Episod Kedua

394 11 4
                                    

PENGALAMAN SERAM DI PADANG POLO

insiden ni berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu

selepas lepak mengeteh dengan kawan2 di restoran vanggei di Greentown, teman pun mohon diri utk beredar pulang. Ketika itu, jam sudah menunjukkan pukui 12 tgh malam dan hujan renyai2... . ketika memandu pulang teman memilih jalan 'shortcut'  iaitu melalui jalan Padang Polo.

Ketika sampai di kawasan Padang Polo tersebut teman terasa nak buang air kecil yang teramat sangat, hingga tak dapat ditahan lagi. Teringat ada tandas awam di padang tersebut dan berhampiran dgn jalan laluan teman. Teman pun segera memberhentikan kereta dan segera berlari ke tandas sebut. Seperti mana yang ramai tahu, bahawa Padang Polo ini di kelilingi oleh perkuburan Cina dan tandas tersebut terletak berhampiran dengan perkuburan tersebut.

walaupun dekat tandas itu ada lampu tiang, tetapi cahayanya agak suram dan teman idak le pulak rasa takut pun.. Ketika teman menghampiri tandas tersebut teman nampak seperti sesorang yang berpakaian putih memasuki tandas tersebut. Teman rasa lega juga sebab ada la kawan.

Bila masuk, teman nampak salah satu pintu bilik tandas tertutup. Dalam hati teman mungkin orang  tadi yang guna. Teman pun masuk ke bilik tandas yang tidak berguna dan terus membuang air kecil tanpa menutup pintu tandas tersebut. Ketika sedang membuang air kecil teman terdengar suara seperti orang berbisik pssssttt... psssstttt... diikuti bau wangi... teman toleh ke belakang, tak nampak apa pun tapi bulu roma teman sudah meremang.

selesai je buang ar kecil teman pun terus keluar dengan pantas. Ketika melalui pintu keluar, sekali lagi teman dengar bunyi suara pssssttt... pssstttt dari arah atas pintu tersebut dan diikuti bau wangi yang amat kuat.. fuhhu..bertambah kuat degupan jantung teman dan teman segera menoleh ke arah bunyi suara tu datang.. teman nampak jelas atas palang pintu tersebut, alat penyembur wangian elektronik tu sedang menyemburkan wangiannya...|

sekian cerita seram teman...

KOMPILASI JENAKAWhere stories live. Discover now