BAB 3

2.6K 55 2
                                    

Sudah dua minggu Aisya bekerja di bawah Megah Holding. Hari-hari Aisya di pejabat sedikit sebanyak mengajar dan memberi pengalaman baru buat Aisya.

Aisya berjalan menuju ke arah Haji Harun di balkoni.

"Baba!" Aisya memeluk babanya dari belakang. Dari dulu sampai sekarang Aisya sangat manja dengan Haji Harun. Lagipun dia anak bongsu.

"Amboi anak baba ni. Balik kerja masam-masam peluk baba pula." Haji Harun mencuit pipi Aisya.

"Sya, pergi mandi. Siap-siap. Nanti kita makan luar. Baba dah ajak Abang Asyraf dengan Kak Asma' keluar sekali.

"Wow! Mimpi apa baba ni? Family gathering ke? Okey, Aisya pergi sekarang juga." Aisya terus berlari naik ke bilik.

Haji Harun menggeleng melihat gelagat anak daranya yang berusia 24 tahun. Hatinya berbelah bagi dengan keputusan yang akan disampaikan malam ini.

Haji Harun, Hajah Marina dan Aisya memasuki PappaRich sambil mata melilau mencari kelibat Asyraf dan Asma'. Dari jauh kelihatan Asma', isteri Asyraf melambaikan tangan. Hajah Marina tersenyum memandang wajah anak, menantu dan cucunya dari jauh.

"Wah, mak su nak jadi pengantin nanti." Teguran Intan, anak Abang Asyraf yang baru berusia sembilan tahun mengejutkan Aisya yang baru sahaja mengambil tempat duduk di sebelah Kak Asma'. Satu-satunya kakak ipar yang dia ada.

"Kenapa Intan cakap mak su macam tu?" tanya Aisya hairan sambil mengusap-usap pipi gebu Intan.

"Mama yang cakap macam tu. Kan mama, kan?" Intan menarik tangan Kak Asma'. Kak Asma terus tersengih.

"Eh, mama lawak ajelah tadi. Biasalah tu, Aisya...Budak-budak kan," jawab Asma'.

"Okey, mama, Asyraf, Asma', Aisya... Baba ada benda penting nak bincangkan malam ni. Mungkin semua dah tahu kecuali Aisya." Haji Harun mula bersuara. Semua terdiam. Aisya masih terpinga-pinga apabila mendengar kata-kata Haji Harun.

"Aisya, soal ni baba, mama, abang, kakak dah pun bincangkan. Kami harap Aisya jangan terkejut dengan permintaan kami," sambung Haji Harun membuatkan hati Aisya terus memberontak.

"Pasal apa ni, baba, mama? Apa yang semua rahsiakan?" Aisya mula bersuara. Kelihatan Haji Harun memberi isyarat kepada Hajah Marina supaya bersuara.

"Sebenarnya Aisya, minggu lepas ada seorang kawan ayah telefon nak masuk meminang kamu untuk anak dia." Hajah Marina meluahkan isi hati penuh lembut dan berhati-hati.

"Kami semua tahu selepas pemergian Hisyam setahun yang lalu, hati Aisya masih belum ada pengganti. Baba pun kenal keluarga kawan baba ni. Baik orangnya, rendah diri, agama pun ada. Baba berharap sangat Aisya terima pinangan mereka. Apa yang kami buat semua ni untuk kebaikan Aisya juga." Haji Harun terus menyambung kata sebelum sempat Aisya mencelah.

Aisya terus melopong dan terdiam. Dia sendiri masih terkejut dengan berita yang baru didengari. Kemudian dia perhatikan wajah Abang Asyraf dan Kak Asma'. Mereka hanya mampu memandangnya tanpa kata.

"Tapi ba, ma... Ni soal kahwin. Aisya perlukan masa. Aisya tak pernah kenal siapa anak kawan baba tu dan dia kenal ke Aisya macam mana?"

"Aisya, abang dah tengok dan kenal lelaki tu. Abang yakin Aisya takkan menyesal memilih dia sebagai suami Aisya nanti. Cukup pakej! Agama, rupa, budi pekerti, harta semua ada. Lagipun keluarga Dato Najmi tu sendiri pun dah tengok gambar Aisya." Akhirnya Asyraf bersuara. Cuba menguatkan lagi harapan Haji Harun.

Gelaran Dato yang disebut Asyraf membuatkan Aisya terkejut. Anak Dato? bisik Aisya dalam hati.

"Betul kata abang tu. Akak pun suka dengan budak tu. Lagipun Aisya, tempoh bertunang nanti kan Aisya boleh kenal dengan dia. Itulah erti pertunangan yang sebenar. Saling mengenali. Akak dengan Abang Asyraf pun macam tu dulu. Kahwin atas pilihan baba dan mama. Tak pernah kenal sehingga kami bertunang. Tengok, bahagia sampai sekarang, kan?" tambah Kak Asma' menyebabkan hati Aisya terus mati untuk berkata-kata.

KAU? CEO AKU? - MAYA RAHMANWhere stories live. Discover now