Bab 11

9 1 1
                                    

"Tuan Amir.. Jom kita naik roller coaster!!!" sorak aku seraya mengheret lengan Tuan Amir kesayanganku ini.

"A-apa?" ucap Tuan Amir dengan nada bingung.

Nampaknya, tuan aku ni.. tak fokus dengan apa yang aku nak! Baiklah kalau macam tu.. aku akan heret Tuan Amir agar pergi ke barisan roller coaster!!! Tuan Amir hanya ikut sahaja tanpa sedar akan rancangan aku.. hehehehehe..

"K-kita nak buat apa dekat sini, Wina?" tanya Tuan Amir dengan wajah yang agak pucat apabila melihat kereta yang panjang sedang menggelongsor di litarnya.

Bunyi teriakan orang-orang yang naik kereta tersebut telah membahana di seluruh taman tema tersebut. Melihatkan kereta itu berputar-putar di landasan itu entah mengapa membuatkan aku berasa sangat teruja. Hahahahaha.. aku tahu kalau Tuan Amir sekarang ni berasa agak takut dengan roller coaster. Tetapi, suka atau tak suka.. aku tetap akan menarik Tuan Amir untuk ikut serta dalam permainan ini.. Hihihihihihi.. aku ni agak kejam tau~

"Jom kita pergi~" sorakku dengan sangat teruja.

"H-Hey!!!" protes Tuan Amir.

Namun, sedikitpun aku tidak mendengar protesnya itu. Aku langsung menyerahkan tiket kepada penjaga roller coaster lalu masuk ke dalam. Oh, tak lupa juga mengheret Tuan Amir denganku. Sebaik sahaja kami tiba di hadapan kereta yang panjang itu, aku langsung membawa Tuan Amir untuk mengambil tempat duduk di dalam kereta tersebut. Sebaik sahaja kami sudah duduk, palang keselamatan langsung turun dan melindungi kami.

"Huwaaa... apa benda ni!!!!" Teriak Tuan Amir apabila roller coaster mula bergerak pantas.

"Wiiiiiii~ COOLNYAAAA!!!" Teriak aku pula.

Habis sahaja kereta luncur itu berhenti, aku dan Tuan Amir langsung turun daripada rollercoaster tersebut. Namun, aku dengan terpaksa memapah Tuan Amir apabila melihat dia seperti orang yang baru sahaja kehilangan roh. Mukanya pucat dan tubuhnya terasa sangat dingin berbanding biasa. Melihatkan hal itu, bukannya berasa simpati.. Namun, aku malah ketawa apabila melihat keadaan bos aku yang satu ini. Agak-agaknya, dia tak pernah menaiki rollercoaster sebelum ini, bahkan tidak kenal apa itu keseronokan aktiviti lasak macam ini.

"Tuan Amir.. okay?" Tanya aku dengan nada mengusik.

"Okay? Kamu tanya saya okay ke tak? AGAK-AGAKNYA KAMU NAMPAK SAYA OKAY ATAU TIDAK!" Bentak Tuan Amir yang terlihat sangat bengang.

"Pffttt.... hahahahahahaha!!! Relaxlaa Tuan Amir! Haha.. pffttt..." Tawa aku akhirnya pecah juga apabila melihat ia mula meradang.

"Haaahhh~ anak muda zaman sekarang! Dengan orang tua pun berani nak buli!" Keluh Tuan Amir.

"Tua betul tuan, ya~ Sampai mengeluh pun dah nampak macam orang tua!" Usik aku.

"Hn!" Gumamnya tanda tidak peduli.

"Tapi... walau apapun itu.. SAYA TETAP SUKAKAN TUAN AMIR~~~" Sorak aku lalu melarikan diri daripadanya kerana tahu dia akan marah kerana aku bersorak sehingga menarik perhatian orang ramai.

"AINA SYAZWINA!!!! HEY, TUNGGU KAMU!!!" Marahnya lalu mengejar aku.

"Cubalah tangkap saya kalau boleh Tuan Amir! Orang tua macam tuan.. pasti tak akan kuat untuk tangkap saya! Hahahahahaa.." Cabar aku kepadanya.

Akhirnya, macam budak kecil.. kami berlari keliling taman tema yang besar ini. Aku dengan ejekan aku dan Tuan Amir dengan kerenah orang tuanya. Maklumlah, sepanjang masa ia mengejar aku.. mulut dia tu tak henti-henti berceloteh macam orang tua sahaja! Hahahaha.. kekadang bila aku tengok dia macam tu, buatkan aku rasa gembira! Aku harap Tuan Amir akan lebih aktif dan keluar daripada sikap dinginnya itu. Dengan ini, takdelah orang-orang boleh anggap jejaka yang aku cintai ini sebagai anti-sosial lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Err..Awak Nak Bunga?Where stories live. Discover now