Mulut

16 1 0
                                    

"Eh kau yang mulut tempayan, nak kutuk aku pulak!"

Siapa yang celaka dalam hal ni?

Milah dan Jamilah saling meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Eton. Rancak mereka berbual sambil mengiya dan menceritakan pengalaman masing-masing.

Setelah terluah apa yang terbuku di hati, pulang lah keduanya dengan hati yang lapang. Eton mungkin tidak sedar tindakannya yang acapkali menyakitkan hati Milah & Jamilah tapi tiada siapa yang mahu berdepan dengan Eton kerana usianya yang lebih tua dan sifatnya yang tidak mudah bawa berbincang.

Pada suatu hari, Jamilah tanpa rasa bersalah... menceritakan segala apa yang Milah sampaikan padanya kepada Eton tanpa menceritakan apa yang dia ceritakan pada Milah.

Marah Eton bukan kepalang. Mahu saja dibunuh si Milah. Jamilah tanpa rasa bersalah meneruskan hidupnya walaupun dia tahu dia telah memutuskan silaturrahim antara Milah dan Eton. Jamilah selamat kerana Milah sedikitpun tidak pernah menceritakan perihal apa yang Jamilah sampaikan padanya tentang Eton kerana apabila sudah ada akad bahawa perbualan itu ialah sebuah rahsia, Milah hoati akad itu.

Biar waktu yang membongkar segalanya. Ingat Jamilah, balasan Allah itu benar. Kalau bukan pada kau terjadi kifarah itu, sedarlah bahawa keturunanmu bakal menanggung.

Monolog si Gadis KotaWhere stories live. Discover now