh dengan buku memang cari nahaslah. Dia ingat ini apa? Softball ke nak baling-baling.

Aku lihat perempuan itu berjalan laju sambil meminta maaf. Aku bangun dan mengambil Iphoneku. Retak seribu wo fon aku! Ok ni mendatangkan amarah. Aku lihat perempuan didepan aku, macam pernah lihat dimana ya.

 “ have we met before? ” aku bertanya setelah penat bertekak tadi. Dia kelihatan seperti terkejut dengan persoalanku. Aku membelek phoneku. Walaupun dah retak sejuta tapi still boleh hidup. Wa sayang sama lu Iphone! Aku mengskroll gallery dan aku terbehenti di satu gambar.

“nope.” Dia jawab pendek sambil menggeleng. Dia menggosok lengan kanannya. Mungkin nervous kot.

“ now, aku ingat kaulah orang yang langgar aku dekat KLIA!” aku terjerit pula. Buat malu buat announcement disini. Dia terpinga-pinga. Dia memandang aku seperti mengingati sesuatu. Tetiba riak dia berubah. Cuaklah itu. Aku tersenyum.

“ saya minta pasal tadi dan semalam.” Dia meminta maaf untuk hari ini dan semalam. Wow rasa macam lagu 6th sense pula.

“ saya hendak ganti rugi.”

“ok” Dia kelihatan cuak dan seperti ragu-ragu.

“ awak repair Iphone saya dan Ipad saya.” Terkejut dia dengan apa yang aku cakap.

“ kenapa saya kena bayar encik punya Ipad. Saya langgar phone encik sahaja.”

“ semalam kau dah langgar aku, sampai baju habis kau rentap dan masa kau langgar aku, ipad aku jatuh sekali.” Aku bersahaja.

“ mana ada. Semalam saya hanya langgar encik sahaja.” Dia membela diri. Mukanya merah menahan marah barangkali. Aku rasa suka pula dengan situasi ini.

“ awak ini banyak makan semutke? Atau dah tua sangat sampai nyanyuk.” Aku cuba menaikkan marah dia. Tangan dia digenggam kemas, rasa macam dia nak hayun sahaja.

cunning loveWhere stories live. Discover now