Bab 8

8 0 0
                                    

Sepuluh tahun yang lalu,di saat aku baru berumur 13 tahun,aku baru sahaja memasuki alam sekolah menengah buat kali pertamanya.Aku hanya seorang gadis yang bersifat kasar namun periang.Aku sangat aktif di dalam kokurikulum mahupun akademik.Cikgu-cikgu juga amat menyukai sikap aku yang terbuka.Namun,satu sahaja!Aku tidak memiliki seorang pun kawan. Ramai yang tidak suka akanku,terutama prestasi aku semasa sekolah.Semuanya didasari atas faktor tidak puas hati kerana kejayaanku.

Maka,ada sahaja yang cuba membuliku!Ada juga berbuat baik namun hanyalah berpura-pura.. Ada juga pelajar lelaki yang mempermainkan aku dan menjadikan aku sebagai taruhan.Aku tidak tahu apa yang menyebabkan aku dibenci oleh mereka semua!Sehinggalah sebuah kejadian yang membuatkan aku trauma.

Saat itu..aku diheret oleh beberapa pelajar lelaki dan perempuan semasa dalam perjalanan pulang ke sekolah.Mereka adalah pelajar-pelajar yang tidak berpuas hati akan kejayaan yang aku capai.Mereka mengikat aku di kerusi yang ada dalam sebuah bangunan yang kosong dan usang.Aku tak mampu melawan kerana pelajar-pelajar perempuan itu telah memukul aku sebelum ini.Buktinya,sudut bibir aku berdarah dan wajah aku ada yang calar.Tudung aku juga sudah terlepas daripada kepalaku.

"Hoi,Syazwina!Kau tau tak yang kau tu bawa masalah pada kami!Semua hal kau nak bolot!" bentak salah seorang pelajar perempuan yang pertama.

"Entah!Disebabkan kaulah..kitorang asyik menjadi nombor dua tau tak!"bentak pelajar perempuan kedua.

"Rupa takdelah cantik manapun!Tetapi,kau selalu rapat dengan lelaki yang tampankan!Dasar perempuan perampas!Tak tahu malu..******"caci pelajar perempuan ketiga.

"Dahlah tu!Sebaiknya,kita bagi pelajaran dekat budak macam dia ni..Dahlah pencuri semua perhatian cikgu..lepas tu tergedik-gedik dekat senior kesayangan kita!Dan..semua tempat pertama dalam koko..dia bolot!Kita ajar je dia ni.."arah pelajar lelaki nombor satu.

Apa yang mereka katakan tu hampir benar..Tetapi,aku tak berniat nak bolot semua ranking tertinggi dalam kokurikulum sekolah..Aku hanya minatkan aktiviti yang ada..maka aku libatkan diri..Kalau yang pasal perhatian semua guru itu..adalah kerana aku rajin berbual dengan mereka..Tetapi,kalau tentang rapat dengan senior idola..itu bukanlah niat aku!Mereka satu kelab dengan aku..dan aku hanya bertemu dengan mereka atas urusan kelab sahaja.Sikit pun aku tidak menyukai mereka!

"Kita nak buat apa dengan budak ni?"tanya pelajar lelaki nombor dua.

"Apa kata kita kendurikan jer dia ni!Lepas tu..korang yang perempuan..rakam adegan kita!" cadang pelajar lelaki ketiga.

"Bagus juga tu!Bila dah selesai tu..kita sebarkanlah video tu!"sahut pelajar perempuan satu tadi.

Mereka semua mencapai kata sepakat lalu melihat ke arahku.Aku langsung terbelalak apabila melihat senyuman iblis keenam-enam pelajar tersebut.Aku tahu kalau mereka dengki akanku. Tetapi,takkanlah mereka sanggup melakukan itu semua kepadaku.Aku hanya mampu memberontak apabila ketiga-tiga pelajar lelaki itu mula menyentuh aku.Aku tak nak perkara menjijikan ini.

"TIDAK!!!!LEPASKAN!!!"teriak aku yang sangat takut pada masa ini.

Mereka tidak melepaskan aku!Mereka hanya ketawa iblis apabila melihat aku menderita.Boleh aku lihat bahawa ketiga pelajar perempuan itu mula merakam adegan kami.Kain biru sekolah aku telah berjaya disentap oleh mereka.Aku semakin takut dan gelap mata apabila salah seorang dari mereka mula membuat tanda dileherku sambil tertawa.Aku lemah!Aku takut!

"Hoi!Apa yang korang buat tu!"sergah seseorang dengan suara beratnya.

Keenam-enam pelajar tadi langsung terkejut apabila melihat seorang lelaki dewasa datang menyergah mereka.Pelajar perempuan langsung melarikan diri,manakala yang lelaki mula mengambil langkah untuk memukul lelaki itu.Aku yang terlalu takut langsung beringsut ke tepi sambil memeluk tubuh aku.Aku sangat takut dan sibuk dalam dunia aku sendiri sehingga aku tidak sedar jika lelaki asing itu mendekat ke arahku.

Err..Awak Nak Bunga?Where stories live. Discover now