"Sejak bila pula awak pindah sini?Selama ni nampak kosong je rumah sebelah."sambungnya lagi."Baru je kelmarin.Sebab tu saya pindah sekolah APC."balasku.Dia mengangguk."So,awak sebenarnya dari mana?Busan?Incheon?"soal Ris.Aku terkelu.Idea dicari sepantas mungkin."Eh,saya asal Seoul lah..just pindah rumah and sekolah.."tipuku.Dia tersenyum."Sambung esok je lah kalau nak berkenalan.Dah lewat ni.Saya pergi dulu."dia melambaikan tangannya sambil kakinya laju berlalu.
Aku meletakkan tanganku di dadaku.Dub Dab Dub Dab!Aduhyai,Ethan!Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan si 'nerd' tu.
Semalaman fikiranku hanya berkisarkan tentang Starris.Wajah manisnya,suaranya.Kenapa pelajar2 di situ tidak sedar akan keistimewaan gadis 'nerd' tu?Ah,lantaklah!Asal aku takda pesaing.Aku dah buat keputusan.Aku akan ubah si Ris tu biar semua orang akan tertarik dengan dia.Lagipun,aku tahu,aku dan dia takkan bersama.
Beberapa hari kemudian,
"Saya tak nak!Awak faham tak!"marah Ris."Kenapa awak tak nak?Ni peluang tau."pujukku."Awak nak malukan saya depan orang ramai ke?Saya tak layak masuk pertandingan tu!"marah Ris lagi."Kenapa awak tak layak?Ris,saya akan tolong awak.Cuma awak tu perlu yakin!"tegurku.Dia menjelingku tajam."Diri awak sendiri pun macam tu ada hati nak ubah orang."balasnya kasar.Aku mula kecewa kerana kata2nya.Ris bukan macam ni,aku tahu dia cakap macam tu sebab dia marahkan aku."Ris,kau boleh cakap elok2 tak sikit?Orang dah nak tolong.Tak pandai berterima kasih ke!?"marah Kasein tiba2.Agaknya dia dengar perbualan aku dengan Ris.Ris buat2 tak dengar."Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!?Kalau kau tahu perkara sebenar,kau takkan cakap macam ni dengan Ethan!?"marah Kasein.Ris memandangku dengan wajah hairan.Aduh!Si Kasein pun agak2 lah.Nak marah2 pun janganlah sampai bongkar identiti aku!"Kasein,bagi aku peluang berbincang dengan Ris sekejap."tuturku."Tapi Ethan.."belum sempat Kasein menghabiskan kata2nya,aku menyampuk."Kasein..."tuturku dengan nada yang lebih tinggi.Dia akur lalu pergi dari situ.
"Apa yang Kasein maksudkan?"soal Ris."Entah,tak tau~"tipuku."Ris,saya janji saya akan tolong awak.Join this please?"pujukku.Ris mengeluh."Yelah.."balasnya.Aku meloncat gembira.Pipi Ris yang putih ku cium."Thanks,Ris!!"ucapku.Ris kaku.Agaknya masih terkejut dengan ciumanku tadi.
//Starris POV//
Pertandingan fesyen?Hmm semestinya si Iris menang.Dia tu cantik.Aku?Aku kan 'nerd'.Aku mula mengeluh.Ethan ni pun satu,tiba2 je suruh aku join pertandingan tu.Akhir sekali,aku termakan jugak pujuk rayunya.Aku memandang imej wajahku di cermin.Mampu ke aku lawan si Iris tu?2.20 p.m.
Kelas untuk hari ni dah tamat.Aku bergegas ke bilik muzik selepas menerima mesej dari Ethan.Katanya bilik muzik hari ni kosong.So,line clear.Nasib lah aku takda kerja hari ni.Pintu bilik muzik ku tolak.Kosong.Memang takda orang termasuk Ethan.Hanya aku sendiri.Tiba2 ada seseorang memeluk pinggangku dari belakang."Dah lama sampai?"soal Ethan.Hatiku berdebar-debar.Perlahan2 Ethan meleraikan pelukannya."Ba..ba..baru sampai.."balasku tergagap2.Ethan menutup pintu bilik muzik lalu memandangku.Dia berjalan ke arahku.Pada waktu ini,aku dapat melihat sisi lain Ethan.Dia bukan si 'nerd' yang selama ini dicaci pelajar lain tetapi gayanya seperti seorang putera idaman.Aku terpaku melihat ketampanannya apabila dia menanggalkan kaca matanya.Rambutnya yang selama ini menutupi wajahnya dipacakkan."First,awak kena ubah gaya rambut awak."tuturnya."Ubah?Ubah macam mana?"soalku.
Perlahan2 tangannya mengikat rambutku.Rambutku yang menutupi wajahku dikepit dengan pengepit rambut yang dibawa.Sekarang,aku dapat merasakan wajahku ditenung oleh Ethan.Jantungku berdegup kencang."Cantik.."pujinya sepatah."Thanks."ujarku.Kaca mataku ditarik."Awak,saya tak nampak kalau saya tak pakai kaca mata."terangku."Takpa..pakai ni.."kanta mata dikeluarkan dari begnya.Buat pertama kali aku memakai kanta mata dalam kehidupanku.Aku mengerdipkan mataku."Tak selesa ke?"soalnya.Aku mengangguk."Biasa lah tu.Mula2 memang macam tu,lama2 nanti ok lah."ujarnya.Dia menghulurkan sebuah cermin kepadaku.
YOU ARE READING
Prince
RomanceKehidupan seorang putera sangat membosankan sehingga Putera Ethan mula masuk dalam kehidupan rakyat biasa.Identitinya sebagai seorang putera dirahsiakan.Sumpahan yang disangka hanyalah dongeng berlaku apabila hati sang putera telah dicuri oleh si ga...