Part 2

489 25 0
                                    

*Dua bulan kemudian*

Pada hujung minggu ini, keluarga diraja akan mengadakan majlis sambutan hari lahir Putera Keith. Mereka mengadakannya di taman bunga di atas permintaan Putera Keith sendiri.

“Kenapa lah abang aku tu banyak songeh? Nak buat birthday party nak jugak buat kat taman bunga macam ni. Nak jugak buat aktiviti menanam pokok anggur. Buat kerja amal konon. Haisyh” Kata Putera Kevin sambil mengesat peluhnya yang terus menitik kerana tidak biasa dijemur di bawah panas matahari.

“Putera , salah tu. Patutnya buat macam ni..” Krystal pun menunjukkan cara cara menanam biji benih anggur.

“Lepastu, siram lah” Kata Krystal sambil mengambil paip air . Krystal menyerahkan paip air ke tangan Putera Kevin.

Putera Kevin pun menyiram pokok batas pokok anggur yang ditanamnya. Tiba tiba, air terpercik pada Krystal . Krystal merungut kerana bajunya basah. Putera Kevin ketawa kecil lalu memercik air ke arah Krystal . Mereka berdua pun saling memercik air dan bermain air . Putera Kevin dan Krystal kelihatan seronok bermain air sehingga pakaian mereka basah kuyup.

Selesai penanaman pokok anggur, majlis telah pun bermula. Acara memotong kek dilakukan oleh Putera Keith sendiri. Putera Keith memandang Krystal lalu mengangkat keningnya. Krystal senyum lalu memberikan ibu jarinya. Puteri Carissa dan Putera Kevin mendengus. Tidak suka keakraban Putera Keith dengan Krystal yang hanya rakyat biasa .

Majlis tersebut telah pun tamat. Keluarga diraja dibenarkan pulang ke rumah masing masing. Krystal mengikuti Putera Kevin yang berjalan menuju ke keretanya. Tiba tiba, Putera Keith menahan tangan Krystal.

“Krystal, jom lah balik dengan aku. Jom lah, tau tau” Kata Putera Keith.

Putera Kevin mendengus geram.Krystal teragak agak untuk mengikuti Putera Keith kerana dia adalah PA Putera Kevin, bukan Putera Ketih .

“Putera Keith, patik kurang senang dengan perkara itu. Kerana, tiada keizinan daripada Raja Kim ataupun Putera Kevin” Kata Krystal perlahan lahan .

“Ayahanda, benarkan Krystal pulang bersama patik ? Bolehlah ayahanda. Kan hari ni hari kelahiran keputeraan patik” Pujuk Putera Keith .

Raja Kim mengangguk lalu masuk ke dalam kereta .

“Tapi ayahandaa,,,,,,. Haisyh. Abang ? Krystal adalah PA patik, bukan kekanda!” Kata Putera Kevin.

“Walaubagaimanapun, ayahanda sudah memberi kebenaran . Apa lagi yang salah ?”

“Salah lah! Kekanda! Sinilah!” Putera Kevin memanggil Putera Keith yang telah pun pergi bersama Krystal.

“Kekanda berdua asyik bergaduh tentang keberadaan Krystal. Adakah kekanda Kevin telah menyukai perempuan itu?” Tanya Carissa demi mendapatkan kepastian.

“Tak!Tak tak! Haishhh. Patik cuma rasa bosan bila tiada orang nak dibuli. Tu je” Kata Putera Kevin sambil masuk ke keretanya.

*Dalam perjalanan pulang ke rumah*

“Krystal, kau kepenatan ke?”Tanya Putera Keith sambil memandu.

Krystal mengangguk. “Boleh aku tidur sekejap? Sebab aku jarang rehat sejak jadi PA Putera Kevin. Bila dah sampai, bangunkanlah ye?”

“Okeyy, alang alang aku nak isi minyak jap”

Krystal pun melelapkan matanya.45 minit kemudian, mereka berdua pun sampai di istana. Putera Keith pun membuka tingkap untuk pengudaraan di dalam kereta sekejap. Putera Keith telah pun menekan butang kereta supaya pintu kereta dan tingkap boleh dibuku dari butang berdekatan dengan pemandu namun pintu kereta di sebelah Krystal tidak dapat dibuka. Putera Keith pun merapatkan dirinya dengan Krystal yang sedang ketiduran untuk menarik pemicu pembuka pintu kereta tersebut .Tanpa disedari, Putera Kevin melihat kejadian tersebut.

