2 ; Lee Rohee

1.8K 221 72
                                    

Siapa je tak kenal budak nama Lee Rohee anak kepada Dato Lee Semprit ?

Harap je muka cantik tapi perangai , astaga , mengalahkan anjing laut di Kutub Utara !

Mentang mentang bapa rohee Ketua PIBG sekolah , sesuka hati dia je mahu control semua yang ada di sekolah .

Di kantin , rohee mewajibkan adanya menu bertaraf hotel 5 bintang , khas untuk dirinya seorang .

Kemudian , terdapat satu tandas mewab istimewa  yang hanya boleh dimasuki oleh rohee . Alasannya dia geli nak berkongsi tandas dengan pelajar lain .

Guru guru di sekolah tidak boleh berbuat apa apa kerana Dato Lee Semprit amat berpengaruh di kawasan itu . Silap sedikit , Rohee boleh sahaja mengadu kepada bapanya untuk memecat guru di situ . Sumbangan yang didermakan oleh Dato Lee Semprit juga boleh ditarik semula pada bila bila masa .

Sifat Queen control Rohee diserikan lagi dengan sikap sombong tahap dewa dewi yang sejak azalinya sudah ada .

Pelajar yang kolot , skema dihina Rohee habis habisan manakala pelajar yang berduit dan anak golongan berada disanjung tinggi tinggi hingga ke langit .

Paling yang aku benci , bukan , memang benci tahap maksimum , favourite bias yang selalu digembar gembur dari mulut puaka si Rohee tu abang aku , Jeon Jungkook .

Setiap hari tak sah kalau tak dengar suara Rohee yang bangga mengaku Jungkook adalah future hubby dia .

Dia tak tahu yang dia kena langkah mayat aku dulu kalau nak jadi bini Jungkook.

Gila ke apa mahu si Rohee tu jadi kakak ipar aku. Simpang malaikat 44!

" Oi kau pekak ke apa ?! "

Aku kembali ke alam realiti . Yelah, aku kan baru je pulang daripada kenalkan readers dengan anak kuih semprit ni .

" Aku dengarlah ! " Aku tinggikan suara . Jangan ingat aku tak berani nak melawan si diva sekolah ni .

" Aku nak kau bayar pampasan RM300 sebab langgar aku . Tak banyak pun . "

" Wait ! Asal pulak aku kena bayar kau ? Bukannya kau kena langgar lari dengan aku pun ! "

Dia yang langgar aku asal aku kena bayar pulak ? Dasar anak semprit !

" Bayar or else aku beritahu dekat bapak aku ." Ugut Rohee . Rambutnya sengaja dikibas kibas bagi memanaskan hati aku .

Kalau ikutkan hati ,  nak je aku tarik rambut dia sekuat kuat tidak . Biar botak seumur hidup .

Mengenangkan ada beberapa pasang mata yang melihat pertengkaran aku dengan Rohee, niat murni aku disimpan dahulu.

" Daripada aku buang masa aku cakap dengan kau , baik aku tolong makcik gayah jual karipap dekat kantin " Aku dah angkat kaki . Cakap dengan rohee ni sampai bila pun tak habis.

" Oi pendek ! Kau nak pergi mana ! Aku tak habis lagi cakap dengan kau ! "

" Kau panggil aku apa ? Pendek ? " Aku pandang Rohee semula .

Anak Semprit tak sedar diri , aku yang lebih tinggi dari dia ada ke patut panggil aku pendek (;'༎ຶД༎ຶ')

" Asal tak puas hati ke pendek ? " ejek rohee . Lidahnya dijelirkan keluar tanda mengejek .

Aku menyingsing baju aku hingga paras lengan. Memang cari pasal minah seketul ni .

Pelajar pelajar lain mula mengerumuni aku dan rohee . Sebentar lagi akan terciptanya sejarah pertarungan si pendek versus si pendek tak sedar diri !

" Jeon jungmi ! "

Aku yang dah angkat tangan mahu menarik rambut rohee terbantut.

Daniel !

Sampai juga dia ke sekolah . Ingatkan ponteng sekolah pergi konsert WannaOne .

" Apa kau buat ni ? Malulah orang tengok " Daniel tarik aku ke tempat lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Apa kau buat ni ? Malulah orang tengok " Daniel tarik aku ke tempat lain .

" Rohee anak semprit tu ya --- "

" Hai Daniel ! " Rohee terkinja kinja mendekati aku dan Daniel . Dah datang dah perangai miang anak semprit nic.

" Kiyowo laa Daniel hari ni " Rohee membuat aegyo . Suaranya sengaja dikecil kecilkan. Pantang betul bila nampak lelaki berwajah tampan.

Kecik besar kecik besar je aku tengok !

" Er hai and thanks " Daniel tersenyum janggal .

Rohee menjeling ke arah aku yang bermaksud aku-lepaskan-kau-kali-ni-je

Aku *tangan ke bahu mata ke atas*

Rohee membuat muka meluat lalu berlalu pergi .

Puas hati aku .

"Jungmi , lain kali jangan cari pasal dengan rohee . Silap haribulan kau kena buang sekolah nanti . Kau pun tahukan yang si rohee tu boleh buat apa je nanti " Daniel menepuk bahuku . Risau la tu.

" Dahlah , jom masuk kelas . Lambat masuk nanti kena denda dengan cikgu " Aku cuba mengubah topik .

Alasan untuk mengelak mendengar bebelan Daniel yang pastinya berjela .

Aku terus berjalan ke kelas meninggalkan Daniel yang masih terpinga pinga mengikuti aku .

[C] [Re-edit] Dia Abang Aku | JJKWhere stories live. Discover now