luka.

19 9 1
                                    

sumpah
aku rindu kamu yang dulu
aku rindu kita yang dulu
rindu akan segala galanya

rindu akan keadaan kita yang dulu
sebelum aku luahkan segalanya.

sungguh
silap aku meluahkan perkara yang tak patut
yang menyeksa hatiku sehingga kini

kau bilang kau benci sama aku
jijik sama aku
aku tidak layak bagi kamu
kamu tidak suka pada aku. 
perlahan
kamu menjauh
hingga tidak mampu untuk ku gapai
hanya mampu melihat kamu bahagia dengan sang puteri

aku
menyimpan lukanya
hingga kini
tidak pernah terawat walaupun sedikit
tidak pernah diubat sehingga kini
makin hari kian berdarah
luka lama yang aku cuba lupa
kembali membunuh hati ini
meninggalkan parut paling dalam
dari hirisan ketajaman katamu

tapi kamu
sehingga kini tidak pernah berasa bersalah
kerana membunuh hati yang hanya menyimpan perasaan padamu
yang tahu sampai bila bila hanya akan bertepuk sebelah tangan
aku tak minta kau balas
tidak perlu-
tapi mengapa harus kau bunuh hatiku
malah aku lihat
kau makin bahagia
tinggal aku sendirian merawat luka ini
entahkan bila akan sembuh
atau mungkin
tidak akan sembuh sampai bila bila
hinggakan tawar hati ini
hanya kerana kamu.

entahlah.
moga Allah balas.
Mungkin bukan disini,
tetapi nanti di sana kelak.

khas buat kamu,
hati yang pernah engkau bunuh pada satu ketika dahulu
hingga lukanya masih berdarah hingga kini hingga tawar jadinya.

terima kasih buat kamu, insani :'(

hurtsWhere stories live. Discover now