PART 7

826 39 1
                                    

Si Mundok yang begitu takajut dengar itu suara nyaring dan lantang yang sedang bergema mula sedar bahawa Kijang yang dia suda tembak itu sebenarnya bukan Kijang biasa seperti yang dia selalu tembak di hutan lain.

Serta merta dia pusing kepala dan pigi tingu itu kepala Kijang yang dia sangkut sana kayu pemikul, bertambah terkejut bila melihat mata Kijang tersebut merah menyala.

"Wahai pemilik suara, sa minta maaf banyak2 atas kesalahan yang sa suda buat. Sa inda berniat mau kasi sakit sesiapa pun, tapi sa betul2 inda tau yang Kijang yang sa timbak itu saudara kamu. Anak sa inda bersalah, tulung kasi lepas dia. Sa sedia tanggung hukuman utk kesalahan yg sa" jawab si Mundok sambil meneruskan membaca mantera.

"ha! ha! ha! ha.. inda semudah itu!! Kamu berdua akan menerima balasan yg setimpal. Nyawa akan dibayar dengan nyawa!!!" tempik suara nyaring itu lagi. Gentar si Mundok mendengar kata2 suara nyaring tersebut, dia risaukan keselamatan si Budui. Dia sekarang sedar yang semua cerita2 urang kampung pasal Hutan Sumunsui adalah benar. Bertambah kuat dia baca mantera sambil merayu kpd suara tadi supaya anak di dikembalikan tetapi jawapan yg sama juga dia terima.

################################

Sementara itu si Budui yang masi berada dirumah yang panjang bersama2 dengan urang2 bermata merah tadi berdiri ditengah2 sambil duduk berlutut, sambil merayu kpd urang pakai Sigah tadi supaya melepaskan dia sama bapanya. Tetapi urang2 bermata merah tadi bertambah marah.

"Kamu manusia yang kejam, datang sini tempat kami buat kacau. Kasi cemar tempat suci kami, bunuh dan makan saudara kami, mcm mana kami buli maafkan kamu!!?" tempik urang tua tadi dengan marah.
"Kasi tangkap dia!! Ikat dia sana" arah lelaki tua tadi sambil tunjuk itu tiang kayu sana dapur dengan api menyala.

Pucat lesi terus muka si Budui sambil badan dia menggigil gigil ketakutan. Ini kali mati la sa kana makan desis hati si Budui sambil terus merayu tapi nda diendahkan oleh urang tua yang ada Sigah tadi. Sebagai ikhtiar terakhir dia gamit tangan si Rumandawi sambil merayu untuk minta tulung. Meskipun dia sangat takut melihat bentuk muka si Rumandawi yang mata dia merah menyala seperti yang lain tapi si Budui nda mau berputus asa begitu seja.

“Sa buli tulung ko dengan satu syarat” debilang si Rumandawi menoleh garang. Si Budui terasa ada sedikit sinar harapan untuk dia bila si Rumandawi cakap begitu. Biarpun dia sendiri nda pasti lagi apa syarat yang si Rumandawi mau.
“Apa syaratnya?” tanya si Budui
“Syaratanya, ko mesti kawin sama dan ko inda buli suda balik pigi sana tempat asal ko” takajut betul si Budui dingar apa yang baru seja dia dingar dari mulut si Rumandawi.
Tapi dia cuba kawal perasaan takut dan terkejut dia sebaik mungkin supaya si Rumandawi nda perasaan.

“Kalau sa kawin sama ko buli ka tingu bapa sa untuk kali yang terakhir?” tanya si Budui perlahan sambil memandang tepat muka si Rumandawi. Dia cuba sedaya upaya mengawal ketakutan dia melihat mata si Rumandawi yang merah menyalan.

“Ko buli jumpa dia sekijap tapi kalau ko mungkir janji, sa inda akan kasi lepas ko” jawab si Rumandawi. Si Budui mengangguk perlahan sambil bergegar ketakutan sebab urang2 suruhan urang tua pakai Sigah tadi hampir sampai sana tempat dia duduk.
“Aki, tunggu dulu!” si Rumandawi bersuara mengejutkan urang tua yang pakai sigah tadi.
“Kenapa itu Rumandawi??”
“Sa suka ini urang..sa mau kawin sama dia. Buli ko kasi dia sama sa ka Aki??” jawab si Rumandawi sambil berjalan ke arah urang tua memakai sigah tadi.

“Tapi ini urang sudah bunuh keturunan kita bah Rumandawi!!”
“Daripada kita bunuh dia,kan bagus kalau kita ambil dia sebagai ganti bini si Tingkayu. Lagipun bukan dia yang bunuh bini si Tingkayu bah..bapa dia yang pigi timbak” cadang si Rumandawi sambil merenung muka urang tua pakai sigah tadi.
“Baik la..tapi ko mau kana tanya diorang si Tingkayu ini juga” jawab urang tua pakai sigah tadi sambil menoleh kepada kumpulan yang ada garisan putih memanjang dirambut mereka.

PENUNGGU HUTAN SUMUNSUI(Based On True Story)Where stories live. Discover now