*Malam itu*
Krystal teragak agak untuk mengetuk pintu Putera Kevin. Krystal berjalan lalu berpatah balik. Krystal mengetuk pintu bilik Putera Kevin .
“Tuan, sila turun …”
“Tak nak!” Jerit Putera Kevin dari dalam biliknya.
Krystal geram dengan tindakan Putera Kevin yang seperti kebudak budakan.
“Tuan, sila turun untuk makan malam”
Tiba tiba, Putera Kevin terus membuka pintu dan menunjukkan mukanya tepat tepat berhadapan dengan muka Krystal.Krystal terkejut lalu tertampar muka Putera Kevin .
“Auww! Apa kau buat ni ha?!” Putera Kevin sangat bengang dengan Krystal.
“Maaf, maafkan patik tuanku.” Kata Krystal sambil mengusap usap pipi Putera Kevin .
“Lembutnya tangan kau walaupun kau rakyat biasa kan” Kata Putera Kevin .
Krystal terus memijak kaki Putera Kevin dengan marahnya. Kebetulan, Putera Keith melihat kejadian mereka berdua.Ini namanya mengambil kesempatan,bukannya tidak disengajakan. Krystal berjalan meninggalkan Putera Kevin.
“Krystal! Kau ubat kaki aku ni. Sakit dowh!”
Putera Kevin jerit dengan kuat sehinggakan Raja dan Pemaisuri Kim serta Puteri Carissa bergegas menaiki tangga menuju ke bilik Putera Kevin .
“Kenapa dengan anakanda wahai Putera Kevin” Kata Pemaisuri Kim kerisauan.
Krystal sangat takut jika dia dituduh yang bukan bukan oleh Putera Kevin. Dia serba tahu mulut Putera Kevin yang akan sentiasa berkata demi menjaga kepentingan diri sendiri.
“Bonda, kaki patik kesakitan. Tolong bonda. Aduh , aduh” Kata Putera Kevin lalu mengerling ke arah Krystal yang sedang kerisauan dan rasa bersalah.
Sikap manja Putera Kevin membuatkan Putera Keith berasa sangat muak dengannya.
“Tuanku, biar patik panggilkan bibik kejap” Kata Krystal lalu bergegas memanggil bibik.
“Auwww, tak tahan lah” Jerit Putera Kevin dengan lebih kuat.
“Krystal, beta rasa tak perlu panggil bibik. Lebih baik adinda mengubatinya terus di dalam biliknya. Tak silap beta, ada peti keselamatan dalam bilik Putera Kevin”
Putera Kevin tersenyum. Putera Keith pun memangku Putera Kevin ke dalam biliknya.
Raja dan Pemaisuri Kim, Putera Keith dan Puteri Carissa pun menuruni tangga meninggalkan mereka berdua.
“Tak guna betul perempuan tu, dah hina aku masa audition sekarang nak menggatal dengan abang aku? Tunggu je kau” desis hati Puteri Carissa.
Krystal meletakkan ubat pada kaki Putera Kevin dengan berhati hati.
“Tuanku, maafkan patik . Patik tak sengaja .” Kata Krystal berulang kali .
“Tak payah nak berbahasa istana sangat. Ayahanda dengan bonda tak de pun. Cuma ada kau dengan aku”
Krystal memberhentikan pergerakan tangannya yang meletakan ubat pada kaki Putera Kevin .
“Maksudnyaa?” Krystal mula ketakutan.
“Aku rasa ini masa yang sesuai . Akuu ,,,,,”
Krystal mula menjauhkan diri sedikit dari Putera Kevin.
“Aku nak mintak maaf jugak kat kau. Sebab sikap aku yang kurang sopan. Aku malu kalau orang lain tau yang aku mintak maaf kat orang low standard macam kau ni.”
Krystal ketawa kecil “Ye lah. Aku faham . Putera raja kenalah jaga standard”
Kata Krystal lalu berjalan mendekati pintu bilik .
“Kau nak ke mana ?” Tanya Putera Kevin .
“Dah okey lah tu. Kau dah boleh jalan. Sakit sikit je sebenarnya kan? Cuma kau sengaja meraung raung . Anak manja, haha”
Krystal berjalan laju keluar dari bilik Putera Kevin . Putera Kevin terus berdiri mengejar Krystal kerana bengang dengan kata katanya namun Krystal sudah terlalu laju menuruni tangga .
