"Jadi kamu mahu tahu tentang maksud di sebalik setiap tatu?" Guru Leeteuk menyoal aku, meminta kepastian. Pantas aku mengangguk. Memang itu tujuan aku datang ke rumah agamnya walaupun sebenarnya hari ini cuti.
Aku perlukan penjelasan. Tidak mahu lagi bertangguh. Lama-lama boleh gila aku dibuatnya dengan segala kekusutan mengenai tatu tersebut dalam kepala. Jadi, lebih baik aku bertanya.
"Ibu bapa kamu tak pernah bercerita pasal ini pada kamu, Airis?" Soalnya lagi dan kali ini aku menggeleng bersama cemikan. Memang hal berkaitan tatu ini baru ku tahu. Itupun dari mulut Guru Leeteuk dan bukan dari mama mahupun papa. Mereka tahu tentangnya tapi seolah-olah cuba merahsiakannya daripada aku.
Tapi mengapa?
"Tatu setiap orang tak sama, Airis."
Aku diam tidak membalas. Bukan kerana tidak memahami butir bicara Guru Leeteuk, tetapi aku mahu beliau terus bercerita. Aku tidak mahu menyampuk dan membuatkan sesi bercerita menjadi semakin lambat. Biarlah segala persoalan terus bermain di minda sehingga Guru Leeteuk habis bercerita.
"Sebaik sahaja kamu mencapai usia 18 tahun, tatu tersebut akan terlakar secara semulajadi di kedua-dua belah pergelangan tangan kamu. Setiap satunya membawa makna yang berbeza. Satu membina dan satu lagi memusnahkan. Nod dan antinod."
Aku mengerutkan dahi. Apa pula ini? Setahu aku, nod dan antinod merupakan salah satu silibus pembelajaran fizik yang Guru Leeteuk ajar tahun lepas. Apa pula kaitannya dengan tatu yang dimiliki oleh setiap individu di Ecrya hatta di dalam dunia ini sekalipun?
Guru Leeteuk tersenyum melihat reaksiku. Dia tahu aku tidak faham jadi dia tidak meneruskan bicara. Mungkin menunggu aku untuk menyuarakan soalan yang sedari tadi hanya bermain dalam fikiranku. Kami bersabung pandang. Pandangan naif milikku dan pandangan tenang milik Guru Leeteuk.
"Maksud Guru?" Akhirnya terlepas soalan itu daripada bibirku. Soalan keduaku selepas tiga tahun aku menuntut dengan Guru Leeteuk. Senyumannya mengembang. Terlihat jelas susunan giginya yang teratur sama kecuali dua gigi taringnya yang sedikit panjang daripada gigi-gigi lain. Membuatkan dia terlihat seperti puntianak sekali sekala.
"Satu tatu akan menyamai tatu pasangan hidup kamu tetapi tatu yang satu lagi akan menyamai tatu musuh utama yang boleh menghancurkan kamu."
Aku membulatkan bibir, tanda faham. Maksudnya, aku boleh tahu siapa musuh dan siapa pasangan hidupku, begitu? Ah, bukankah itu suatu yang mudah? Lambat atau cepat, aku pasti akan menemui kedua-dua mereka. Saat itu pasti aku akan mengetahui siapa musuh dan siapa pasangan. Kan?
"Bukan macam yang kamu fikirkan, Airis. Ia takkan jadi semudah itu. In fact, there's nothing easy in this world."
Angan-anganku mati. Begitu juga dengan senyumku yang entah sejak bila mengembang. Wajah Guru Leeteuk yang terlihat dingin secara tiba-tiba membuatkan aku hairan. Apa pula yang dia maksudkan kali ini? Mengapa Guru Leeteuk suka membiarkan aku berteka-teki sebegini?
"You won't know which tattoo belongs to your soulmate and which will belong to your worst enemy."
Detak jantungku berubah irama. Shit. Permainan apa pula yang dunia ini sedang mainkan? Jika sebegini, pasti aku akan menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti siapa pasangan dan siapa musuh. Tidak mustahil aku akan tersalah anggap. Bagaimana jika aku menganggap musuhku sebagai pasanganku dan sebaliknya?
Bagaimana manusia-manusia sebelum ini mampu hidup dengan cabaran sebegini?
***
Aku menguis tanah dengan ranting kering yang aku jumpa berdekatan. Aktiviti yang sering aku lakukan sejak aku kecil. Aku hanya berkutik sedikit apabila Hanbin melabuhkan punggung di sebelahku sambil berdehem kecil.
Aku hanya membalas dengan senyum kaku.
"Kenapa kau suka sangat melamun?" Hanbin bertanya ingin tahu. Aku menjongketkan bahu. Aku bukan melamun perkara yang bukan-bukan pun. Semuanya ada kaitan dengan hidup aku. Terutamanya pasal tatu tempoh hari.
Kami sama-sama terdiam. Hanbin kini meniru perbuatanku, menguis tanah menggunakan ranting kering. Aku memerhatikan gerak tangannya yang lincah menulis sesuatu menggunakan ranting itu. Sesuatu yang familiar.
Nama dia sendiri.
"Hanbin, kau dah ada tatu itu?" Soalku kepada Hanbin apabila dia selesai menulis. Sambil tersenyum manis, dia mengangguk. Terlihat lesung pipit di sebelah pipinya. Tidak terlalu dalam namun masih terkesan manis.
"Boleh aku tengok?" Soalku lagi. Tanpa bertanya lanjut, Hanbin menyelak lengan bajunya hingga paras siku. Usai itu, lengannya yang putih disuakan ke arahku, memberiku akses yang lebih jelas untuk melihat. Aku mengambil peluang untuk membelek tatu di tangannya.
Cantik. Itu yang mampu aku katakan. Di sebelah kanan, terukir lambang api dengan awan yang hampir bercantum. Manakala di sebelah kiri pula ada bunga ros bertangkai dan pisau belati yang tajam. Kedua-dua tatu terlihat seperti diukir dengan sempurna.
"Kau suka?" Hanbin bertanya membuatkan aku mengangguk laju. Dia tergelak perlahan sebelum menggosok kepala aku lembut. Aku sedikit tergamam tapi cepat-cepat aku abaikan perasaan itu. Tangan Hanbin yang aku pegang dilepas perlahan. Segaris senyuman aku hulurkan kepada lelaki itu. Dia ikut tersenyum manis.
Ah, aku semakin tidak sabar untuk memiliki tatu sendiri. Sebulan terasa perit dan lama.
☠
YOU ARE READING
[OG] tattoos
Fantasíatatu di kedua dua belah pergelangan tangan mungkin nampak biasa. tetapi siapa sangka tatu tersebut memberi makna tersirat yang hanya diketahui Airis sebulan sebelum dia mencecah usia 18 tahun? apakah reaksinya jika mendapat tahu bahawa setiap tatu t...