Bab 1

769 25 2
                                    

Bab 1

Mata Zin dan Karl terarah ke skrin televisyen. Mereka berdua sedang khusyuk melihat tayangan filem "Puteri Gunung Ledang" yang ditayangkan di salah satu saluran TV berbayar. Kebetulan keduanya bekerja syif malam dan mereka hanya menonton televisyen pada waktu tengah hari selepas makan. Entah kenapa filem tersebut menjadi pilihan Karl dan Zin hanya menumpang menonton kerana TV dan siaran itu dibiayai oleh Karl. Jadi selaku penumpang dia hanya tonton apa yang Karl tonton. Dan apabila Zin menonton bola Karl tidak menganggunya.

"Setiap orang punya impian. Impian itu bisa meneruskan kehidupan ini. Impian dinda adalah untuk mendapatkan sejati," dialog dituturkan oleh Puteri Gunung Ledang lalu memandang hero filem yang dilakonkan oleh M Nasir yang menjadi Hang Tuah.

"Jika patah sayap Rajawali. Bertongkat jua kanda ke mari," jawab Hang Tuah lalu tersenyum.

"Adinda anggap sebagai janji," balas Puteri Gunung Ledang.

Kedua-dua peranan berpelukan dan memandang ke arah puncak Gunung Ledang. Dari bahasa badan dan gerak geri terpancar betapa kasih dan cintanya diantara mereka berdua. Karl mengelap air mata yang tumpah. Dia terharu dengan adegan tersebut berbanding Zin.

"Aik. Takkan itupun nak menangis. Emo betullah kau ni Karl!" tegur Zin.

Zin faham sangat dengan emosi Karl. Jiwanya halus. Hati mudah terusik. Walaupun luar nampak macam abang sado pengawal kelab malam. Tapi hati tisu! Baca novel cinta sahaja atau cerita cinta. Walaupun selalu diperli, Karl memang tidak kisah.

"Kau tidak ada emosi ke? Cinta agung cerita ini tahu tak. Sanggup Puteri Gunung Ledang meninggalkan istana dan kemewahan semata-mata untuk bersama Hang Tuah. Sanggup meredah Selat Melaka dan meninggalkan tanah air. Berdiam di hutan. Tapi akhirnya... kedua-duanya hanya mampu memendam cinta dalam diri," cerita Karl.

"Ada ke cinta sejati macam ini dalam dunia sekarang ni? Cinta sejati konon. Macam aku ni, sebab aku kerja pengawal sahaja awek tinggalkan aku. Keluarga dia tak suka aku. Kepala bana Diana dulu cakap nak hidup semati. Tak kisah aku kerja pengawal. Akhirnya bila tahu gaji aku RM 1200 sahaja. Aku tak mampu beli itu ini. Diana tinggalkan aku dengan kata yang menyakitkan! Pui!" Zin melampiaskan kemarahannya.

"Kau tu taknak berusaha," sanggah Karl.

"Berusaha apanya. Aku bukannya belajar tinggi. Apa kerja yang aku boleh buat? SPM cukup makan. Nak jadi kerani lagilah tak lepas. Yang aku boleh kerja kilang, pengawal atau pembantu kat mana-mana. Puas aku mencari kerja," Zin memberikan alasan.

"Dengar sini. Berusaha cari pendapatan lebih. Berniaga. Kau mengalah sebelum berperang. Gaji RM 1200 mana cukup pada zaman ni. Inipun banyak aku tolong tau. Kau hanya tahu bayar sewa rumah sahaja. Aku kasihan dengan kau. Takpelah aku tolong sebab kaupun tak banyak songeh. Rajin mengemas rumah aku."

"Amboi. Mengungkit ke? Aku bukan taknak berusaha. Tapi kerja sehari 12 jam. Penat. Nak berniaga apa? Modal pun tidak ada. Keluarga aku bukannya kaya macam keluarga Diana. Diana nak buka butik senang-senang sahaja emak dia keluarkan duit," Zin mempertahankan dirinya.

Karl hanya mendiamkan diri. Kalau sudah pemalas. Pemalas juga. Ada sahaja alasan. Kalau aku jadi Dianapun aku tinggalkan kau. Sampai bila nak tunggu kalau diri sendiri tidak mahu berubah? Kata Karl di dalam hati.

Loceng rumah berbunyi. Zin bangun lantas menuju ke pintu rumah. Dia meninjau keluar dan melihat posmen di atas motor di luar pagar rumah. Mungkin surat berdaftar. Zin membuka pintu lalu tanpa berselipar menuju ke arah posmen. Posmen menghulurkan surat dan meminta Zin menandatangi surah pengesahan serahan pos daftar.

"Terima kasih tuan," ucap Zin setelah menyerahkan semula surat.

Posmen itu mengangguk dan beredar. Zin melihat surat kuning ynag berlogo istana.

MusibatWhere stories live. Discover now