“Adinda tau kan mengapa beta memanggil adinda ke sini?”
Puteri Carissa mula ketakutan namun dia tidak ingin mengubah riak wajahnya.
“Sebab ayahanda nak bagi elaun baru kan? Yeahh”
“Puteri Carissa! Kamu sepatutnya malu dengan perbuatan kamu sendiri. Disebabkan keegoan kamu, kaki Krystal bengkak”
“Apa yang ayanda cakap ni? Patik tak faham lah!”
“Kamu fikir ayahanda tak tau yang kamu kutip tanah dari pokok bunga lepastu letak dalam kasut Krystal?”
Puteri Carissa diam seribu bahasa.Putera Kevin dan Putera Keith panas telinga mendengarnya.Krystal sangat terkejut kerana tidak percaya Puteri Carissa sanggup buat macam tu.Putera Keith dan Putera Kevin berdiri memandang tajam kepada Puteri Carissa.
“Apasal kau tak puas hati dengan Krystal hah? Apa salah dia kat kau?” Kata Putera Kevin mengherdik Puteri Carissa.
“Disebabkan, kaki Krystal bengkak.Aku bengang lah dengan kau .Mentang mentang kau adik aku kau fikir aku aku tak boleh marah kau ha?” Putera Keith sudah tidak sabar dengan perangai adiknya.
Puteri Carissa berdiri dan meninggikan suaranya.
“Apasal abang berdua ni kesah sangat pasal perempuan tu? Salah dia sendirilah. Dia cuba nak pikat hati abang berdua so dia boleh kikis harta kita. Abang tak sedar lagi ke?”
“Puteri Carissa! Minta maaf pada Krystal sekarang” Arah Raja Kim kepada Puteri Carissa.
“Tak nak, aku tak nak mintak maaf kat pompuan ni. Lantak kau lah!” Puteri Carissa terus keluar rumah .
“Tuanku, patik minta maaf. Sebab patik, kalian bergaduh dengan Puteri Carissa” Kata Krystal dengan suara lemah.
“Tak mengapa. Beta sedar selama ni sudah terlalu banyak memanjakannya. Buat sementara waktu, berehatlah sehingga kamu pulih sepenuhnya.” Kata Raja Kim lalu keluar rumah.
“Kevin? Pergilah kerja. Yang kau tercegat kat sini apasal?” Tanya Putera Keith terhadap Putera Kevin yang memandang Krystal dengan sayu.
“Lahh? Abanglah pergi kerja. Nanti tak terjaga syarikat abang kan” Kata Putera Kevin.
“Anak anak bonda sibuk nak menguruskan Krystal. Pergilah kerja, biar bonda yang merawatnya” Kata Pemaisuri Kim yang sejak tadi hanya berdiam diri melihat pergaduhan antara mereka .
Akhirnya, kedua dua putera raja itu pun pergi kerja. Pemaisuri pun menyapu ubat pada kaki Krystal yang bengkak.
“Maafkan patik, tuanku. Sepatutnya patik yang merawat tuanku. Tapi terbalik pula” Kata Krystal sambil menahan kesakitan.
“Janganlah berkata begitu. Beta patut meminta maaf di atas sikap Puteri Carissa . Hm, beta tak seharusnya memanjakan dia . Andai saja, beta lebih tegas” Ujar Pemaisuri Kim.
“Pemaisuri Kim janganlah bersedih hati. Puteri Carissa rasanya menginginkan perhatian daripada abang abangnya. Lagipun, bila dah remaja ni, perasaan mereka semakin agresif. Mereka memerlukan sokongan dan perhatian” Kata Krystal.
“Krystal, kamu suka makan apa?” Tanya Pemaisuri Kim.
“Erm, patik lebih suka makan roti dan sayur sayuran. Kenapa tuanku bertanya begitu?”
“Beta rasa sudah cukup lama tidak memasak. Jadi, beta nak Krystal cuba masakan beta, boleh ?”
Krystal mengangguk lalu tersenyum.Pemaisuri Kim pun pergi ke dapur untuk memasak.
*4 petang*
“Bonda, Putera Keith dah balik” Kata Putera Keith lalu berlari menuju ke arah Krystal yang sedang membaca buku sambil berbaring di atas sofa.
Pemaisuri Kim membawa bersama masakannya mendekati Putera Keith dan Krystal.
“Eh,awalnya kekanda pulang .” Pemaisuri Kim kehairanan.
“Saja. Lagipun nak tau keadaan Krystal macam mana. ngee” Kata Putera Keith lalu tersenyum sehingga membentuk eye smile.
Krystal ketawa kecil lalu bangun dari baringnya.
“Bonda masak apa tu? Jarang nampak bonda masak” Tanya Putera Keith.
“Bonda masak sayur kicap dengan ayam sekali untuk Krystal ni”
“Ehh, bonda ni kan. Krystal mana boleh makan ayam. Dia alergi lah”
“Ye ke? Maafkan beta ye Krystal. Beta tak tau pulak”
“Tak mengapa lah tuanku. Tuanku dah susah susah masakkan” Kata Krystal.
Putera Keith pun menyuapkan makanan untuk Krystal manakala Pemaisuri Kim pergi ke tingkat atas.Tiba tiba, Putera Kevin pulang.
“Bonda, Putera Kevin dah balik.” Kata Putera Kevin lalu berjalan mendekati Putera Keith dan Putera Kevin.
Putera Kevin duduk di sofa lalu membuka siaran televisyen.Putera Kevin mengerling ke arah Putera Keith.
“Eleh, sakit kaki bukannya sakit tangan.” Kata Putera Kevin.
“Krystal,buka mulut.ahhh” Kata Putera Keith yang tidak melayani kata kata Putera Kevin.
Putera Kevin mendengus. Tiba tiba, telefon Putera Keith berdering. Putera Keith meminta izin untuk pergi menjawab telefon di dapur. Krystal pun menyuapkan makanan ke dalam mulutanya. Tanpa disangka, makanan itu tertumpah sedikit ke atas baju Krystal.
“Kau ni kan, nak makan pun sampai tertumpah.Heyshh” Kata Putera Kevin lalu mengambil mangkuk dari tangan Krystal.
“Dah, buka mulut.” Kata Putera Kevin .
“Aku boleh makan sendiri lah” Kata Krystal sambi merampas mangkuk daripada tangan Putera Kevin namun gagal.
“Kalau kau boleh makan sendiri macam mana boleh tumpah ? Dah, buka mulut”
Akhirnya Krystal pun akur . Putera Kevin menyuap Krystal makanan . Putera Keith datang ke arah mereka namun terhenti. Putera Keith tersenyum melihat keintiman mereka . Putera Keith sudah mengagak yang Putera Kevin akan menyuap Krystal juga akhirnya.
Sejak kejadian itu, hubungan antara Puteri Carissa, Putera Kevin dan Putera Keith serta Raja Kim semakin renggang. Puteri Carissa ...
to be continued ...

ANDA SEDANG MEMBACA
Guard Girl
FanfictionSemangat Krystal untuk mencari kerja akhirnya berputik apabila dia berjaya mendapat kerja sebagai Personal Asisstant bagi seorang putera raja yang amat sombong namun digilai ramai wanita kerana ketampanannya. Sikap Putera Kevin terhadap Krystal amat...