BAWAH KATIL 3 PAGI (3)

22 0 0
                                    

"hai mak, buat apa tu?"

soal qaseh yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya dan terus meletakkan beg sekolahnya di atas meja belajar.

Rohana terus bangkit daripada duduknya, dia yang tadi berhadapan dengan katil terus berpaling ke belakang menghadap anak gadisnya.

"mak kemas bawah katil qaseh ni, banyak sangat sampah, awak tu perempuan cubalah berkemas kemas sikit"
Tegur rohana.

Rohana terus keluar daripada bilik, qaseh cuma tersenyum tersipu-sipu malu. Qaseh terus merebahkan tubuhnya ke atas katil.

"fuhhh letih.."
Qaseh turun daripada katil dan terus mengintai ke bawah katil. Bagaimana keadaannya selepas dikemas?

"perghhh cantik lah mak kemas"
Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian qaseh. Dahinya dikerutkan. Ada kain kecil berwarna kuning dan ada sedikit tompokan merah pada kain tersebut, kelihatan seperti darah! Qaseh cuba mencapai kain tersebut.

"qaseh..qaseh.."
Panggil yasin, mencari anak gadisnya.

"ya..."
Qaseh menjawab sambil keluar bilik menuju pada ayahnya. Hal kain kuning sebentar tadi terus hilang daripada fikiran qaseh.

"ada nampak kunci kereta ayah tak?" soal yasin sambil meraba-raba kocek seluarnya

"tak, dekat mak kot.."teka qaseh

"dah tanya tadi,mak pun tak tahu" balas yasin yang masih mencari-cari

"cepat mak dengan abah balik hari ni?" soal qaseh, lari topik

"balik sekejap je ni, nak ambil barang" jawab yasin

"abang.. Dah jumpa dah" laung rohana dari dalam bilik

Qaseh hanya memerhati sikap ibu dan ayahnya. Yasin dan rohana bergegas keluar rumah.

"mak dengan ayah ni selalu lupa, aku harap dia orang tak lupa yang dia orang tu ada anak" bebel qaseh sendirian.

Qaseh berjalan menujuk ke bilik tidurnya. Dia membelek botol pil tidur yang disembunyikannya di dalam almari, masih berkira-kira sama ada mahu meneruskan rancangannya atau pun tidak.

"nak makan ke tak malam ni? , kalau makan ada effect kat otak aku tak?, takut lah, tak pernah cuba pil tidur ni. Tapi aku takut terjaga pukul 3 pagi nanti... Kalau makan pil ni mesti aku tidur lena, Aku taknak jumpa dia" qaseh bermonolog di dalam hati. Pil tersebut disimpan di dalam almari kembali.

**********

Malam itu selesai mengulangkaji pelajaran, qaseh membuka almari dan mencari pil tidur yang disoroknya.

"aik?" qaseh hairan kemana hilangnya pil tersebut
"aku letak kat sini tadi"

Qaseh mencari di seluruh bilik, masih tiada. Hanya di bawah katilnya sahaja belum diperiksa. Qaseh mengintai ke bawah katil, dan ya, botol pil tersebut ada di situ.

"aduh, bila masa pula jatuh kat sini?"
Qaseh tak tentu arah, dia tidak berani untuk mengambil botol pil tersebut.

"ahhh tidur je lah"

Qaseh tidur dengan lampu bilik dinyalakan, semenjak diganggu dia takut untuk tidur di dalam gelap apatah lagi seorang diri tanpa teman. Hampir jam 2.30 pagi qaseh masih tidak dapat melelapkan mata. Dia cuba menghubungi rakannya untuk dijadikan teman berbual. Qaseh menghubungu diana, sudah tiga kali tetapi panggilan tidak dijawab.

"dia ni mesti tidur mati" rungut qaseh

Dia cuba menghubungi tikah, tetap sama, tidak berjawab.

"ummm, cindy pun cindy lah"
Qaseh menghubungi cindy, tetap sama, tidak berjawab.

BAWAH KATIL 3 PAGIWhere stories live. Discover now