Part 7

367 22 1
                                    

“Anddd…cut! Hahaha, bagus lakonan kamu Putera Kevin, sangat baggus!” Kata pengarah.

“Tak, Krystal. Stop. Jangan percaya.Kenapa dengan kau ni? Kau tak suka dia. Dia menjengkelkan. Stop fikirkan dia” Desis hati Krystal.

Putera Kevin tersenyum lalu menepuk bahu Krystal . Krystal tersenyum lalu kembali ke tempat duduknya.

“Kau berharap ke” desis hati Putera Kevin lalu meninggalkan Krystal di tempat duduknya.

Malam itu, Krystal pergi ke pejabat Raja Kim.

“Ada apa Krystal?” Tanya Raja Kim.

Kebetulan, Putera Keith lalu di tepi pejabat Raja Kim dan mendengar perbualan mereka berdua.

“Saya,,,,,,,saya nak minta maaf tuanku”

“Kenapa pula?” Raja Kim membuka cermin matanya.

“Lusa, saya bertekad . Saya nak berhenti kerja sebagai PA Putera Kevin”

Raja Kim terkejut mendengar ungkapan Krystal.

“Yeayy, dia nak jadi PA aku lah tu” hati Putera Keith sudah pun meronta keriangan.

“Adakah kerana sikap Putera Kevin ? Tak apa, saya boleh didiknya dengan lebih tegas” Ujar Raja Kim.

“Bukan sebab tu. Selepas tamat sekolah, saya ingin mencari kerja sementara menunggu tawaran untuk bekerja. Hampir seminggu saya mencari kerja di setiap tempat namun tak dapat. Sehingga saya mencabar diri saya untuk menyertai audition menjadi PA. Semalam, saya terima surat daripada sebuah syarikat di Amerika, yang ditawarkan untuk bekerja sebagai lecturer di sana.Saya, minta maaf tuanku” Kata Krystal sambil menjelaskan sebab asalnya hendak berhenti kerja.

“Kenapa macam tu pulak? Awak rasa gaji awak kurang ke? Saya boleh naikkan. Awak nak berapa?  10 ribu won? 12 ribu won? Katakan” Ujar Raja Kim

“Tuanku. Saya rasa saya kurang sesuai dengan kerja ini. Maafkan saya. Jasa tuanku dan Pemaisuri Kim sangat saya hargai. Kalian bagaikan sebuah keluarga saya. Saya berasa sangat seronok di sini. Seperti mendapatkan kasih sayang daripada seorang abang,,adik,ibu,, dan bapa. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya hendak mencari haluan saya di luar sana.” Kata Krystal. Matanya mula kemerahan.

“Hm. Saya sudah tak dapat nak menghalang awak lagi. Baiklah, mulai lusa, awak boleh berhenti kerja.Terima kasih kerana sudi menjadi PA putera saya.” Kata Raja Kim dengan perasaan yang mulai kesedihan.

Krystal pun keluar dari pejabat Raja Kim. Krystal menuruni tangga istana . Putera Keith pun mengejar Krystal sambil memanggil namanya.

“Krystal, betul ke kau nak berhenti kerja?”

Krystal terkejut kerana Putera Keith sudah pun tau.

“Mana kau tau ni? Merepeklah , mana ada” Krystal cuba mengelak.

“Krys, tolong jujur dengan aku”

“Keith,aku minta maaf. Aku dah bertekad. Dan aku takkan ubahnya lagi”

Krystal pun pergi meninggalkan Putera Keith. Krystal berlari ke luar rumah mendekati sebatang pohon redang lalu menangis di bawahnya

“Aku tak boleh menangis. Kenapa menangis ni? Kenapa aku teringatkan Putera Kevin pulak?” Kata Krystal sambil mengesat air matanya namun air matanya terus mengalir lebih deras dan lebih lagi.

“Stop menangis Krystal. Kau tak boleh mengharap lagi lepas ni. Kau tak boleh. Kau cuma rakyat biasa. Kau tak bernilai langsung di mata Putera Kevin. Jangan berharap lagi . Jangann,,” Krystal menekup mukanya yang merah padam kerana menangis .

Guard GirlWhere stories live. Discover now