PART 8

791 42 1
                                    

Sementara mereka semua sedang mengerang kesakitan pusaran angin kuat yg terbentuk dari daun2 kering berwarna hitam tadi, sekali lagi mereka di kejutkan oleh suara hilaian tawa yang datang pusaran angin seperti puting beliung bewarna hitam tadi. Sekejap suara itu kedengaran seperti suara seorang perempuan dan sekijap seperti suara seorang lelaki garau.

Beberapa minit kemudian, pusaran angin itu lenyap begitu saja dan perlahan-lahan angin kencang yang melanda dipinggir hutan Sumunsui itu mulai beransur reda. Diorang semua yang tadi masing2 tercampak bangun perlahan2 tapi kebanyakkan diorang ada yang luka2 kecil sbb terhantuk dgn batu2 dan akar kayu yg besar2. Lain halnya dengan si Togutui, kecederaan dia nampak teruk sikit dari yang lain sampai mulut dia berdarah. Capat2 diorang si K.K pigi tempat dia dan tulung dia bangun.

“Tui, macam mana suda ko?? Ko buli bangun ka? Tulung dia bangun” si K.K suruh yang lain supaya tulung angkat si Togutui untuk bangun.
“Sa ok juga ba ini K.K” si Togutui menyahut perlahan masih lap2 mulut dia yang berdarah tadi sambil palan2 bangun tapi dia inda dapat angkat kaki dia abis kana hampas sana batu kicil. Nasib juga nda patah cuma terseliuh dan luka2. Sudah si Togutui menyandar sana pokok tempat dia terhempas tadi, diorang yang lain pigi cari putung kayu untuk menopang kaki si Togutui.

“Siou K.K tapi sa rasa diorang si Mundok sama anak dia susah sudah kita mau kasi selamat. Inda tau sekarang diorang masi hidup ka atau suda mati. Apa yang sa pasti ini ‘penghuni’ Sumunsui inda mau kasi lapas diorang suda. Kalau kita jajal juga, dengan kita2 sekali inda akan selamat. Tadi itu, diorang punya amaran seja itu K.K, sa rasa mesti diorang si Mundok suda buat sesuatu sampai marah betul Sumunsui” terang si Togutui.

“Teda cara lain lagi ka Togutui?
“Sa pun kehabisan pendapat sudah K.K, tapi mungkin kita buli cuba kasi sogit ini Sumunsui sama ayam putih. Harap2 lembut hati ‘penghuni2’ sini dan mau kasi lepas diorang” jawab si Togutui lagi dgn lemah.

Si K.K mengeluh berat..kalau buli dia mau nampak sendiri macam mana keadaan diorang si Mundok. Dia sebagai ketua merasakan gagal menjalankan tanggung jawab dia kalau, dia kasi tinggal ja diorang si Mundok dalam hutan tanpa dapat berbuat sesuatu utk membantu diorang. Kalau betul ada apa2 yang terjadi sama diorang, macam mana dia mau menjawab sama bini dan anak2 si Mundok serta ahli keluarga diorang. Macam mana dia mau menjawab sama urang kampung??

Lagipun, apa akan jadi sama anak2 si Mundok yang masih kecil kalau sampai apa2 jadi sama si Mundok??
“K.K bukan sa nda kesian diorang si Mundok sama anak dia tapi, sa risau nanti kita pula yang ada masalah nanti. Lagipun, kalau kita tunggu lama2 sini pun bukan kita dapat masuk juga sana Sumunsui cari diorang” si Toninipot yang paling pendiam dalam kumpulan diorang itu akhirnya bersuara.

Lama si K.K tunduk dan berfikir..nda lama lepas itu dia mengangkat kepala dia dan berdiri menghadap anak2 buah dia yang seramai 19 urang itu.
“Begini la..sa faham kamu semua takut sa sendiri pun takut. Tapi kalau kita balik seja tanpa megetahui apa yang terjadi sama si Mundok dan si Budui macam mana kita mau jawab sama ahli keluarga diorang nanti???

Kita sendiri pun nda tau sama ada diorang si Mundok masi hidup ataupun suda mati. Sekurang2nya kalau suda mati dan kita nampak mayat diorang, kita buli tunjuk sama anak bini dia yang kita sudah buat yg kita mampu” si K.K membuka mulu setelah lama dia berfikir. Semua anak2 buah dia tunduk seja mendengar kata2 dia.

“Berigud, ko bawa kawan 5 urang pigi balik sana kampung. Cari yang Tandaha(ayam jantan) dan bawa sini dengan capat. Kamu urang lari seja. Kalau kita suda buat begini tapi kita masih inda dapat masuk sana Sumunsui, mmg teda apa sudah yang mampu kita buat. Jadi kita akan balik seja” si K.K sambung lagi sambil memandang ke arah si Berigud.

