Bab 2

555 23 1
                                    

Bab 2

Keesokan harinya selepas kerja Zin singgah bersarapan dahulu di sebuah kedai. Karl yang turut baru balik dari kerja telah menelefon meminta Zin menemaninya minum pagi. Karl adalah eksekutif kanan ICT sebuah syarikat antarabangsa. Maka waktu kerjanya 24 jam dan bergilir mengikut syif. Ini kerana waktu antarabangsa yang berbeza dengan Malaysia. Zin tidak ada halangan kerana selalunya Karl akan membelanjanya minum. Tapi yang tidak bestnya Karl mengajaknya makan di gerai kesukaan Diana. Gerai menjual mi kari dan nasi lemak yang terbaik di Kampung Baru.

"Kau sajakan mengajak aku ke sini?" soal Zin sebaik sahaja mereka telah memesan makanan dan minuman.

"Saja apanya. Kan memang kita suka makan mi kari kat sini?" dalih Karl.

Dia memang tidak berniat untuk mengenakan Karl. Dia tahu Diana suka datang ke sini untuk sarapan pagi. Memang Mi kari dan nasi lemaknya terbaik di KL. Dekat pula dengan pejabatnya.

"Buatnya aku terserempak dengan Diana?" balas Zin.

"Ha... ha... ha.... Hello. Move onlah. Jadi jantanlah. Kau selalu perli aku beremosi tengok cerita jiwang. Sedih. Ini baru putus cinta tak boleh move on?" sindir Karl.

"Jilake," marah Zin.

Minuman teh tarik dihidangkan oleh pelayan. Setelah berlalu pelayan mereka berdua menghirupnya. Orang agak ramai dan sesak. Terdengar juga hiruk-pikuk warga kota yang sedang minum sebelum ke pejabat berbanding mereka yang sudah habis waktu bekerja.

"Kau betul ke nak jadi pengendang ni?" soal Karl.

Zin melihat wajah Karl. Dari raut waahnya ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Karl.

"Kenapa? Kau sayang ek aku tinggalkan kau?" sindir Zin semula.

Karl tersenyum. Memang dia sayangpun Zin keluar dari rumahnya. Zin rajin orangnya berbanding dirinya. Mengemas rumah, membasuh baju mahupun memasak. Sebab itu Karl tidak berkira selalu belanja Zin.

"Malam tadi aku dah buat survei pasal gendang tu. Seram doh! Kau sanggup ke?"

"Pasal kulit gendang diperbuat dari ibu mengandung?" tebak Zin atas dapatan Karl.

"Itu satu. Tapi memang mistik gendang tu. Lama kot gendang tu. Dari zaman Srivijaya. Tentu ada semangatnya. Ialah benda-benda lama inikan. Bukan kira antik dah lagi ni," hujah Karl.

"Aku cuba dulu. Tapi dah ramai pengendang selain aku. Hidup je sampai ke tua. Semalam aku siap tengok gambar diorang. Menurut info ada yang berpengalam berpuluh tahun. Ialah gendang ini diwarisi dari satu generasi ke satu generasi," Zin memberi alasan.

"Ke kau nak lari dari Diana?" sindir Karl.

Mi kari yang dipesan mereka dihidangkan oleh pelayan. Zin dan Karl menikmati hidangan tanpa berbual sehingga habis. Persoalan Karl tidak dijawab oleh Zin. Karl tidak memaksanya kerana dia tahu Zin tidak ada mood untuk berbicara soal Diana. Selepas makan mereka beredar. Mata mereka berdua sudahpun mengecil tanda mengantuk. Katil di rumah sudah memanggil-manggil.

Karl ke keretanya dan Zin ke motornya yang diparkir bersebelahan. Baru keluar dari gerai mereka berdua terserempak dengan Diana dan teman lelaki barunya. Zin membuat tidak kenal dan terus berlalu melepasi keduanya. Karl yang juga tidak tahu hendak membuat apa hanya turut membuat tidak kenal. Diana cuba untuk senyum tetapi tidak diendahkan keduanya. Zin terus ke motornya dan menghidupkan lalu berlalu pergi.

Zin singgah dahulu ke pejabat untuk memberikan notis berhenti kerja. Hatinya sakit melihat kelibat Diana dan teman lelaki barunya. Kalau boleh dia mahu berhenti kerja secepat mungkin. Dia ingin meninggalkan Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru di Melaka. Dia tidak mahu lagi bertembung dengan Diana. Dia malu dengan dirinya sendiri. Dia masih menyayangi gadis yang pernah mencuri hatinya. Dia masih tidak boleh move on. Diana adalah orang yang pernah di belakangnya ketika dia susah. Diana jugalah orangnya yang akhirnya mengecewakan dirinya.

Ketuanya terperanjat apabila membaca notis pemberhentian kerjanya lalu cuba memujuknya. Zin sudah tekad dengan keputusannya. Akhirnya ketuanya membenarkan peletakkan jawatan Zin dan diberi notis sebulan. Selepas itu Zin balik ke rumahnya. Dia mahu tidur dan melupakan seketika kerusuhan hatinya.

