Daniel tergamam melihat kehadiran aku .
" Jungmi , kau "
" Daniel, aku mintak maaf ! Aku layan kau dengan buruk sebab aku taknak kau pergi Amerika . Aku ego hikss . Sepatutnya masa nilah aku kena luangkan masa yang tinggal dengan kau . Aku betul betul mintak maaf Daniel hikss " Automatik aku peluk Daniel yang berada dihadapan .
Daniel balas pelukkan aku .
" Aku lega kau dah ok sekarang . Kau tau tak , sejak kau pinggirkan aku , sumpah duh , aku takut . Takut kau dah taknak cakap dengan aku , gurau dengan aku "
" But sekarang aku dah ada kan ? " Aku senyum .
" Yup ! Kau dah ada sekarang , dah cukup buat aku happy . Gomawo sebab tak bencikan aku " Daniel cuit hidung aku . Kami berdua meleraikan pelukkan .
" Hm , daniel ? Kalau kau tak pergi Amerika tak boleh ke ? " Pelan aku bertanya .
" Mana boleh , aku takde saudara mara yang tinggal dekat sini . Kau pun tahu kan dorang semua tinggal dekat luar negara "
" Ha kalau macam tu , kau tinggal je lah dengan aku . Aku sure mama aku tak kisah " Cadang aku . Tapi memang betul pun mama tak kisah sebab mama dah lama kenal Daniel sekeluarga .
Hestekanakjeontaktaumalu.
"Hm boleh ke ? Kalau nak tinggal dengan kau , bukan aku kena kahwin dengan kau dulu eh ? Kalau macam tu , aku on je " Daniel jongketkan kening .
" Lupakan je lah . Balik sana pergi Amerika . Tak hingin aku nak kahwin dengan kau " Cepat cepat aku batalkan hasrat aku nak bawa Daniel tinggal serumah .
" Aku seriuslah jungmi "
" Part mana kau serius tu ? Cuba terangkan ciket "
" Part kahwin tu lah " Selamba lamba lambanya Daniel membalas .
Terdiam terus aku dibuatnya .
" Jeon jungmi . Aku .. suka kau . Dari kecik lagi aku simpan perasaan dekat kau " Luah daniel perlahan . Muka daniel mula bertukar menjadi kemerahan .
K tengok muka daniel aku tahu dia serius .
" Kalau kau terima aku , aku ingat nak lamar kau . 5 tahun lagi , aku balik sini semula dan masa tu lah aku nak kita ada hubungan yang sah . Itupun kalau kau boleh tunggulah . Eh no , i mean kalau kau er... ada perasaan sama macam aku..."
" Daniel , jom ! " Tuan Kang memanggil anaknya . Tinggal mereka sahaja yang belum melepasi balai pelepasan.
Aku masih tak beri kata kata putus .
" Hm nampaknya gayanya aku macam kena friendzone haha " Daniel ketawa kekok .
Aku ? Still berdiri macam batu kena sumpah .
" Oklah jungmi aku kena pergi . Ingat , jaga diri elok elok . Makan jangan skip skip . Kerja math siapkan ! Sian aku tengok cikgu jimeng bazirkan air liur dia sebab asyik membebel dekat kau . Exam besar nanti buat betul betul . Nanti aku datang sini balik nak tengok kau dah jadi pensyarah okay . Kirim salam kat Puan Jeon dengan abang kau . Oh ya, cakap dengan min soo , abang daniel suruh dia belajar betul betul . Kalau tak abang daniel rampas awek Min soo " Pesan daniel lalu menyertai Tuan Kang di balai pelepasan .
Aku angguk perlahan tanpa sedari air mata aku tumpah .
Daniel melambai jauh kepada aku.
Ada , satu perkara aku tak sempat cakap dengan daniel . Perkara yang patut dia tahu .
YOU ARE READING
[C] [Re-edit] Dia Abang Aku | JJK
Fanfic[ Completed ] + " Kalau betina sundal tu abang pilih dari adik kandung sendiri, okey ! Jungmi terima ! " - jeon jungmi a/n ; Dalam pemprosesan mengedit semula ayat dan scene yang hambarudin Start ; 25.2.18 End ; 12.7.18 Highest rank ; # 4...