Wahyu Allah
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,
“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”
Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Ummul Mukminin Aisyah RA
EspiritualAku hanyalah manusia biasa di dunia ini tapi aku berazan untuk menjadi LUAR BIASA pada pandangan AGAMAKU dan PENCIPTAKU, Allah Yang Maha Esa