First

3K 266 33
                                    

" Jungmi , cepat habiskan sarapan, nanti lewat pulak pergi sekolah "

Aku berhenti menyuap kokokrunch masuk ke dalam mulut .

" Ma , sekarang baru pukul 7 pagi . Kelas mula pukul 8 pagi . Chill lah banyak lagi masa " selamba badak aku balas .

" Bukan apa, kamu tu bukan jenis yang tepati masa . Kelas pukul 8 , tapi pukul 7:56 baru nak pergi . Pastu chillok taknak pergi sekolah . Tu je kejenye kan " aku tak endahkan kata kata mama .

Cerah peluang jadi anak tanggang .

Aku capai remote tv . Siaran tv 100 aku buka . Manalah tau kot kot rancangan kartun yang aku minat ada pada pagi pagi buta begini .

Galih punya galih , tiba tiba abang aku yang tak berapa nak kandung , Jungkook , terpampang di kaca tv secara langsung.

Yup , Jungkook . Jeon Jungkook Bts yang tengah meletupss letuppss tu abang aku .

* ontot kembang *

Identiti aku , Jeon Jungmi , merangkap kepada satu satunya adik kandung kepada Jungkook tak diketahui oleh sesiapa kecuali keluarga aku .

Mama yang minta Jungkook untuk merahsiakan identiti kami sebagai keluarga Jungkook untuk menjaga privasi .

Dari segi rupa aku dengan Jungkook pulak , ya tohan , bezanya macam gajah dengan semut .

Kalau aku mengaku yang aku ni adik jungkook Bts , mesti aku kena kecam sehingga 7 keturunan .

Mata aku tertumpu kembali ke kaca tv . Pengacara Program Monthly Idol sedang menanyakan beberapa soalan kepada setiap member bts .

Sampai di giliran Jungkook, pengacara itu bertanya kepadanya.

" Para peminat di sana semuanya ingin mengetahui identiti adik Jungkook . Boleh cerita serba sedikit tentang adik Jungkook? Bolehlah peminat di luar sana cuba mengambil hati adik Jungkook terlebih dahulu sebelum mencuri hati empunya badan. Chiaaaa ! "

Eh , aku ke? Tak sangka aku pun popular gak uhuk uhuk .

" hm , saya cuma boleh beritahu yang adik saya tu yeoja dan , dia tu jenis yang pemalas hahahhahhaha "

Dehek punya abang.

"Yang selebihnya dirahsiakan atas sebab sebab yang tertentu . " Jungkook tersenyun mempamerkan gigi arnab miliknya.

 " Jungkook tersenyun mempamerkan gigi arnab miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ha korang jangan senyum senyum eh !

" Jungmi ! Sempat lagi eh kamu tengok tv ? " kedengaran suara mama memetir di dapur .

" Ala mama . Jungmi tengok abang tu ha sekejap . Mama pun meh la join sekali " Aku tepuk tepuk kerusi kesayangan mama menyuruhnya untuk menyertai aku . Saje nak buat hati mama lembut bagi aku ponteng sekolah sehari hehe .

" Takde takde . Sekarang pergi sekolah . Lambat takde lagi nak cuti cuti eh " mama menyilangkan tangan tanda tidak bersetuju lagi dengan perangai aku yang suka memonteng .

Aku akur .

Mangkuk yang telah licin aku kerjakan tadi aku masukkan ke dalam sinki . Pipi mama aku cium sekilas .

" Bye ma ! " Aku melangkah keluar. Beg sekolah berwarna hitam digalas sekali .

" Hati hati seberang jalan . Tengok kiri kanan ada kereta ke tak " Pesan mama . Aku tunjukkan tanda OK .

Sejak mendiang papa meninggalkan kami bertiga , aku hanya berjalan kaki ke sekolah . Aku tak nak susahkan mama yang kena berkerja pada awal pagi untuk hantar aku ke sekolah . Kan dua kali kerja kena buat .

Jungkook pulak jarang jarang ada kat rumah . Sibuk dengan jadual yang padat . Kalau berkelapangan, pulanglah dia ke rumah .

Hampir 6 minit berjalan , akhirnya aku tiba di perkarangan sekolah .

Jam tangan aku dikerling . Masih ada 15 minit sebelum loceng berbunyi .

Aku cari kelibat Kang Daniel , a.k.a bespwen sehidup semati , sehati sejiwa , dalam kalangan para pelajar yang baru tiba di sekolah .

Ok takde .

Sementara nak tunggu anak kangkang tu datang , aku buat keputusan untuk duduk di pondok berhampiran . Rasanya kalau nak tunggu daniel sampai , sampai esok lah jawabnya .

Bakkk!

" Auch, sakitlah ! Jalan tengok belakang ke apa " tegur ku . Aku pegang dahi aku . Keras betul kepala orang yang langgar aku .

" Excuse me ! Kau yang taruk mata dekat lutut ! Jalan tak tengok depan ! "

Aku yang mahu membalas balik kata kata itu, menoleh ke depan.

Haa sudah .

Orang yang tak mengaku langgar aku rupanya Lee Rohee.












[C] [Re-edit] Dia Abang Aku | JJKWhere stories live. Discover now