Bab 6

16 0 0
                                    

Pada petang itu,aku telahpun menyelesaikan segala-galanya kerjaku dengan lancar.Dengan senyuman mekar bak bunga mawar merah,ingatanku kembali ke kejadian pagi tadi.Kejadian di mana Tuan Amir memberikanku sehelai tuala kecil.Uhg..sangat romantis!Sehingga sekarang aku masih tidak boleh berhenti daripada terus mengingatinya,bahkan senyumanku sama sekali tidak luntur daripada tadi..

"Wehy,Wina!Kau berkhayal apa tu,hah!"sergah Emir yang berada di meja kerjanya.

Aku tahu kalau Emir sudah meluat habis apabila melihat aku tersenyum-senyum sendirian macam kera busuk..Hahahahahaha..memang pun dia meluat!Mana taknya kalau aku asyik tersenyum lepas tu terkikik sendiri daripada pagi tadi.Emirlah yang menjadi mangsa kerana dia bekerja satu bilik dengan aku..Hah~kesiannya sahabat aku yang sorang ni sebab menjadi mangsa kegilaan aku~

"Oit,Syazwina!Kau dah gila ke apa ni?"tanyanya dengan wajah yang geram.

"Nothing Emir sahabatku~Aku cuma terbayangkan cinta hati aku jer~"balasku dengan santainya.

"Cih,tak habis-habis dengan Tuan Amir tu je!Kau tak patut asyik ingat dia je,tau tak!Especially bila kau dengan aku..Kalau macam ni..jealouslah aku!"sungut Emir.

"Aik?Apehal lak kau nak jealous sampai macam tu sekali?Aku bukannya gf kau!"tanya aku dengan sangat bingung.

"Sebab..kau tu bff aku!Kalau perhatian kau terus pada dia..ini bermakna aku akan disisihkan macam tu saje~"rungutnya.

"Hahahahaha..jadi kau jealous sebab aku tak layan kaulah ni.."tawa aku.

"Yelah!Sahabat mana yang tak jealous bila sahabat dia palau dia macam tu sekali.."ujar Emir seraya bersedekap dada sambil membuat mimik wajah orang merajuk.

"Wehy~kau tak sedar kalau kau pun macam tu juga~Masa kau dengan Fatin dulu!Kau selalu palau aku dan mengkhayalkan dia jer..Jadi,tak salahkan kalau sekarang ni giliran aku pulak yang nak berkhayalkan Tuan Amir kesayangan aku tu~"ujarku dengan santainya.

"Ala~itukan dulu!!!"ucapnya dengan nada tidak puas hati.

"Mana boleh macam tu,sahabat~That's not fair for me,you know!"lawanku.

"I-ish~kalaulah Tuan Amir tu tak ada..mesti perhatian kau masih dekat aku!Kan bagus kalau kau tak jatuh hati pada mana-mana lelaki!Of course kau masih setia dengan aku.."sungutnya.

"Haih..ni dah lebih!Kalau Tuan Amir tak muncul..mesti aku tak akan jumpa siapa cinta aku tau tak!Kau nak aku jadi anak dara tua ke apa?Aku nak jugak rasanya berkahwin..Itukan impian setiap wanita!"ujarku.

"Kalau kau takut sangat jadi anak dara tua..Kau jadi isteri nombor dua aku jelah!So,bagus apa sebab kau tak akan palau aku..Wehy~aku tak sedialah kalau sahabat aku diambil oleh lelaki lain~"ucap Emir dengan selambanya.

Serta merta aku melemparkan pen yang aku pegang daripada tadi ke arahnya.Hu-uh!Jawapan macam apa tu!Bodoh betullah Emir ni..Ada ke patut dia suruh aku jadi isteri nombor 2 dia! Dasar playboy!!!

"Bongok!Kau tak sedar ke apa yang kau cakap tu,Muhammad Emir Asyraff Bin Suffian!Kau ingat aku nak ke jadi wife kau!Nombor dua pulak tu..Sorry bro!Aku bukan jenis orang yang suka rampas suami orang..Aku lagi rela kawin dengan duda berbanding dengan kau!"ucap aku dengan tatapan tajam.

"Hehehehehe..aku melawak jelah,sahabatku!Lagipun,aku tak akan mengkhianati Fatin!Maybe kalau Fatin takde dulu..Aku rasa kaulah yang akan jadi kekasih aku..Hahahahaha.."tawanya.

"Agaklah!Aku tak naklah dengan kau!Eee..nak muntah tau tak!"ucapku yang menahan diri daripada membelasah jejaka di hadapan aku ini.

"Hahahahaha.."tawanya tanpa henti.

Err..Awak Nak Bunga?Where stories live. Discover now