“ kita saling mencintai. Namun dalam sekelip mata, kamu berpaling arah. Dan saat itu, tinggal aku, sendirian, berusaha mencantumkan kembali hati yang telah hancur. Sehancurnya. ”
Sampah.
Itulah tanggapanmu.Pernah terfikir,
Adakah kamu tidak punya secebis perasaan kasihan pun terhadapku?
Apakah aku tidak penting?
Apa kurangnya aku ?
Mengapa diberi harapan sekiranya kau tak mahu ?
Aku setia , tapi mengapa aku dibuang seperti sampah ?
Tidak ada sedikitpun perasaan bersalah terhadapku ?
Dan kau berlalu tanpa khabar.
Tanpa maaf.
Tanpa sedikitpun berpaling.Mungkin kerna aku tiada rupa sepertinya.
Tiada hati sepertinya.
Tidak baik sepertinya.
Aku tiada apa yang ada padanya.
Aku hanya aku , bukan dia.Tapi kau harus sedar,
Aku juga punya hati dan perasaan.
Bukan boneka dan bukan juga mainan.
Aku hanya manusia biasa.
Namun aku sedar,
Bahawa aku bukan siapa siapa dalam hidup kamu.
Bahawa aku tidak layak bagi kamu.
Dan aku tidak setanding dia.Izinkan aku undur diri.
Berharap luka ini akan sembuh suatu masa nanti.
Moga suatu saat nanti ,
Engkau sedar,
Si setia yang kau siat ini,
Punyai perasaan.
Punyai hati.Aku tidak salahkan takdir.
Kerna menemukan kita.
Tidak sama sekali.
Aku belajar untuk redha.
Belajar melupakan segalanya.
Mengikhlaskan segalanya.
Kerna aku tahu,
Tuhan tahu segalanya.
Tuhan tahu apa yang terbaik buat kita.
Tuhan sudah atur jalan ceritanya dengan cantik sekali.
Dan aku perlu redha dan bangkit.Moga suatu saat nanti,
Luka ini akan pulih seperti sediakala.
Dan jika ditakdirkan kita bertemu pada suatu saat nanti,
“ let's meet as a stranger with zero memories as if we're amnesia.”P/s: sorry kalau cheezy or trashy or emo af, mianhae.