Si Berigud angguk2 tanda faham dan memilih 5 urang kawan dia utk balik sana kampung mencari ayam putih. Dengan pantas si Berigud bersama 5 urang kawan2 dia tadi berlari meninggalkan pinggiran hutan Sumunsui. Sementara itu si K.K sama yang lain masih berkampung sana pinggir Sumunsui dengan harapan dapat masuk untuk cari diorang si Mundok. Semua gagaran suda kesejukan sebab walaupun angin kuat sudah berhenti tapi hujan masih turun renyai2 diorang semua sudah basah kuyup. Si Togutui pula masih mengerang kesakitan.

################################

Si Mundok pula masih duduk sana atas batu besar berabis membaca segala jenis mantera yang dia tau sebagai usaha untuk menyelamatkan si Budui. Suara nyaring dan lantang yang bergema tadi nda kedengaran sudah. Si Mundok semakin cemas memikirkan keadaan si Budui.

Harap2 si Budui selamat pikir si Mundok. Ketika dia sedang membaca mantera, tiba2 datang bau harum semerbak seperti wangi bunga-bungaan yang sangat menusuk hidung. Mata dia yang sejak tadi terpejam dia buka perlahan dan alangkah terkejutnya dia bila melihat si Budui sedang duduk di sebelah dia di atas batu besar lagi tinggi itu.

“Duiiii!!! Ko sudah balik??? Sa risau betul pikir ko..nasib ko inda apa2 kan??” debilang si mundok sambil terus memeluk badan si Budui, tapi Budui diam ja teda reaksi. Menangis nangis suda si Mundok sambil masih memeluk si Budui, dia ingat dia inda dapat suda jumpa anak bujang dia itu.

Wangi harum bunga-bungaan yang si Mundok tercium tadi perlahan-lahan bertukar menjadi sangat busuk yang terlalu meloyakan. Tapi dia inda peduli mana tau bangkai binatang sana hutan kana tiup angin fikir si Mundok dalam hati.

“Mari la kita capat2 balik Dui sebelum ada lagi kejadian lain yang inda bagus berlaku. Memang inda patut kita masuk sini Sumunsui. Sa menyesal juga inda ikut cakap kamu urang” debilang si Mundok perlahan sambil melepaskan pelukan dia sama si Budui. Bila dia sudah lepaskan pelukan dan tingu muka si Budui takajut betul dia nampak sebab si Budui yang baru dia peluk tadi bukan lagi si Budui sebaliknya makhluk yang tersangat2 hodoh yang hanya menyerupai si Budui.

Si Mundok susah untuk menggambarkan apakah jenis makhluk yang sedang berada di depan dia sekarang kerana kulit dia berkematu dan menggerutu, mata dia besar dan merah menyala dengan rambut yang surugau(kusut masai). Makhluk tersebut mengilai nyaring dan disana si Mundok nampak yang makhluk tersebut ada sepasang taring yang tajam. Lendir merah seperti darah yang pekat dan busuk mengalir dari mulutnya. Kuku tangan dan kaki makhluk tersebut juga panjang.

Makhluk tadi mendepakan kedua-dua tangannya ke arah leher si Mundok untuk mencekik dia tapi dengan capat si Mundok berdiri lalu melompat ke daratan yang berdekatan. Makhluk itu masih ada diatas batu tempat dia berdiri tadi dan cuba mengejar dia. Dengan capat si Mundok berlari masuk ke dalam hutan tapi dengan tiba2 angin kencang seperti ribut taufan bersama hujan pula turun.

Dapan mata si Mundok sendiri dia nampak daun2 kering berpintal2 seperti putting beliung tetapi berwarna hitam sedang menuju ke arah dia. Makhluk hodoh yang disangkanya si budui juga sedang mengejar dia dari belakang. Si Mundok berlari tanpa melihat pun mana dia pijak, tanpa arah dan tujuan sebab terlalu takajut dan takut dengan apa yang dia lihat dan sedang berlaku.

Dia cuba juga untuk membaca segala mantera yang dia tau tetapi langsung inda berkesan sudah. Ketika berlari sambil menuruni bukit yang masih berada di sekitar lokos tempat dia sama si Budui berhenti, kaki dia tersangkut sana akar kayu dan menyebabkan dia terjatuh. Kepala dia terhantuk dengan sesuatu dan itu la benda terakhir yang dia tahu.

PENUNGGU HUTAN SUMUNSUI(Based On True Story)Where stories live. Discover now