Sceivania.
Jauh atau dekat, nampak gayanya memang terpaksa aku turuti demi mencari pasangan yang menurut mama dan papa, merupakan keluarga kandungku. Ah, sejujurnya menjejaki mereka hanya sebuah pilihan yang aku sendiri boleh tentukan. Boleh saja aku endahkan perkara ini dan hidup seperti biasa. Tapi, entahlah. Perasaan ingin tahuku menguasai.
"Airis yakin nak ke Sceivania?" soalan mama aku jawab dengan anggukan mantap tanpa ragu-ragu. Raut mama terkesan sugul.
Barangkali dia tidak mahu melepaskan aku pergi. Lagipun, ini kali pertama aku akan keluar dari Ecrya dalam 18 tahun ini.
"Mama jangan risau. Airis pandai jaga diri." Aku meyakinnya. Jujurnya, aku sendiri ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri. Tapi, demi menyedapkan hati mama, aku berbohong.
Zip beg aku tutup perlahan. Seraya itu, pandanganku jatuh pada pergelangan tangan yang sudah beberapa hari dihiasi tatu itu.
Adakah aku akan menemui pemilik tatu yang sepadan di Sceivania nanti? Jika benar, apa yang harus aku lakukan? Dia kedua-dua nod dan antinod bagiku.
Ah, bukan itu yang aku mahu tahu sekarang ini. Yang penting, aku harus menemui ibu bapaku di Sceivania.
***
Perjalanan yang mengambil masa lapan jam penerbangan itu terasa sekejap. Aku mengeliat kecil sebaik sahaja kaki menjejak lapangan terbang. Terasa sengal seluruh badan akibat terlalu lama duduk dalam posisi yang sama.
Mata memerhati sekeliling. Cantik. Seluruh isi lapangan terbang ini terlihat cantik dan moden. Jauh lebih baik dari Ecrya sendiri. Ah, tidak sabar rasanya mahu melihat seisi negara ini.
Beg roda aku tarik menuju ke pintu keluar. Dalam hati aku berharap dapat menemui sebuah teksi secepat yang mungkin. Aku perlu merehatkan tubuh terlebih dahulu sebelum mula mencari ibu bapaku. Segaris senyum ringkas aku tarik. Teruja!
Buk!
Pemegang beg roda terlepas dari tangan. Cepat cepat aku memegangnya semula. Dahi yang terasa pedih aku urut dengan jari.
"Saya minta maaf." Entah salah siapa tapi sengaja aku ringankan bibir untuk meminta maaf. Yalah, takkan mahu mencari masalah di tempat orang bukan.
"It's okay. My fault anyway."
Kedengaran suatu suara garau di hadapanku. Milik seorang lelaki pastinya. Aku mendongak, bertentang mata dengan pemilik suara.
Lelaki yang tinggi lampai itu menghulurkan senyum kecil. Membuatkan sepasang mata milknya membentuk bulan sabit yang menawan. Jaket denim yang membaluti tubuhnya ditepuk-tepuk di bahagian bahu. Barangkali membuang habuk yang terlekat di bahagian itu. Aku hanya memerhati.
"Sceivanian?" Soalannya membuatkan aku pantas menggeleng.
"Ecryan."
Matanya membulat bercahaya mendengar jawapanku. Kedua dua belah bahuku dia pegang kejap.
"Dah lama saya tak jumpa Ecryan di sini. Come on, let me lead your way!" Pergelangan tangan aku ditarik supaya mengikutinya. Terkedek kedek aku membuntuti langkah kaki panjangnya.
Diam diam aku ukir senyum. Terima kasih kepada Tuhan yang telah mempermudahkan urusanku di sini.
☠
YOU ARE READING
[OG] tattoos
Fantasytatu di kedua dua belah pergelangan tangan mungkin nampak biasa. tetapi siapa sangka tatu tersebut memberi makna tersirat yang hanya diketahui Airis sebulan sebelum dia mencecah usia 18 tahun? apakah reaksinya jika mendapat tahu bahawa setiap tatu t...