Selepas bangun tidur pada pukul 2 petang dan mandi Zin menelefon emaknya memberitahu keputusan untuk berhijrah ke Melaka. Mak Jariah gembira dengan keputusan anaknya apatah lagi apabila mendengar gaji yang bakal diperoleh. Selepas selesai Zin mengambil gendang miliknya dan mula bermain beberapa rentak lagu. Dirinya hanyut memukul gendang kerana lagu yang dimainkan adalah rentak lagu Harapan Kecewa nyanyian arwah Ahmad Jais. Sedang asyik pintunya diketuk. Zin menyuruh Karl masuk.

"Aku ganggu kau tidur ke?" soal Zin apabila tersembul kepala Karl di mula pintu.

"Tak juga. Aku tengah mandi tadi. Dengar kau main gendang. Lagu apa tu? Sedap," soal Karl.

"Harapan kecewa. Arwah Ahmad Jais. Arwah atuk aku minat lagu ni. Setiap hari dia ketuk lagu ni sampai arwah nenek aku berleter. Apa yang awak kecewakan sangat tu? Teringatkan tunang lama ke?" cerita Zin yang mengajuk lenggok suara leteren arwah neneknya.

"Ha... ha... ha.... Sebiji macam cucunya juga," sampuk Karl.

"Apapun atuk aku banyak menurunkan ilmu bergendang denganku. Aku sayang atuk aku."

"Move onlah Zin. Diana sudah ada pengganti baru. Kau yang beria benar frust menonggeng aku tengok ni. Kau kacak apa. Setakat Diana tu alah berlambaklah dekat Bandar Hilir tu. Entah-entah ada lagi cantik dayang-dayang di Istana Melaka tu," pujuk Karl.

"Zaman ini masih ada dayang-dayang ke?" soal Zin kembali.

"Gatalnya kau ni. Mungkin ada tapi jawatannya itu lain. Pembantu Istana. Pengasuh. Apa sahajalah. Pergilah ke Istana Melaka. Jangan kau fikir sangat pasal Diana bangang tu," pujuk Karl lagi.

Zin hanya mengangguk.

Malam itu Zin tidak bekerja. Dia hanya tinggal seorang diri di rumah. Dia terbaca satu artikel yang diberikan oleh Karl mengenai gendang yang akan dimainkan nanti. Beria benar Karl suruh dia membacanya. Katanya penting dan Zin perlu ambil tahu.

"Gendang Nengkara dikatakan berasal dari kulit perut Puteri Srivijaya Seroja yang dilapah. Seroja bercinta dan berkahwin dengan rakyat kebanyakan. Dia telah bersumpah bahawa dia akan tetap wujud walaupun jasad sudah berpisah dari badan. Itulah sumpahnya kepada Raden pemerintah Majapahit. Janji yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sekarang, Sumpahan yang hanya terlerai jika ada syarat yang dipatuhi."

"Syarat yang dipatuhi? Apatah syaratnya? Kena korbankan orang ke? Hisy takkanlah nak korbankan orang. Kejam sangat tu. Kalau korban ayam bolehlah. Hisy. Makin dikaji main pelik pasal gendang ni. Baik aku tak payah baca."

Zin membuka siaran TV. Dia melihat paparan persembahan tarian yang ditayangkan di kaca TV. Zin melihat jam dinding.

"Aik! Dah lepas Maghrib kot. Ada pula tarian ini. Tarian apa Maghrib-Maghrib ni. Bukan selalu drama cinta kahwin paksa ke waktu begini? Selalunya kalau Karl tak kerja memang dia layan drama jiwang waktu begini. Lepas itu emosi, Badan sado tapi emosi," rungut Zin.

Dia menukar saluran lain. Tetapi tarian yang sama yang ditunjukkan. Ada 4 penari sedang menari berpakaian batik Indonesia. Menari tarian tradisional penuh gemalai. Kemudian masuk susuk tubuh wanita mengandung turut berpakaian batik tetapi ada selendang di bahu. Jari jemarinya tajam. Memakai sanggul seperti orang dahulukala. Rambut disiputkan. Wajahnya murah dan seperti berada dalam keadaan sedih.

"Mengandung sudah sarat macam itu pun boleh menari lagi ke?" soal Zin kepada dirinya sendiri.

Wanita itu ikut menari. Dia memandang Zin dengan lirikan yang tajam. Malah sepanjang dia menari dengan memandang Zin tajam. Seriau pula Zin melihat lirikannya.

"Di kala ku merindukan keluhuran dulu kala," wanita itu mula menyanyi.

Zin menutup TVnya. Seriau pula di kala seorang diri begini mendengar nyanyian wanita yang menyeramkan. Walaupun agak merdu dan gemersik tetapi nadanya tetapi garau dan kasar.

"Baik aku pergi makan," putus Zin lalu masuk untuk bersiap ke dalam biliknya.

MusibatWhere stories live. Discover now