Bab 2

15 1 3
                                    

Kini,aku sedang sibuk menyiapkan  kerja yang diberikan oleh Cik Wati.Hai,masih ingat aku..Aku Syazwina!Hah~seminggu telah berlalu selepas kejadian dengan ayah Harraz sebelum ni.Masa tu aku memang agak bodoh sebab langsung meluahkan sahaja rasa berbunga di hatiku ini.Bila teringatkan semula masa tu~Arrgghhh..betapa bodohnya aku!Malu tau tak..Hello~aku ni perempuan tetapi aku luahkan perasaan dekat seorang lelaki dengan bodohnya.Suami orang pulak tu!Arrgghh..aku rasa yang aku dah gila sebab aku jatuh hati dekat suami orang.Tentulah kan?Harraz tu anak dia..Tentu sahaja dia sudah beristeri..Warrgghh aku tak nak dicop sebagai perampas suami orang!

"AINA SYAZWINA!KAU MEMANG DAH GILA!!!"raungku sambil mengusutkan rambutku yang tertata rapi tadi.

"Kau apa kena ni Wina?Meraung tak tentu pasal dekat bilik ni?Kau tak tahu ke kalau aku ni tengah sibuk..Mengganggu je!"ngomel seorang jejaka yang berada satu bilik denganku.

Kenalkan,dia ni adalah Muhammad Emir Asyraff iaitu sahabat aku semenjak aku berada di tingkatan 6 lagi.Kami bertemu di awal pendaftaran tingkatan 6.Awal pertemuan kami pun dah bermasalah.Kami bergaduh pada setiap hari tetapi boleh juga dikatakan rapat.Istilah lain yang aku boleh gunakan adalah..kami ni sahabat tetapi pada masa yang sama kami ni merupakan rival.Huhuhuhu..pelikkan hubungan kami ni.Tetapi,disebabkan Emir nilah aku ada kawan.Aku ni sering dijauhi kerana sikapku yang kasar.Tambahan pula,aku ni sering dicemburui oleh pelajar perempuan kerana rapat dengan Emir yang merupakan idola masa tu.

Emir ni sangat tampan tau..Tengoklah matanya yang berwarna hitam bersinar tu..Nampak macam sebuah langit malam tanpa bintang yang sangat indah.Garis rahangnya juga tegas dan sangat rupawan sekali.Oh,ditambah lagi dengan tubuhnya yang perkasa serta tinggi itu.Ughh.. sesiapa yang melihatnya pasti akan langsung jatuh hati.Kulitnya juga putih dan bersih serta rambut hitamnya yang pendek itu disisip dengan sangat rapi.Aku boleh je jatuh hati kepadanya. Tetapi apabila mengingatkan perangai dia yang sangat kuat mengusik itu membuatkan aku tak tertarik langsung dengannya.Sorry to saylah~He is not my taste!Hahahahaha..

"Woi,kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk ni dah kenapa,hah!"sergah Emir.

"Menyibuklah kau ni!Apa kata kau buat saja kerja kau tu!"ucapku dengan nada ketus.

Emir hanya mengomel sahaja terhadap kata-kataku tadi.Cih,ingat aku peduli kalau dia mengomel sekalipun.Sorry to saylah~aku ni sikit pun tak akan ambil peduli tentang apa yang dia omelkan..Apa dia ingat yang dia tu ibu bapa aku ke,nak ngomel sesuka hati.By the way,Emir ni dah berpunya sebenarnya.Dia ada seorang tunang yang sekarang ni sedang bekerja sebagai guru kaunseling di sebuah sekolah menengah.Namanya Fatin dan dia muda setahun daripada kami.Boleh dikatakan kami berjumpa Fatin semasa pendaftaran budak junior 6 bawah.Masa tu kami yang uruskan.

Boleh dikatakan semasa budak Fatin tu datang,Emir ni langsung kena panahan cinta yang pertama.Ala~macam aku tu..Tetapi,Emir ni lagi teruk..Dia punya gegabah dalam mendaftarkan Fatin masa tu..Terus sampai jatuh daripada kerusi..Hahahahahaha..kelakarkan!Masa tu si budak Fatin tu ketawa juga.Tetapi,taklah kuat mana.Lagipun,aku faham kenapa si Emir ni boleh sangkut dengan budak Fatin tu..Yelah,budak tu boleh tahan cun dan manis.Tambahan pula,bila dia melemparkan senyumannya melalui bibirnya yang berwarna merah muda itu.Kulitnya pun putih je..Ibarat putih dan halusnya susulah boleh dikatakan..Hehehehe..

Tubuh si Fatin tu kecik molek je orangnya!Tapi,boleh tahan seksi..Irisnya juga hitam,tetapi sangat berkilau.Orangnya pun sopan jer..Muslimah lagi tau..Kuat agama..Hah,lagi satu!Dia berasal daripada Kelantan.Fuhh..awek kelantan memang manis-manis belaka.Aku pun sayang jugak dengan si Fatin!Maklumlah aku dah anggap Fatin macam adik aku sendiri..So,nak dijadikan cerita..aku nilah yang menyatukan Fatin dan Emir ni sebab aku rapat dengan Fatin punya pasallah Emir minta pertolongan dari aku..Hah~kalau nak cerita macam mana dorang bersatu kang..bilo nak abis..hahahaha..

Err..Awak Nak Bunga?Where stories live. Discover now