80 | 204 Bulan

7 4 1
                                    

Hampir 204 bulan aku hidup, kita bertemu.

Sehingga berjaya menimbulkan bibit-bibit kemanisan di hati, debaran di dada dan senyuman di wajah ku dan juga kemerahan di pipi bagai disinari cahaya mentari.

Setiap kali berjumpa, dan berjumpa tanpa aku sedar wujud satu perasaan aneh di dada. Mungkin cinta, mungkin sayang.

Entah, aku sendiri pun tak pasti.

Setiap kali berjumpa, hati aku membuat konsert mengikut rentaknya yg tersendiri.
Rentak yg aku sendiri tak dapat nak tafsirkan maksud disebaliknya.

Setiap kali berjumpa, apabila wajah mu menjadi tatapan mataku yg dua, terukir senyumanku tanpa aku sedari.

Kerana wujudnya seorang lelaki yg
mempunyai ciri-ciri idaman hatiku.

Kulit mu yg sawo matang
Mata mu yg indah bak bulan
Alis mata mu yg molek terbentuk
Senyuman mu yg semanis ice cream
Tak lupa, perwatakan mu yg malu malu kucing
Membuat aku semakin mahu memilikimu

Adakah kau juga mempunyai rasa yg sama seperti diriku?

Jangan! Jangan kau beri jawapannya sekarang, aku tidak sanggup utk mendengarnya.

Kerana aku hanya akan menerima jawapan yg berbunyi

"Ya"

Bicara HatiWhere stories live. Discover now