"Kau okey ke kat sana?"
Aku tarik senyum tipis. Semenjak lebih seminggu aku di Sceivania, ini kali pertama aku berhubung dengan Hanbin. Rasa rindu menerpa tiba tiba.
Aku mengangguk. Tetapi sebaik menyedari anggukanku tak mungkin dilihat, aku menyahut, "okey."
"Kalau ada apa apa berlaku, jangan lupa beritahu aku. Aku akan cuba tolong kau."
Sekali lagi aku hanya mengiyakan bersama segaris senyuman. Kadangkala sikap prihatin Hanbin sangat menyenangkan. Andai saja dia bukan sahabat baikku.
"Airis, saya ada belikan makanan!"
Suara Arumi membuatkan aku sedikit tersentak. Tubuh aku pusing sedikit ke belakang, memandang raut Arumi yang sedang tersenyum lebar sambil mengangkat sebungkus plastik separas wajahnya. Aku turut tersenyum.
Comel.
"Okey la Hanbin. Apa apa nanti aku call balik."
Tanpa menunggu jawapan Hanbin, panggilan aku tamatkan. Ah, nanti nanti pun aku boleh hubunginya semula. Yang penting perutku yang sudah mula berkeroncong harus diisi segera.
Arumi yang sudahpun meletakkan bungkusan plastik itu di atas meja makan, menantikan langkahku untuk turut serta bersamanya.
"Boyfriend?"
"Huh?"
"Yang call tadi."
Aku tayang gigi. Hanbin boyfriend aku? Dalam mimpi pun belum tentu. Kami cuma seladar kawan. Tak kurang dan tak lebih.
"Nope. Just one of my childhood friends."
Arumi mengangguk. Aku memandang bungkusan plastik yang dia baru buka. Asap tipis yang keluar daripada nasi goreng yang dibeli membuatkan perut aku semakin memberontak minta diisi.
Aku telan liur.
"Have some. Takkan nak tengok saja." Pelawanya.
Aku tersengih. Segan? Ya, sudah tentu. Tapi aku tiada pilihan lain selain daripada terus menebalkan muka.
Atau aku akan mati kelaparan di Sceivania tanpa sempat menemui ibu bapaku.
☠
YOU ARE READING
[OG] tattoos
Fantasytatu di kedua dua belah pergelangan tangan mungkin nampak biasa. tetapi siapa sangka tatu tersebut memberi makna tersirat yang hanya diketahui Airis sebulan sebelum dia mencecah usia 18 tahun? apakah reaksinya jika mendapat tahu bahawa setiap tatu t...