PART 3

910 48 1
                                    


Si Budui yang memerhati kejadian tadi pun rasa lain suda sebab selama berbelas tahun dia ikut bapa dia pergi memburu ini la kali pertama dia nampak binatang buruan yang bapa dia tembak inda tumbang pada tembakan pertama. Si Budui nampak bapa isi peluru lagi dan kasi adjust kedudukan dia sambil menghalakan Bakukuk tersebut ke arah mata yang berkilau2 tadi. Beberapa minit juga si Budi nampak bapa dia masi cuba utk aim mata berkilau tersebut dan nda lama kemudian “BANG!!!” satu das tembakan lagi dilepaskan memecahkan kesunyian rimba malam itu. Sejurus selepas tembakan di lepaskan, mata berkilau tadi tiada suda.

“duii, kana suda itu..mari pigi ambil” debilang si Mundok riang sambil bangun dari posisi menembak dia tadi iaitu separuh meniarap.

Mereka berdua berlari-lari anak ke arah tempat si Mundok melepaskan tembakan tadi. Si Mundok menghunus sedia parang Samurai dia, bersedia untuk menetak binatang tersebut. Mana la tau binatang yang dia tembak tadi Cuma cedera dan belum benar2 mati serta cuba untuk melarikan diri.

Setelah sampai disatu tempat lapang si Mundok berhenti sambil berlegar2 di kawasan tersebut. Menyuluh diserata ceruk tempat dia berdiri. Kiri kanan depan belakang si Mundok suluh..suda itu bawah tanah pun dia suluh. Si Budui tau bapa dia tercari2 binatang yang dia tembak tadi sambil mencari kesan darah atau tapak kaki, tapi semua itu pun teda. Kalau semua itu teda, jadi apa la yang si Mundok tembak tadi???? Bertambah lain perasaan si Budui dan tingu bapa dia macam biasa seja.

Si Budui mengikut seja bapa dia dari belakang yang mula bergerak balik ke tempat mereka mula2 duduk tadi di atas batu. Baru pun beberapa langkah diorang jalan, si Budui terdengar suara urang mengerang sayup2 kedengaran…”urmmmmmm….urmmmmm..urmmmmmm”. Si Budui siku bapa dia sikit utk memberitahu pasal bunyi yang dia baru dingar tapi bapa dia buat nda tau seja padahal si Budui seram sejuk suda. Kebetulan lagi dia yang berjalan di bahagian belakang.

Cuaca sejuk yang menusuk tulang bertambah sejuk dengan tiupan angin perlahan, bertambah la sumarat si Budui bila dingar itu bunyi. Diorang semakin hampir sana batu besar terbonjol kedepan berbentuk rata, bila suara erangan tadi makin kuat kedengaran. Macam sana belakang si Budui seja.

“Apaaaaa!” debilang si Budui mula suda ketakutan. Terus si Mundok pusing kepala dia pigi suluh sana belakang si Budui dan dalam masa yang sama si Budui ikut menoleh. Bukan main takajut lagi si Budui dengan apa yang dia nampak di belakang dia, terus capat2 dia pgi sebelah bapa dia. Lembaga yang menpunyai bentuk tubuh seperti manusia tetapi kurus macam galah..bermuka tirus,bermata kecil tetapi menyala-nyala dengan kuku kaki dan tangan serta gigi yang tajam kelihatan berdarah, tersangat-sangat menakutkan.

Macam mau tercabut kepala lutut si Budui dengan badan dia mula menggeletar dengan apa yang sedang dia nampak. Seumur hidup dia dan selama belasan tahun dia masuk hutan, ini la kali pertama dia melihat makhluk seumpama itu. Semakin lama, makhluk itu semakin menghampiri mereka. Si Mundok pula bila dia nampak makhluk itu terus berhenti sekijap dan membaca mantera2 yang nda di ketahui oleh si Budui. Beberapa minit juga si Mundok terkumat-kamit membaca mantera baru la makhluk tadi perlahan2 berundur dan kemudian hilang di telan kegelapan malam.

Sementara itu, si Budui terasa lutut dia semakin lemah, tapi si Mundok capat2 kasi nasihat si Budui supaya sentiasa kuatkan semangat sbb dalam hutan rimba yang begitu besar mmg di huni pelbagai makhluk dalam pelbagai bentuk. Lama baru si Budui tenang balik dan kembali memberanikan diri. Dia sangat kagum dengan bapa dia yang nampak begitu tenang.

Mmg betul la apa yang dihebohkan oleh urang kampung selama ini akan keberanian bapa dia. Selama ini dia mmg tau bapa dia berani tetapi dia belum tahu tahap keberanian bapa dia. Si Budui bersandar di batu besar itu sambil memikirkan apalagi yang akan mereka temui selepas ini. Mau seja dia mengajak bapa dia balik, tapi dia tau yang bapa dia nda mungkin akan balik dengan tangan kosong.

PENUNGGU HUTAN SUMUNSUI(Based On True Story)Where stories live. Discover now