"Eagle, position?" kedengaran di fon telinganya.
"TRIGA, top, roger." Dia membalas. I am sitting on a nuke, bisik hatinya sinis.
Mukanya ditutupi sepenuhnya oleh topeng SCBA Survivair manakala penglihatannya melalui high-tech military goggle itu bersifat monokrom – kombinasi night-vision dan thermal imaging technology. Senapang steyr di tangannya menala sepuluh meter ke bawah, ke satu koridor gelap yang menghubungkan TRIGA dan Lab Four. Di dalam koridor itu, sepuluh rakan komandonya, Snake, telah menyusup masuk untuk menangkap seorang lelaki yang secara misteri telah menyebabkan Agensi Nuklear Malaysia di bumi Dengkil ini punah-ranah. Di luar bangunan TRIGA, ada dua lagi team bersiap sedia.
Empat puluh high-rank komando untuk seorang lelaki, fikirnya, hope this isn't a joke.
"Visual, Snake?" kedengaran di radio.
"Negatif." Balasan Snake kedengaran normal sebelum medium komunikasi radio tiba-tiba hingar dengan bunyi statik.
The hell? Dia berdebar lantas turut bersuara ke radio. "Snake, any visual?" Tiada balasan. Dia naikkan tangan ke atas topinya, isyarat kepada sepuluh team Eagle di situ untuk lebih sensitif.
"Snake, speak up."
Tiada balasan juga.
Fokusnya terpancing keluar daripada radio apabila bunyi bising besi dirempuh kedengaran bergema dan bertali-arus di mulut koridor. Dia bersuara ke radio, "Eagle heard something," sambil memberi isyarat jari di udara bermaksud 'sedia untuk tembak'.
"Describe."
"Doesn't sound like a man. It's bigger."
Radio diam sebentar sebelum berbalas. "Fox, go for Eagle. Tiger, watch Eagle's six."
"Affirmative."
"Affirmative."
Belum sempat dua team itu datang, bunyi bingit di koridor mula menampakkan bentuk fizikal dan pastinya, ia bukan susuk seorang lelaki.
"What the hell?" Suaranya bergetar ke radio. Ini binatang! Celaka! Dia mula membidik. Tembakan mereka bergema.
"ID, Eagle."
"... It's... black, five meters. Species... un—"
"Back off Eagle, Back off!"
Dah terlambat, desis hatinya. Picu terus dia tekan rapat. Tembakan Steyr kumpulannya sia-sia. Mereka tidak dilatih untuk pertempuran di peringkat ini. Satu-persatu kekuatan Eagle gugur di dewan reaktor nuklear TRIGA.
YOU ARE READING
Ranea
FantasyPublished by Antigraviti, Feb 2018 Sambungan novel Kasyaf. Prof. Zack, selepas makmal rahsianya di Agensi Nuklear Malaysia dicerobohi Lakhus (setan hitam yang mempunyai kuasa misteri), dia menjumpai Ranea di sebuah dunia asing yang memerlukan merek...