Bab 9

566 16 0
                                    

Monday - Red rose.

Tuesday - Lily.

Wednesday - Yellow rose.

Thursday - Tulips.

Friday - White rose.

Saturday - Pink rose.

Sunday - Sunflower.

JADUAL bunga dari pasu bunga milik Serena dilekatkan semula ke papan notis mini berhadapan meja kerja. Aifan melabuhkan punggungnya di birai katil, memerhatikan sahaja Serena di hadapannya. Ini sudah masuk hari kedua dan Serena masih duduk menghadap komputer ribanya tanpa berganjak.

Hujan tidak berhenti dari semalam. Aifan mendekati Serena lantas selimut tebal dibetulkan di tubuh Serena yang masih berpakaian semalam. Bunga lily di dalam pasu semalam segera diganti dengan bunga ros kuning. Aifan kemudian berlalu pergi.

"Mak Esah, saya keluar..."

"Tadi Aifan baru keluar beli bunga, kan?" Terkocoh-kocoh Mak Esah ke ruang tamu, mendapatkan Aifan.

"Boleh Mak Esah tahu Aifan nak ke mana? Hujan kat luar tu, Aifan..."

"Saya nak ke office, Mak Esah."

"Dengan pakaian ni?" Mak Esah memandang Aifan dari rambut ke hujung kaki. Baju T hitam dan seluar denim biru pudar itu kini dipadankan dengan sepasang kasut Emerica yang baru dikeluarkan dari rak kasut. Pemuda 27 tahun itu tersenyum.

"Saya nak ambil barang kat office and sign few documents aje, Mak Esah. Lepas tu saya balik. Hari ni Mak Esah tak payah masak. Saya beli makanan kat luar aje. Mak Esah nak makan KFC?"

"Eh..." Mak Esah tersenyum serba salah.

"Apa-apa ajelah, Aifan..."

Aifan yang tadinya duduk mengikat tali kasut kini bingkas bangun.

"Saya pergi dulu, Mak Esah. Aina tak bangun tidur lagi. Mak Esah tolong tengok-tengokkan Serena. Pintu bilik dia biarkan terbuka."

"Baik. Yang tu Aifan jangan risau..."

"Lagi satu, Pak Amir sihat dah?"

"Alhamdulillah. Kenapa, Aifan?"

"Kalau saya nak suruh dia ke town, Mak Esah rasa dia boleh tak?"

"Insya-Allah, bolehlah tu..."

"Kalau macam tu, suruh dia berkemas apa yang patut untuk ke town petang nanti. Tinggal kat sana untuk dua hari."

"Aifan nak ke town ke?"

"Bukan Aifan tetapi pembantu Aifan, Mak Esah. Dia perlu hantar dokumen di HQ kat town. Umi akan tunggu dia kat sana. Nanti pembantu Aifan tu akan tinggal sekali dengan Umi di kondo, sebab pembantu Aifan tu perempuan. Pak Amir tinggal di hotel. Ikutkan memang saya kena pergi tapi itulah... Serena masih macam tu. Nak harapkan Aina? Langsung tak boleh nak diharap. Takkan saya nak tinggalkan Serena dalam keadaan macam tu? Lagipun, pembantu saya tu perempuan. Bahaya ke town seorang diri lewat petang nanti. Sebab tu, saya nak minta Pak Amir tolong hantarkan dia. Boleh?"

"Nanti Mak Esah cakap dengan Pak Amir..."

"Kalau macam tu, Aifan minta diri..."

"Baiklah. Hati-hati, ya..."

Ucapan itu hanya dibalas dengan senyuman nipis oleh Aifan.

AIFAN yang bersandar di muka pintu bilik Orkid Serena memeluk tubuh, melihat sahaja gadis itu yang sedang tidur lena di katilnya. Dia yang baru usai menyiapkan kerja pejabat di bilik bacaan tadi hendak ke biliknya tetapi langkah terhenti di hadapan pintu bilik Orkid Serena, melihat keadaan gadis itu. Hujan sudah berhenti petang tadi. Dan sejak itu Serena langsung tidur.

