cunning love -17

547 13 0
                                    

Aliyah mengeringkan rambutnya, dia baru sahaja selesai mandi.  Dia melemparkan dirinya diatas katil. Tangannya digoyangkan atas ke bawah ala-ala berada atas salji. Dia memeluk bantal peluknya. Tiba-tiba dia teringat peristiwa minggu lepas dimana Henry datang ditempat kerjanya. Dan tidak dapat dilupakan ketika dia hendak pulang, Henry mengejutkan dirinya lagi dengan kehadiran dirinya. Dia boleh berkawan dengan segala hantu didunia. Perangai nauzubillah sampai dah tak boleh beristigfar dah. Kalau dia nak menyakat sampai hujung dunia agaknya.

-----flashback------

“fiya miss me?” Fiya terkejut dengan kehadiran Henry. Dia mencebik dan memeluk tubuhnya. Badannya diseret kehujung kereta.

“ i’ll take it you miss me.” Selamba Henry menarik baju Aliyah. Aliyah merentap kasar. Tapi matanya still tidak memandang Henry. Henry menarik lagi hujung baju Aliyah. Sengaja membuat Aliyah berasap.

“ awak tak ada kerja ke?” Henry sengih.

“ tak nampak saya tengah buat apa? Tengah kerjalah ini.” Jawabnya selamba. Tangannya masih lagi menarik baju Aliyah.

“ kalau tengah kerja buat apa pergi sakat saya? Kerja baru ke?”

“ eh awak tak tahu ke. Nilah kerja baru saya.”

“ eh..awak ni.....” tiba-tiba kereta terlonjak sedikit. Aliyah terlompat sedikit dan peluk Henry. Henry terkejut dengan apa yang berlaku. Hebat betul si Hasyim sampai terlompat kereta aku. Aliyah seperti mati sebentar dan dia dikejutkan dengan sindiran Henry.

“ ai macam seronok je?” cepat-cepat dia menjauhkan diri semula. Henry gelak halus. Hasyim memandang belakang menggunakan cermin pandang belakang. Diadapat melihat betapa gembiranya tuan mudanya. Bukan selalu dia dapat melihat tuan muda dia gembira, kalau dia gembira pun seperti dibuat-buat sahaja.

Lamunan Aliyah terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Pintu dibuka dan neneknya menjenggolkan kepalanya kedalam.

“ liyah. Kamu nak pergi mana-mana tak?”

“ tak rasanya kenapa?” Aliyah duduk bersila diatas katil. Neneknya duduk disisi katil Aliyah.

“ jom keluar. Nenek nak pergi pasar rayalah.”

“ nak naik pe? Ayah tak balik lagi.”

“ naik keretalah. Takkan nak naik flight. Tak apa nenek bawa.”

“ nenek nampak ke? Ibu kasi ke?” dia ragu-ragu dengan neneknya. Boleh ke dia bawa kereta.

“ apa kamu igat nenek buta. Dah nenek nak keluar. Kamu ikut sekali. Pasal ibu kamu nanti nenek beritahu.” Arahan sudah keluar apalagi arahan jangan dilanggarkalau tak binasalah telinga mendengar celoteh dari nenek kesayangannya.

 Aliyah dan nenknya berjalan ke cafeteria. Sejam lebih mereka berjalan dan membeli barang. Pn Ayu, nenek Aliyah memang kaki jalan walaupun dah berusia tapi jalan must go on. Pn Ayu duduk dikerusi berdekatan dengan cermin luar. Jadi dia dapat melihat permandangan diluar. Aliyah membawa nasi ayam dan air anggur ke meja makan mereka. Mereka berjalan keluar dari cafeteria, Pn Ayu seperti perasan sesuatu. Dia berjalan kearah seorang lelaki separuh abad. Aliyah mula pelik.

‘ dah kenapa nenek pergi dekat sini?’

“ eh mokhtar ke ni?” Pn Ayu menegur lelaki sebayanya. Lelaki itu menoleh. Dia melihat seorang perempuan sebayanya dan sebelahnya seorang gadis muda. Mungkin cucunya kerana ada iras muka peremuan berusia.  Bisik hatinya. Dia cuba mengingati siapa dihadapannya.

“ Ayu ke?” dia bertanya kembali.

“ la, mokhtar. Memang kamu rupanya. Ingat siapa tadi. Takut juga nak tegur takut salah.” Pn Ayu tersenyum gembira.

cunning loveWhere stories live. Discover now