Bab 15

867 25 3
                                    

"KITA nak ke mana ni sebenarnya, Abang Aifan?" Orkid sudah dapat mengagak dalam hati yang Aifan akan membawanya ke Duncan Diner.

"Kan abang cakap nak belanja Orkid makan?"

Gadis berbaju T putih dan berseluar denim biru pudar itu hanya terus melangkah seiring dengan Aifan.

"Yalah, tapi kat mana?" Orkid betulkan leather tote bag hitam di bahu.

"Kat sinilah..." Mereka berhenti di hadapan pintu masuk Duncan Diner.

"Jom masuk." Tangan Orkid dipimpin masuk. Mereka kemudian mengambil tempat di meja bersebelahan dinding kaca.

"Restoran ni la yang kawan abang selalu cakap. Tapi abang tak pernah dapat join dia orang lepak. Cool kan tempat ni? Interior macam Diner kat negara orang putih. Makanan pun sedap. Harga pun berpatutan. Sebab tu abang nak belanja Orkid makan kat sini..."

"Ala...Orang dah pergi dah, dengan Fayadh hari tu masa abang kat Sarawak..." Orkid telan air liur. Hanya hatinya yang masih terus berbicara, yakin tiada siapa boleh mendengar. Dan masa tu juga orang telah 'pergi', abang... Di hadapan orang yang tak ada kena-mengena dengan kita, yang tak tahu orang ni siapa... Nasib baik tak kantoi!

"La... Abang la yang lambat ni? Hmmm... So, apa yang sedap?"

"Kalau menu yang waiter suggest, spagetti bolognese. Fayadh pun pernah bagi tau yang banyak orang puji spageti kat sini. Hari tu, Fayadh dan Orkid makan fish and chips. Pun sedap, bang..." puji Orkid ikhlas. Memang sedap, menepati cita rasanya. Orkid kemudian pandang sekeliling ruang restoran. Tak nampak pun kelibat yang dicari.

Cuti ke? Kalau cuti, alhamdulillah! Orkid berdoa. Entahlah. Tak tahu kenapa, dia dah tak nak bersua muka dengan pemuda yang telah melihat dirinya 'pergi'. Malu? Mungkin. Atau dia sebenarnya hanya mahu lari dari soalan yang mungkin keluar dari orang yang tidak dia kenali yang telah melihat dirinya 'pergi' secara langsung depan mata?

"Kempunanlah kau, Badrish!" Muncul Iqbal di ruang membasuh membuatkan Badrish sedikit terperanjat.

"Kempunan apanya? McD? Untuk pengetahuan kau, aku pergi McD seorang diri malam tadi tau, gara-gara kau yang tiba-tiba cancel nak belanja aku! Huh!" Badrish masih terus membasuh pinggan mangkuk di singki. Sesekali, peluh di dahi dilap dengan lengan. Apron di badan sudah agak lembap dek percikan air dari singki.

"Bukan tu la..." Iqbal meletakkan tangannya di bahu Badrish.

"Habis apa?" Tangan yang berbuih segera dibasuh sebaik pinggan terakhir disimpan di rak pinggan. Air di tangan kemudian direnjis ke muka Iqbal.

"Hesy, kau ni!" Cepat-cepat Iqbal mengelap muka yang direnjis air.

"Dasar samdol... Tu awek rama-rama kau ada kat luar tu."

"Hah?" Bulat mata Badrish pandang wajah bersahaja Iqbal. Ya ke? Tapi apa pasal tak ada rama-rama yang datang jenguk aku kat dalam ni, tanda dia ada kat sini?

"Tak percaya? Pergilah tengok."

Cepat-cepat Badrish membuka apron di badan dan melangkah keluar. Selesai meninjau, dia kembali ke dapur. Iqbal sedia menunggunya sambil berpeluk tubuh dan bersandar di birai pintu antara dapur dan ruang membasuh.

"Apa macam? Rama-rama dah terbang ke? Haha..."

Badrish mencebik. Iqbal, kadang-kadang memang menyakitkan hati. Nampak nerd, muka baik bagai tapi memang menyakitkan hati.

"Aku cabar kau pergi serve mereka sekarang." Iqbal kemaskan pelukan di tubuhnya sendiri.

"Cabar aku?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ORKID SERENAWhere stories live. Discover now