“Haa, tu okey boleh berjalan. Pandai kau berlakon kan” Kata Putera Keith sambil membuka tombol pintu biliknya .
Putera Kevin hanya berdiam diri.
*Dua hari kemudian*
Putera Carissa mengambil dua genggam tanah daripada pokok bunga di belakang rumahnya dengan menggunakan sarung tangan plastik lalu memasukkannya ke dalam plastik.
“Tuan puteri buat apa tu?” Tanya Pak Lee iaitu tukang kebun di istana .
Puteri Carissa sangat terkejut dengan kehadiran Pak Lee .
“Tak de apa lah. Erm ,pergi buat kerja Pak Lee sana!”
Puteri Carissa bergegas pergi . Krystal membuka kasutnya lalu mengambil stokin dalam bilik tidurnya. Dengan segera, Puteri Carissa meletakkan tanah yang dikutipnya tadi ke dalam kedua dua kasut Krystal. Puteri Carissa pun berlari ke dapur untuk membuang sarung tangan dan plastik tersebut. Krystal memakai kasutnya. Dalam beberapa langkah, dia rasa kakinya gatal gatal . Krystal mengendahkannnya dan berjalan mendekati Putera Kevin .
“Kenapa lama semacam? Nanti aku lambat lah pergi kerja” Kata Puteri Kevin .
Krystal menggaru garu kakinya. Dia tidak tertahan lalu terjatuh .Krystal terus mencabut dan membaling kasutnya. Krystal dan Putera Kevin amat terkejut apabila melihat kakinya ada tanah. Krystal membuka stokin nya.
“Ahhhh,sakit nyaa! “ Kata Krystal kerana tidak tahan . Kakinya kemerah merahan. Mata Krystal mula mengalirkan air mata.
Raja Kim dan Putera Keith keluar dari kereta di belakang kereta Putera Kevin .
“Mengapa tidak masuk kereta lagi ?” Tanya Raja Kim.
Putera Keith sangat terkejut melihat Krystal yang duduk di bawah dan menggaru garu kakinya yang sudah kemerah merahan.
“Krystal, kenapa ni? Kenapa kenapa ?” Soal Putera Keith dengan penuh kerisauan dan tanda tanya.
“Pedihh,” Hanya itu yang keluar dari mulut Krystal sambil menangis teresak esak.
Putera Keith terus menggendong Krystal dan membawanya ke ruang tamu.Putera Kevin pun mengikuti mereka berdua.Raja Kim melihat kasut Krystal yang dipenuhi tanah.
“Ini macam tanah….” Raja Kim terus memanggil Pak Lee .
“Ye tuanku. Kenapa memanggil patik ?”
“Ini tanah dari pokok bunga beta kan?” Soal Raja Kim untuk mendapatkan kepastian.
“Benar tuanku. Ha! Patik baru ingat, tadi Puteri Carissa ada ambil tanah dari pokok bunga tapi tak tau lah untuk apa”
Raja Kim sangat marah apabila mendengarnya.Raja Kim pun menyuruh Pak Lee memanggil Puteri Carissa ke ruang tamu.
“Bibik , ambilkan ubat cepat! Cepat lah !” Putera Keith marah marah bibik yang lambat bergerak .
“Haisyh, kaki kau ni kena gigit kerengga lah Krystal. Macam mana boleh jadi macam ni” Kata Putera Keith sambil perlahan ubat pada kaki Krystal.
Raja Kim pun duduk di sofa. Putera Kevin hanya mampu melihat mereka berdua. Puteri Carissa pun dengan mukanya yang sombong turun dari tangga.Puteri Carissa lalu di tepi Krystal.
“Eh, krystal? Kenapa dengan kaki kau ?” Tanya Puteri Carissa.
“Kau ni diamlah. Dia tengah sakit ni.” Putera Keith memarahi Puteri Carissa.
“Puteri Carissa! Duduk” Kata Raja Kim dengan tegas.
“Kenapa semua orang nak marah marah beta ni? Pelik lah”
“Adinda tau kan mengapa beta memanggil adinda ke sini?”
Puteri Carissa mula ketakutan namun dia tidak ingin mengubah riak wajahnya.
to be continued ...
YOU ARE READING
Guard Girl
FanfictionSemangat Krystal untuk mencari kerja akhirnya berputik apabila dia berjaya mendapat kerja sebagai Personal Asisstant bagi seorang putera raja yang amat sombong namun digilai ramai wanita kerana ketampanannya. Sikap Putera Kevin terhadap Krystal amat...