Entah macam mana kalau satu hari nanti aku, umi, Aina, Mak Esah dan Pak Amir dah tak ada... Siapa nak jaga Orkid Serena? Aifan mengeluh kecil mengenangkan keadaan yang bakal terjadi jika mereka yang mengenali dan menjaga Orkid Serena selama ini tiada di sisi gadis itu.

Perlahan Orkid membuka mata, seakan-akan mendengar suara hati Aifan sebentar tadi. Aifan automatik berdiri tegak dan kemudian tersenyum.

"Abang..."

"Yes?"

"Dah pukul berapa sekarang?"

"10 p.m. Orkid tidur dari petang tadi, selepas hujan berhenti."

Orkid memisat mata. Kabur sebentar tadi berubah jelas.

"Laparnya orang..."

"Mahunya tak lapar. Nak makan?"

Orkid dilihat mengangguk.

"Cepat pergi mandi, bersiap. Kita pergi McD, okey?"

"Baik!" Orkid kelihatan bersemangat. Aifan tersenyum.

"Abang tunggu kat bawah okey?"

"Okiedokie!"

Aifan tutup rapat pintu bilik Orkid sebelum berlalu pergi. Serena yang pendiam dan susah hendak dijangka sudah tiada. Yang ada sekarang hanya Orkid. Orkid yang sentiasa ceria dan tidak perlu Aifan risaukan sepertimana risaunya kepada Serena.

Sepuluh minit kemudian, Orkid mendapatkannya di ruang tamu, dengan hooded jaket merah jambu dan berseluar denim biru pudar.

"Dah?"

Orkid angguk.

"Dah fikir nak makan apa?" soal Aifan sambil mereka melangkah menuju ke ruang tempat letak kereta.

"Nak BigMac and Double Cheese Burger!"

"Ui, mampu ke?"

"I'm starving! Dengan choc sundae sekali!"

"Okey! Okey! Bayar sendiri."

Orkid tarik muka.

"Jap. Tak nak ajak Aina sekali?"

"Aina jaga badan. Orkid ingat dia nak ke makan fast food dengan kita lewat macam ni?"

Orkid kemudian tersengih.

Aifan hanya tergelak kecil. Enjin kereta dihidupkan. Serena sudah pun duduk bersebelahannya.

"Bayar untuk abang sekali nanti okey?"

"American pay! Huh!" Orkid berpaling ke tepi selepas memasang tali pinggang keledarnya.

"Kedekutnya!"

"Orang tak bawa cash lebih..."

"Tak apa, tepi McD ada ATM."

Orkid menjeling ke arah Aifan yang sibuk memandu.

"Jeling apa? Betullah sana ada ATM!"

"Orang tak bawa kad. Haha!"

"Abang tak bawa wallet! Hahaha..."

Orkid memandang tepat ke wajah Aifan dengan mulut ternganga, seakan-akan tidak percaya.

"Yeahhh! Yay! Ada orang nak belanja McD!"

"Dia yang ajak, kita pula nak bayar... Eee!"

"Haha! Sabar... Sabar... Abang gurau ajelah. Biar abang belanja Orkid makan besar malam ni."

"Hahaha! Big thanks, big bro." Orkid tersenyum gembira.

"Hmmm... Kalau umi ada mesti dia join kita makan, kan? Bila umi nak balik, bang?"

"Lusa."

"Orang rindu."

"Tahan rindu tu. Tak lama lagi boleh jumpa umi."

Orkid senyum nipis. Ada sesuatu yang ingin dia bincangkan dengan Sofea. Sesuatu yang sudah lama dia fikirkan, yang dia nekad dan rasa itulah yang terbaik buat dirinya.

ORKID SERENAWhere stories live. Discover now