1

16 2 0
                                    

Dua rentung dalam kebakaran, ada yang ketiga?

Kampung Durjana, Perlis- Dua mayat ditemui dalam satu rumah agam rentung. Rumah tersebut dipercayai dimiliki oleh arwah Cik Siti Rosiah Binti Hamid yang juga telah meninggal tepat 3 hari sebelum kejadian. Dua mayat itu pula merupakan anak kepada arwah Cik Siti. Namun, pihak penyiasat ada menyatakan terdapat mangsa kebakaran yang ketiga yang dipercayai telah memulakan kebakaran tersebut tetapi tiada jejak badannya dijumpai. Pihak polis masih cuba sedaya upaya untuk menyiasat dengan lebih lanjut. Berita tragis ini menggemparkan penduduk Malays...

Seo menghempas surat khabar yang dibacanya ke meja restoran mamak itu. Memang tempat kebiasaannya untuk mengambil sarapan pagi sambil membaca surat khabar.

Dia marah pagi ini. Sudah berminggu-minggu poketnya kosong berhabuk akibat tiada kes besar yang hendak diberikan kepadanya. Dia buntu. Sudah berminggu-minggu juga dia perlu menelan roti kosong akibat kekurangan wang.

Ini semua syarikat Invest tu punya pasal. Dia bermonolog dalaman memikirkan nasibnya.

Syarikat Invest merupakan syarikat penyiasatan bersendiri yang tersohor. Syarikat ini juga yang menjumpai dan menyelamatkan anak Perdana Menteri pada suatu ketika dahulu. Penyiasat sendirian seperti Seo cuma satu bayang dibawah naungan awan gergasi bernama Invest.

Memalukan.

~•~

Seo duduk di atas kerusi kulit empuk yang dijumpainya di satu jualan garaj lama pada masa dulu. Mahupun baunya yang kurang menyenangkan, dia tetap mahu memiliki kerusi ini. Baginya, barang antik memang satu keperluan. Mesti, wajib.

Ada satu perkara yang ajaib dengan memiliki barang antik. Bagai satu astetik baginya. Lagi-lagi barang yang mempunyai nilai nostalgik untuknya. Bagai mesin taip yang kekal di atas mejanya. Dia akan menggunakannya untuk menulis laporan. Namun, sudah berminggu mesin itu tidak disentuhnya. Cap jarinya pun sudah makin pudar.

Ada juga perasaan lain apabila berdamping dengan barang antik. Dia rasa sungguh rendah apabila barang itu lebih tua daripadanya. Barang itu sudah melihat lebih banyak peristiwa jika hendak dibandingkan dengan Seo. Magis. Fikirnya.

Matanya beralih daripada mesin taipnya ke arah wanita tua di hadapannya.

"Tolonglaaa...aku rindu betul-betul nak tengok Si Kurong tu. Tolong la. Kali ni last. Lain kali aku kurung dia dalam rumah aku." rayu Cik Masyitah atau nama gelarannya Mak Syit. Ya. Cik Masyitah tidak mahir dalam bab kata kesat bahasa inggeris.

Seo terkedu. Buat kali ini sudah tujuh kali Si Kurong menghilang. 'Anak' si Syit ni memang lincah melepaskan diri. Sungguh kontra dengan namanya. Seo masih menimbang buruk baik dia keluar lagi mencari Si Kurong.

"Pergi je la cari Kurong tu ha. Jenuh aku menengok Si Syit ni. Macam ayam berak kapur." jeritnya si Lolita, partner in crime, rakan seperjuangan tetapi terma yang dia gelarkan dirinya ialah seorang protègè kepada Seo. Seo tak pernah menganggap dia seperti itu. Biarlah, dia muda.

Benar. Lolita sangat muda untuk bekerja sebagai pembantu kepada seorang penyiasat pesendirian. Mukanya mirip seseorang yang berumur 12 tahun. Seo tidak mahu dipandang serong jadi dia sering menyuruh Lolita memakai make up setebal kerak bumi. Mujur, tiada yang ingin menyoalkan umur Lolita dan kerapatan mereka berdua.

Namun, ada juga syak wasangka tentang hubungan Lolita dan ayahnya. Mereka duduk nun jauh di pinggir kampung. Benda yang mencurigakan orang kampung adalah betapa rapatnya Lolita dan ayahnya. Sambil berjalan pun, ayahnya akan melilit tangannya di keliling pinggang Lolita bagai ular menjerut tikus untuk menghancurkan tulang temulangnya. Seo cuba menjadi matang dan tidak berfikir benda yang negatif, namun buktinya sangat jelas bagai air jernih sungai di atas gunung. Akan tetapi begitu, isu ini tidak pernah dibangkit mahupun diumpat di kalangan penduduk kampung. Bagai ada satu peraturan senyap yang semua orang patuhi.

Unspoken rules.

"Aku tengok-tengok la nanti. Aku cari sampai maghrib je, lepastu kalau dah mati, mati la Si Kurong kau tu. Tapi, kali ni kau kena bayar, termasuk kali-kali yang sebelum ni. Kau fikir aku cari si jahanam tu tak guna tenaga. Aiyoo, kau yang tak pandai jaga, aku yang kena cari. Dah la free!" omel Seo. Cik Syit memang tidak akan bayar duit yang diminta itu. Dia cuma mengangguk-angguk aksi setuju. Setuju palsu.

Ding!

Loceng pintu pejabat berbunyi. Muka Seo, bagai abu yang mula menyala, tersenyum dari telinga ke telinga.

Oh untungnya kalau dia mengetahui, bahawa orang disebalik pintu itu membawa air siraman yang boleh memadamkan api sebesar gunung.

a/n: cuma nak menjelaskan, api dipotraykan sebagai perasaan atau hati. Boleh juga jadi nyawa, who knows. Bye :)

pyromaniacWhere stories live. Discover now