“Yaaa! Yaa! Apa kau buat tu Keith? Woii” Jerit Putera Kevin dari jauh sambil berlari pantas menuju ke kereta Putera Keith .

Krystal tersedar dari tidurnya lalu sangat terkejut apabila muka Putera Keith berada sangat dekat dengan mukanya. Putera Keith belum sempat menarik pemicu kereta pun segera menjauhkan mukanya.

“Keith, apa yang kau buat ni?” Krystal berasa berang dengan tindakan Putera Keith.Krystal hendak membuka pintu kereta namun tidak berjaya.

“Aishh, sebab tu lah aku tadi try nak tarik pemicu kereta , supaya kau mudah keluar kereta. Kau pulak salah faham dengan aku. Hm” Kata Keith lalu meletakkan mukanya di tingkap sambil memandang ke arah luar seperti orang sedang merajuk.

“Ouh,,,,,,erm. Keith? Maafkan aku ekh? Aku tak tau pun.” Kata Krystal lalu menggosok bahu Keith.

“Woiii,, *buka pintu kereta* kau keluar sekarang.

Krystal mendengus kemarahan lalu keluar dari kereta Keith

“Apasal kau marah marah ni ha? Tak puas hati?” Kata Krystal .

“Eiyhh, kenapa lambat sampai istana ni ?apa kau buat dengan Krystal tadi ha Keith?”

Putera Keith keluar dari keretanya lalu mendekati Putera Kevin dan Krystal.

“Aku tak buat apa pun, apa masalah kau?” Putera Keith mengerutkan dahinya.

“Lahaii, buat tak tau pulak. Tadi kau ,, kau kiss dia kan? Kan ? Apa ni?”

Kyrstal dan Putera Keith saling berpandangan. Seketika kemudian, mereka berdua ketawa serentak. Putera Kevin berasa lebih geram dengan tindakan mereka berdua.

“Kau jealous ek ?” Tanya Putera Keith kepada Putera Kevin.

Putera Kevin menelan air liurnya. “Tak! Maksud aku kau sepatutnya jaga privasi kau. Kita kan Putera Raja, kau kenalah jaga standard.”

Krystal berasa terhina dengan kata kata Putera Kevin.Namun Krystal hanya mampu mengetap gigi dengan gigih.

“Kevin, kau ni memang. Haisyh.” Putera Keith malas hendak meneruskan kata katanya. Putera Keith menenangkan Krystal sambil menggosok gosok belakang badan Krystal.

“Weyhh,kau jangan pegang dia lah! *tepis tangan keith* . Kau ni kann,,”

“Kevin! Daripada kau biarkan dia, lebih baik aku tenangkan hati dia. Kau mampu ke tenangkan hati Krystal?” Tanya Putera Keith .

Putera Kevin tersentap . Krystal terus pergi meninggalkan mereka berdua.Putera Keith berlari mengejar Krystal .

“Krys, janganlah menangis. Putera Kevin memang macam tu”

“Tak pun. Aku cuma sedih, sejak aku jadi PA dia tak pernah layan aku secara baik. Apa salah aku kat dia ni.” Krystal menghela nafas.

“Kau nak tau tak, aku bangga dengan kau. Sebab kau seorang yang penyabar , baik hati,” Putera Keith terus memuji Krystal.

“Kau ni kan*pukul lengan keith* . Sudah sudahlah puji aku.”

“Haa,senyum pun. Macam ni lah Krystal yang aku kenal”

Kevin berasa sangat berang dengan tindakan Putera Keith terhadap Krystal.

“Tak guna betul. Suka sangat tunjuk yang dia tu caring, dia tu penyayang depan Krystal. Haishh. Wait wait, kenapa aku marah ni? Ahh, peliknyaa” Kata Putera Kevin lalu membuka blazernya dan membaling ke bawah.

to be continued ...

Guard GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang