Bab 3

849 30 11
                                    


Zin kini berada di balai gendang. Hanya dia dan Pak Dir sahaja yang ada di pejabat apabila dia mula melapor diri. Pak Dirlah yang menyambutnya tadi hari pertama dia melaporkan diri. Mereka berbahasa basi dan berkenal-kenalan. Ternyata Pak Dir tidak sombong dan sangat peramah. Zin berasa selesa berbual dengan Pak Dir. Di dalam istana tidak ada Sultan Melaka dan ahli keluargnya kerana baginda berangkat ke luar negara melakukan lawatan.

Zin dibawa melawat ke kawasan sekitar dalam istana. Dewan Pengadapan, Dewan Santap, Dewan Penganugerahan, Dewan Agama, dapur dan Bilik Mesyuarat. Hanya ruangan peribadi Sultan Melaka dan keluarganya sahaja tidak dibenarkan masuk malah Zin telah diberi amaran. Istana yang besar itu agak sunyi dan sepi. Ini kerana menurut Pak Dir kebanyakan pekerja istana bercuti atau mengikut rombongan. Zin kagum dengan reka bentuk dan reka letak istana. Sangat kemelayuan. Ukiran-ukiran larat memenuhi setiap dinding istana. Kemudian Pak Dir menunjukkan tempat latihan mereka setiap malam.

"Setiap malam kita berlatih Pak Dir?" soal Zin.

"Itulah perjanjian. Hanya malam Jumaat kita rehat. Sebab itulah gaji di sini mahal. Selain latihan hampir setiap malam. Persembahan di Muzium Replika Istana Melaka dan upacara rasmi di istana. Sanggup tidak?" soal Pak Dir.

"Kalau saya sudah datang ke sini tentulah saya sanggup Pak Dir. Lagipun jadi pengawalpun penat. 12 jam saya kerja sehari. Gaji baru RM 1500. Di sini elaun sahaja sudah RM 2000. Tapi saya ada satu kemusykilan. Kenapa saya dipilih? Bukankah pemuzik nobat ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi?" soal Zin lagi.

Pak Dir tersenyum. Dia menepuk-nepuk bahu Zin dan memandangnya tepat.

"Kamupun ada kena mengena dengan warisan ini," jawab Pak Dir.

"Ha?" Zin terkejut tidak percaya.

Zin terpempan mendengar jawapan Pak Dir. Terus dia memikir tentang ayahnya. Ayahnya hanyalah orang biasa. Tidak tahu bergendang. Dia belajarpun dari arwah datuknya Entah kenapa ayahnya enggan belajar dan bermain gendang.

"Datuk kamu antara pewarisnya. Tetapi dia tidak mahu mengambilnya. Dia serahkan kepada sepupu jauh. Apabila anak sepupu jauh meninggal. Dia tidak ada anak lelaki. Kamu yang paling sesuai. Sebab kamu berbakat dan pewaris sah," jelas Pak Dir.

Pak Dir duduk di bahagian alatan gendang. Zin turut duduk bersila. Pak Dir menerangkan satu persatu alatan gendang. Zin menghadamnya. Tidak ada bezanya dengan gendang silat kecuali nafiri. Ada dua gendang. Zin mengamati kulit salah satu gendang. Dia mengusap permukaan kulit gendang. Terasa kenyal kulit gendang diusapnya. Tapi tidak sekenyal kulit lembu ataupun kulit tiruan gendang yang pernah dimainkannya. Sudahlah kenyal lembut pula tu. Tidak pernah dia rasa kulit gendang selembut itu.

"Itu Gendang Nengkara," kata Pak Dir tanpa ditanya.

Zin mengangguk. Dia terus mengusap gendang tersebut. Terus dia teringat akan cerita dongeng tentang Gendang Nengkara. Dia mengamati kulit gendang tersebut. Memang nampak lain warna kulit gendang tersebut berbanding dengan gendang yang pernah digunakan. Warnanya agak putih. Putih melepak. Macam kulit perempuan.

"Ada mitos tentang gendang inikan? Benarkah?" soal Zin inginkan kepastian.

Dia mengetuk gendang itu dua tiga kali. Zin mengamati bunyi gendang tersebut. Dalam kasar ada halusnya. Pak Dir tersenyum.

"Katanya kulit gendang itu dibuat daripada kulit ibu mengandung. Benarkah Pak Dir?" ulang Zin ingin tahu.

"Kamu tahu. Gendang itu lama. Sejak zaman Parameswara. Pengaruh Hindu-Buddha kuat masa itu. Biasalah tentu ada semangatnya. Tapi bila Melaka sudah jadi negeri Islam. Banyak benda khurafat yang dibuang. Tapi banyak adat yang perlu kamu tahu lagi. Kamu akan tahu bila tibanya nanti," jawab Pak Dir tanpa berterus-terang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MusibatWhere stories live. Discover now